Bagai hujan peluru? Tindakan nekad membuat rompakan adalah sesuatu yang cukup berani dan berisiko tinggi dan mereka sudah tentu bersiap sedia untuk mati. Keputusan muktamadnya mereka akan bersiap sedia dengan apa jua cara yang boleh mereka lakukan.
Maka berlaku operasi rompakan yang mereka rancangkan. Apa mereka peduli asalkan dapat melakukannya dengan penuh teliti dan mendapat hasilnya. Tersilap haribulan sekalipun sama ada hidup atau mati mereka peduli apa. Mereka sudah membuat keputusan nekad untuk membuat rompakan. Maka rompakan itu akan mereka lakukan. Berjaya atau tidak… terpulang. Nekad rompakan bagi mereka adalah hidup atau mati…
Dan kini sekali lagi rompakan berbentuk wang ringit sudah tentunya menjadi sasarannya dalam jumlah yang cukup besar. Kalo takder duit buat laa kerja yang boleh menghasilkan duit yang lebih lumayan. Tak payah nak berdepan dengan risiko yang sedemikian rupa… cacing tanah pun okeh apaa..?
Meh kita jenguk aksi rentetan peristiwa rompakan di lapangan terbang.
=====================petikan metro================
Antara rompakan terbesar di lapangan terbang
>11 Disember 1978
New York, AS
RM18.65 juta
Kumpulan perompak mengambil masa 64 minit melarikan wang tunai AS$5 juta (RM15.85 juta) dan barangan kemas bernilai AS$800,000 (RM2.8 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York.
Rompakan itu dirancang Jimmy Burke dan ahli keluarga jenayah terancang Lucchese, satu daripada lima keluarga penjenayah terbesar New York.
>11 Ogos 2001
Durban, Afrika Selatan
RM4.8 juta
ENAM lelaki bersenjata melarikan AS$1.5 juta (RM4.8 juta) dan berlian bernilai AS$100,00 (RM317,000) daripada pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Virginia, utara Durban, Afrika Selatan. Kumpulan lelaki terbabit melepaskan tembakan rambang ke arah pengawal terbabit yang ketika itu membawa dua beg sarat wang tunai menuju ke van keselamatan di perkarangan lapangan terbang itu.
>12 Februari 2002
London, England
RM20.6 juta
SEKUMPULAN perompak menyerang hendap sebuah van keselamatan di Lapangan Terbang Heathrow, London dan melarikan AS$6.5 juta (RM20.6 juta) yang baru tiba dari Bahrain. Sekurang-kurangnya dua lelaki menyerang pemandu van yang baru mengambil wang tunai dari pesawat British Airways.
>6 November 2005
Miami, AS
RM23.46 juta
SEKUMPULAN empat lelaki merompak wang tunai AS$7.4 juta (RM23.46 juta) dari gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada 6 November 2005. Wang itu sebahagian daripada AS$80 juta (RM296 juta) yang dihantar dari Jerman. Ia akan dipindahkan ke Bank Simpanan Persekutuan di Miami.
>4 Disember 2007
Sarajevo
RM6 juta
EMPAT perompak berpakaian seragam polis melarikan wang AS$1.9 juta (RM6 juta) dari Jabatan Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Sarajevo pada 4 Disember 2007.
====================petikan metro==============
Dan kini tersenarai yang terkini adalah rompakan di KLIA dan sebelum ini ada juga berita lain yang berkaitan rompakan di lapangan terbang di Malaysia. Boleh search sendiri daaaa…. Dengan serangan senjata api membuta-tuli. Berbalas-balas tembakan… macam dalam filem, namun ia adalah realiti…

Berapa banyak mereka dapat? Jumlah kiraannya yang begitu banyak sekali … S$1.5 juta (RM3.45 juta).
(Visited 65 times, 1 visits today)

Related
Tags: duit segera, lapangan terbang, rompakan klia
This entry was posted on Thursday, April 10th, 2008 at 12:39 pm and is filed under Bicara semasa. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
dah byk jugak airport kena rompak rupanya… 😯
yang mangkuk pegi bawak duit banyak2 dlm bet tu apepasal..??? 😕