Secret’s Multiple Streamyx Of Income

Rahsia Multiple Streams of Income


Teknik kekayaan melalui pelbagai jenis sumber pendapatan
——————————————————————————————
oleh code7, Admin RahsiaEbiz.Com

Salam sejahtera…
Anda apa kabar ?

Saya doakan senantiasa sihat walafiat dan dilimpahi rahmat yang melimpah ruah sentiasa. Moga hidup ini akan bertambah gembira dengan lebih banyak senyuman dan doa yang baik itu menjadi bekalan untuk semua.

Saya sejak akhir ini agak sibuk sikit dengan pelbagai ‘event’ yang masih belum selesai-selesai lagi. Namun di kesempatan ini saya terpanggil untuk menulis sedikit sebanyak mengenai pandangan-pandangan mereka yang telah berjaya dalam perniagaan dan menjadi jutawan yang hebat di Malaysia.

Sepertimana kata-kata Azizi Ali :

” Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya ‘multiple streams of income’. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan. ” – Azizi Ali, Jutawan Hartanah

Konsep multiple streams of income ( MSI ) ini sememangnya telah dipraktikkan oleh ramai para jutawan dan billionaire seluruh dunia. Ini bermakna kalo nak kaya cepat mesti mempunyai banyak sumber pendapatan. Ia menggandakan kekayaan itu secara lebih pantas dari mempunyai 1 sumber pendapatan sahaja.

Sebagai contoh Jutawan Hartanah, Azizi Ali mempraktikkan MSI :

Saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Sekiranya anda masih bekerja dan makan gaji, maka ia adalah satu ‘stepping stone’ untuk dapatkan pelbagai peluang dan ruang dengan kerjaya tersebut untuk dapat gaji selamat setiap bulan. Kalo orang gomen sure dapat kemudahan pinjaman bank dengan begitu mudah, kemudahan perubatan, elaun manakala agensi sektor swasta juga mempunyai kelebihan yang lebih kurang sama dan mungkin lebih bergantung kepada keadaan.

Dgn makan gaji kita leh invest sebahagiannya untuk bisnes ebiz. Belajar untuk mengembangkan pengetahuan mengenai perniagaan dengan lebih sistematik melalui kelas, seminar, personal coach, buku, ebook, software, tools, marketing dan sebagainya.

Praktikkan konsep MSI dengan makan gaji + ebiz internet. Ia menjadi lebih praktikal untuk anda. Sbb ebiz begitu flexible, tak terhad waktu pejabat dan tidak memerlukan modal yang besar. Apabila anda sudah membuat duit beribu ringgit dalam masa seminggu dengan ebiz, saya sarankan anda beli property/hartanah kerana ia memberi pulangan yang jauh lebih besar.

Saya lihat bidang hartanah merupakan bidang yang cukup berpotensi, ini saya lihat sendiri kerana family saya juga menjalankan perniagaan hartanah di 8 lokasi di Malaysia dan nilainya jutaan ringgit. Walaupun ibu bapa saya sudah pencen tetapi mereka memiliki aset yang besar dan setiap bulan menanti bayaran sewa yang lumayan tanpa perlu bersusah payah lagi. Itu tidak termasuk award dan pencen kerajaan yg mmg banyak setiap bulan.

Sebab itu konsep MSI yang dijelaskan oleh Mentor Jutawan Azizi Ali saya benar-benar memahaminya. Bagi saya Ebiz ini merupakan bisnes yang menguntungkan dgn modal permulaan yang kecil, dan apabila kita sudah dpt passive income yang stable melebihi duit makan gaji maka apa salahnya ‘diversify’kan portfolio bisnes anda dengan bidang yang lebih serius seperti hartanah. Ada juga bidang lain spt pelaburan stock, unit trust dan sebagainya. Begitu juga bidang agriculture spt ternak kambing, lembu, burung unta dan sebagainya byk sokongan daripada agensi kerajaan.

Tidak salah mencuba MSI ini, saya juga sedang menceburi bidang hartanah, web design company, event management yang mana musim sekarang ni masih dalam perayaan. Apa yang penting adalah anda perlu kreatif untuk menjana lebih banyak kekayaan dengan pelbagai sumber. Ini bukan bermakna tamak, tetapi bagaimana anda gunakan nikmat dan anugerah ini dengan sebaiknya tanpa membazir atau membiarkan begitu sahaja.

Moga tips kekayaan ini dapat memberi idea yang lebih baik untuk anda praktikkan. Apabila kita lebih kreatif maka hasilnya sudah tentu lebih hebat.

Yang penting jgn lupa untuk berani mencuba dan memperbaiki mana-mana kekurangan yang ada. Jika anda perlukan tips yang lebih advanced dalam arena Ebiz saya sarankan anda baca mengenai rahsia produk yang paling menguntungkan di internet. Ia berkaitan konsep Low Cost – High Profit yang disarankan oleh jutawan internet Malaysia spt Irfan Khairi, Patric Chan, Sen Ze dan banyak lagi.. Idea mereka ini usah dipandang ringan, ia membolehkan masa depan kita berubah sekelip mata…

Sekian dulu dari saya, terima kasih kerana sudi membaca 🙂

Sahabat setia anda,
Code7 aka Fahmy
Webmaster Softhands & RahsiaEbiz

===========================

Nak tambah lagi pendapatan ? Sila ke ruangan bicara panduan perniagaan ebay terlaris masa kini.

(Visited 6 times, 1 visits today)

Tags: ,

2 Responses to “Secret’s Multiple Streamyx Of Income”

  1. appleblogger says:

    code7 punye artikel ke nih?

  2. abdfatah says:

    yea yea takde idea nak buat posting… taruk aje laa dulu sementara waktu..

Leave a Reply

CommentLuv badge