Posts Tagged ‘bank negara malaysia’

BuluhMas Semakin Hangat Sure Heboh?

Tuesday, October 14th, 2008

BuluhMas antara yang heboh berkaitan 4 syarikat yang telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia  isu hangat terkini. Antara syarikat yang terlibat yang disenaraikan adalah BuluhMas, Eastana Farm, Noradz Travel, Jazmeen yang dikatakan mengambil deposit orang ramai tanpa lesen.

Bank Negara serbu empat syarikat

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malay- sia menyerbu empat syarikat semalam yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara menyatakan, empat syarikat itu ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel and Services Sdn. Bhd., dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat-syarikat tersebut dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.

Bank Negara akan menjalankan siasa- tan ke atas operator syarikat terbabit me- ngikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewa- ngan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.

Banyak cerita yang kedengaran berkenaan buluhmas. Buluhmas dengan modal permulaan hanya rm15 sebagai agen pengiklanan bergerak tersebut diperincikan dengan panjang lebar berkenaan perniagaan yang mereka jalankan. Buluhmas masih dalam siasatan dan kita tunggu kisah selanjutnya selepas ini. Apakah akhirnya buluhmas akan datang….. Kalo dah kena cekup dengan BNM. Nampak gayanya kena tunggu keputusan muktamad terlebih dahulu.

* Konsep pengiklanan Buluhmas ini menarik kerana ia menjalankan sistem upah yang mana belum ada satu pun syarikat di Malaysia ini yang menjalankan konsep pengiklanan seperti ini.

Kita saksikan kerenah komentar berkaitan buluhmas. Kenapa BuluhMas? Apa kata anda????

Pengambilan deposit tanpa lesen

Betul ke perihal buluhmas?

Buluhmas disyaki mengambil deposit

Catatan Perjalanan BuluhMas

BuluhMas antara 4 syarikat diserbu bank negara

Anda tahu apa itu skim cepat kaya? Mari kita selongkar tabir skim cepat kaya yang sebenar. Kemudian buat perbandingan yang sewajarnya dengan hati nurani minda sedar anda.

Operasi Skim Cepat Kaya.

Apakah Skim Cepat Kaya.

Landskap buluh camner pulak ceritanya?