Monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam

digit jutawan…. jangan tertawan.

silakan jangan sekali-kali terpedaya dengan moonsoon biz barat daya. jika anda mahu jadi jutawan sekalipun anda perlukan bantuan informasi yang secukup garam rasanya sebelum meleburkan duit anda dengan sepenuh perasaannya untuk melihat digit jutawan menjadi milik anda. sekali lagi jangan meleburkan duit anda sekelip mata begitu sahaja.

siapa yang menipu dan siapa yang tertipu.

bahaya! jangan terpedaya. terkesima.

Kenapa dengan Monsun-Biz Online Market? Apakah ini satu lagi cerita yang terhangat? Sudah tentunya hangat dibicarakan lantaran ia adalah berkaitan dengan wang. Wang yang segera. Digit-digit yang berderet-deret untuk masyuk kantung mereka yang pandai bermain jenaka pantai timur.

Jenaka pantai timur pulak ke…?

Sekiranya anda tidak tahu menggunakan teknologi atau mahu menggunakan platform yang sebenar adalah lebih baik anda mendapatkan maklumat berkaitan melalui mereka yang benar-benar dapat membantu anda membina perniagaan online yang anda mahukan. Anda boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan menjana pendapatan menerusi internet di sini dan juga jutawan muda internet tersohor abad ini. Ceh wah apa kebenda punya promote. mari kita ke bengkel. bukan bengkel kereta motor. bengkel internet online dengan bukti kukuh tanpa modal ribuan ringgit menerusi internet.

mari kita jenguk website perniagaan tersebut. Anda sendiri boleh menilainya dengan hati budi anda sendiri.

Monsun Biz Online Market yang cantik menarik

kalo sesiapa yang berminat untuk menghantar email dengan lebih pantas dan jimat masa, maka saya syorkan anda mendapatkan maklumat tersebut dengan lebih jelas berkaitan penghantaran email pantas tersebut. Sekelip mata anda akan terpukau bagaimana penghantran email automatik menjalankan tugasnya dengan mudah. ia akan membuatkan diri anda menjadi teruja dengan teknologi yang anda gunakan di mana jua anda berada samada selatan timur barat daya hujung dunia mana sekalipun. Itulah kelebihannya teknologi masa kini. Namun hakikatnya anda perlu menilai kembali akan keberkesanannya untuk jangka masa panjang. Fikir-fikirkanlah…

mari kita buat kuih spongebox

mari kita jenguk lagi apakah persoalan yang bermain di minda anda berkenaan digit-digit zero yang beratur dengan penuh selesa itu. Banyak dah dapat ke? Berapa ramai yang dah berjaya? Dah jadi jutawan ke?

persoalan demi persoalan yang berkaitan dengan perniagaan tersebut.

melihat-lihat digit-digit yang berderet memang menarik. menghabiskannya jugak menarik. nak dapatkannya jugak cukup tertarik. jangan nanti terpekik-pekik kalo dah tercekik. bila nak serik?

fikir-fikirkanlah… monsun cup atau Monsun Biz Online Market mana pilihan anda?

pilihlah pakej pilihan menarik belajar dari rumah

Jom Bongkar Monsun Biz

Monsun Biz Perniagaan Internet Masa Kini?

(Visited 27 times, 1 visits today)

Tags: , , , ,

50 Responses to “Monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam”

  1. noorizam says:

    gayat jadinya aku baca post ko ni abdfatah.. hehehe

  2. Tech Blog says:

    Mahu jadi jutawan scam, silalah buat macam monsun biz tu.Sementara masih ada orang lagi yang mahu melaburkan wang tanpa berfikir.hahaha.

  3. Alindi says:

    Scam macam ini memang marak di mana-mana…Harus jeli dan hati-hati. Terima kasih sudah mengingatkan…

  4. abdfatah says:

    modal ribu2 atau modal kecik2… mana pilihan anda…?

  5. hafifi says:

    modal kecik la..melainkan projek yang sudah pasti memberi keuntungan yang tinggi pada aku..

  6. […] Bossmailer Spam Yang Menggila – NoorizamShah.com Monsun Biz – Apa pendapat anda!? – MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam – AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia – Uzairubiah.com Antara mereka […]

  7. komenebook says:

    (salam) buat admin dan komentars

    sebernarnya saya dah komen kow2 dalam blog shamsuriyadi.com tentang produk2 ni..produk yang bernaung bawah MIRSB (mobile income resources sdn bhd) ni kalo boleh elak, elakla…dah ramai yang kena. saya sendri simpati kat sorang kenalan baik saya.

    hope sapa2 yang terbaca post ini, atau apa2 post yang berkait dengan produk kluaran MIRSB ni, jauhkanla dari produk ni. jangan anda menangis kerana sakit ati dan duit hangus kerana mereka yang tak bertanggungjawab ni

  8. jomstar.com says:

    Tu la sebabnya dia scam menggunakan akhbar metro. Kalau menggunakan saluran internet, sudah tentu MIRSD akan kantoi… Marilah kita selamatkan dunia perniagaan internet seberapa segera sebelum perkataan INTERNET menjadi fobia dikalangan orang2 Melayu.

  9. abdfatah says:

    apohal pun kempen mereka terus berjalan sehingga ke tv sekarang… hahaha… iklan monsun biz dah on air dalam tv…

  10. abdfatah says:

    nah hambik quote nih…

    =========quote================

    Syok nampaknya korang bincang pasal MIRSB serta produk-produk yang telah mereka pasarkan dengan jayanya,sampai pak cik2 dan mak cik2 yang buta ICT bukan boleh tertarik.!

    Untuk menyatakan hal sebenar dan sekadar berkongsi info dengan korang,melalui pengalaman sebenar saya yang telah pun join program mereka sejak promosi callcenter dulu pada Dis 2007.

    Saya juga macam kebanyakan orang2 atau watak2 yang buta ICT yang telah berduyun-duyun memenuhi upacara perasmian gilang-gemilang program2 anjuran mereka (Callcenter serta Payment gateway) yang kononnya dapat mengubah nasib.

    Pada pandangan saya,kalau nak kata MIRSB menipu 2 rasanya tak,tapi kalau peserta/pembeli yang membayar pakej2 yang MIRSB tu tawarkan itu rasa ‘tertipu’ dan sedikit teraniaya,rasanya memang ramai yang ‘berperasaan’ macam 2 dalam diam,termasuk saya.

    Maksud saya secara tepat,Betul MIRSB nak tolong orang Melayu,tetapi tembakan bertalu2 promosi yang ditabur dengan IKLAN akhbar yang GEMPAK2 nampaknya mengenai sasaran rambang yang tak sepatutnya terlibat dalan biz jenis ini,ini cuma pengamatan saya.Terpulang!

    Apa tidaknya,setelah lama mengikuti bengkel yang dianjurkan(kena bayar RM100/bengkel lagi tu, bkn free!)pada pandangan saya rasanya apa yang semua peserta bayar tak setimpal dengan apa yang mereka dapat.

    Pertamanya,produk ICT telah dipromosikan secara ala pasar malam,seolah2 senang buat duit,bawak balik rumah dah boleh terus guna atau makan! Itu yang sampai Pakcik makcik yang tak pernah pegang komputer pun datang dan bayar beribu2,ini dari pengamatan saya sepanjang terlibat dengan program2 mereka!

    Bayangkan,Kalau alamat e-mel pun tak de,bukankan itu bermakna buta ICT!
    Macamana orang yang tak tau apa2 tentang ICT,nak diajak buat biz guna internet.Umpama budak belum pun merangkak dah di suruh berlari untuk bersaing dengan orang dewasa!

    Kedua,teknikal support dan after sales servicesnya hampeh……amat mengecewakan! Pernah saya datang bengkel payment gateway2020, ingat nak tanya dengan presenter,rupanya dia pun tak berapa tahu,sebaliknya di suruh berhubung via emel,tak ke naya,face to face pun tak leh nak jawab, ini kan pula pakai emel!

    Ketiga,pakej callcenter (i-go mobile) yang ditawarkan.Terdapat beberapa applikasi yang tidak boleh digunakan kerana program yang boleh dianjurkan dari applikasi2 tersebut jelas HARAM hukumnya(rujuk http://www.zaharuddin.net),sebagai orang Islam.
    Agaknya dia orang ni tak tanya dulu dengan ulama sebelum pakejkan i-go mobile 2 agaknya.

    Diantara alasan mereka adalah,SUSAH nak asingkan applikasi yang HARAM dan harus! Mereka kena buat software yang boleh diguna untuk semua orang, Islam dan bukan Islam,Boleh terima ke alasan 2!

    Persoalannya adalah kalau mereka sendiri yang buat software 2 ,dalam kuasa mereka,kenapa harus jaga kepentingan bukan Islam?

    ATAU buat je software khas untuk bukan Islam!

    WALAUPUN kesemua applikasi2 tersebut adalah saling tidak bergantung,maknanya selagi applikasi tertentu tersebut tidak diaktifkan,TIDAK ADA duit yang akan masuk melalui aplikasi tersebut!

    Kalau dapat buat duit puluhan ribu sebulan pun dari program yang HARAM wat pe!

    Semasa roadshow satu malaysia,memang ceritanya yang GEMPAK memukau sesiapa yang dengar,tengok iklan dalam akhbar pun mesti orang sangka confident boleh ‘buat duit’,itulah sebabnya ramai orang melayu ikut program ni,dengan harapan benarlah macam yang di dakwa.

    Kesimpulan yang dapat saya buat setakat ni,

    1.Kenali diri sendiri,tahu kekuatan diri ,kemampuan diri dan sokongan kewangan serta kelemahan diri sendiri,sebelum terjun ke dalam apa jua jenis biz,terutamanya yang melibatkan pelaburan besar begini.

    2.Sentiasa ingat,dalam dunia ni ada dua jalan,dalam biz pun ada dua jalan saja,iaitu jalan HALAL(AKHIRAT) dan HARAM(DUNIA).Dalam kehidupan mahaupun biz,tak mungkin kita pilih keduanya,kerana ia umpama minyak dan air.
    Nasihat saya pada diri sendiri,pastikan kita sentiasa memilih jalan HALAL(AKHIRAT),pastikan setiap sen yang kita dapat adalah halal,jauhi syubhat,apatah lagi yang HARAM.

    ===========quote=========

  11. jomstar.com says:

    Harap2 lepas ni xder la kita dengar dan tonton di TV yang puan nora telah disaman oleh bakal2 jutawan….

  12. lutfee says:

    aku saje je jalan2 cari info pasal monsun nih… anyway, pjg berjela juga debat2 pasal monsun nih….
    dgr kata ada pelancarannya… takde apa2 pun… web pun kata system upgrading tak abis2… hampeh tul diaorg nih…

  13. abdfatah says:

    http://www.ibeena.com/

    meh aaa jenguk berikan sokongan agar depa semangat nak buat biness… dah habis ribu2 dah nak beli tanah cyber…

  14. abdfatah says:

    ============petikan quote===============

    aku sememangnya baru join monsun.Tidak ada sapa yang pengaruh aku join, tapi aku terpanggil dan teruja sebab nak rebut peluang anak bumiputra berniaga di dunia tanpa sempadan.walaupun aku ni buta IT.Ini juga kerana pihak MIRSB cuma nak 300 orang je so aku nak rebutlah peluang ni….bangga aku jadi orang masuk dalam kumpulan ini….yang mengecewakan aku belum pun habis urusan 300 landlord ni, promosi besar-besaran merekrut ahli2 baru siap guna agen lagi…walau pun aku taktahu strategi diaorang, pada pendapat aku mirsb perlu bersikap telus dan serios dan profesional sikit, janganlah buat sambil lewa sampaikan sesi latihan sepatut habis dalam 3 hari, kena tambah 1 hari lagi gara2 kurang profesional penganjur.

    Patutnya buktikanlah yang kita anak melayu ni betul2 boleh chalange ebay…pastkan 300 landloard ni betul2 sucsess dan barulah mirsb boleh laksanakan step kedua yang saya percaya terdapat banyak perancangan yang akan dilancarkan…Jangan banyak sangat perancangan nak dibuat pada satu masa, nanti tak berkualiti…siapa yang rugi…..

    Apa pun aku optimistik tentang sistem monsun ni….walau pun kadangkala semangat aku begitu rendah…..aku kena positif dan kena tambahkan ilmu ICT aku. Untuk itu sebagai langkah pertama aku, aku dah buka satu laman web aku sendiri yang kosnya cuma usd10 untuk support web monsun.Masih dalam construction-www.ibeena.com. Sememangnya tak semua orang boleh join sistem ini kalau takada ilmu ICT kerana ianya agak teknikal. Aku kesian sebab mak cik dan pak cik join walau pun mereka takada ICT knowledge dan sesetengahnya tak ada komputer pun…..ini sepatutnya mirsb kena telus sikit. Kalau niat kita baik dan ikhlas nak tolong anak bumiputra aku doakan agar Allah selamatkan mirsb supaya kebajikan landlord terbela. Aku pun setuju bukannya senang nak gerakkan program yang besar begini….dengan semangat dan keazaman yang tegoh keikhlasan ingin mengubah nasib anak bangsa saja boleh menjayakan perogram ini.

    ====================petikan qoute===========

    memang laa mirsb tak tipoooooo… kita akan celik ICT dengan lebih pantas lagi dan yang lebih mendukacitakan ….. apa dia?

  15. abdfatah says:

    —————lagi terpetikan komen pembeli—————-

    nie perbualan seseorang YM ngan aku utk minta pendapat….ttg biz yang kau orang perkatakan

    [14:09] s_salleh85: itu penipu besar tu br0…….ramai yg otai2 pakar internet…boikot habis2an..
    [14:10] s_salleh85: iklan gempak tv3 & metro
    [14:10] s_salleh85: klau ada kwn yg masuk….baik nasihatkan JANGAN..
    [14:11] mybob_online2u: takde la..
    [14:11] mybob_online2u: bukan pasal dia penipu ke apa ker
    [14:12] s_salleh85: knp?
    [14:12] mybob_online2u: tapi masalahnya..komuniti mereka yang pakar it nie pun leh gelak jer..bila bukak website dia
    [14:12] mybob_online2u: tak menarik lansung
    [14:12] mybob_online2u: heheheheheheh
    [14:13] mybob_online2u: kalau tak menarik camna kau nak tarik orang pi labur..
    [14:13] s_salleh85: huhuhuhu
    [14:13] mybob_online2u: memang ramai gak yang tanya benda nie ngan aku..aku cakap..baik kau beli hosting sendiri…
    [14:14] mybob_online2u: kemudian beli ebook atau belajar dengan kawan/mereka yang lebih pakar..at least takkan sampai modal 50k tu
    [14:14] s_salleh85: dulu masa kwn sy mula2 masuk…diaorg kata hanya terbuka utk 300 lanlord je…satu harga Rm50k…
    [14:14] s_salleh85: diorg janji utk 300 je…
    [14:15] s_salleh85: baru2 nie….hr jumaat lepas……..lepas abis 300 landlord…..diorg buka lagi 500 landlord utk dijual…….tak ke kes aniaya tuuu….~
    [14:16] s_salleh85: 300 darab Rm50k…RM15 juta….
    [14:16] s_salleh85: then nk buka lagi….500 darab Rm50k….Rm25juta
    [14:16] s_salleh85:
    [14:16] s_salleh85: kesian…..kebanyakan yg masuk org yg buta IT…….
    [14:17] s_salleh85: teknikal diorg x ajar sgt….mcmana tu….. LU FIKIR LE SENDIRIIIIIIIIIIIII
    [14:17] s_salleh85: )
    [14:17] s_salleh85: ok le br0…..anyway….thank u jawab soalan sy….

    —————–terpetikan pembeli———————-

    apa pula kata anda…?

    kata saya pulak… jangan labu … jangan… jangan membazir labu…. buat aiskrim labu lagi best wooooooo….

  16. jomstar.com says:

    Fuiyyoo… kaya raya la nora pas ni. Web monsun pun dah Sorry, System Upgrading. We will back soon. Thanks. http://www.monsun-biz.com.

    Teringat aku tahun lepas kisah skim cepat kaya versi internet. FOBIAAAA!!!

    Sapa2 yang dah masuk monsun tu… bersedialah… lepas ni nora akan keluar dari malaysia dan duduk di london. Duit yang dia kaut tu mungkin akan dilaburkan disana.

    Kena juga awasi mungkin juga duit-duit yang dah dikaut akan ditukar dengan barangan lain. Contohnya, beli kereta, rumah, lori, bas. Lebih kurang cuci duit lah tu. Sbbnya… kalau dia humban duit tu dalam bank, bila melibatkan kes polis, duit2 tu akan dibekukan buat sementara… untuk menjalankan siasatan. Tektik tukar barang dengan duit ni memang selalu dibuat oleh mereka2 yang bertujuan untuk pengalihan wang haram. Kira duit haram la tu… sbb menipu orang.

    Timbul satu persoalan…
    Adakan orang2 dibelakang nora ni merupakan org yang sama menjalankan skim pelaburan internet tempoh hari?

  17. Hamba Allah says:

    😀 Jangan memfitnah/mengumpat orang lain. Kerana Allah itu Maha Adil dan tahu apa yang anda lakukan.

  18. abdfatah says:

    😆 dia tengah upgrade tu sabau laa. bagi laa peluang kepada nora untuk bantu ramai orang lagi… dia pun dulu orang susah… sekarang laa masanya nak tolong orang lain pulak…

    sabor laa sapo2 yang dah join MIRSB tu… balik modal nanti boleh aaaa buka kedai asikrim labu… best wooo asikrim labu MARDI punya… eh MARA laaa… eishhh… FOMCA laaaa…

    ayyaaaaaaa… FELDA laaa….

  19. lutfee says:

    fuiyoo… kenkawan.. monsun biz dah upgradelah website dier….
    dah lawa dah.. plain blue seh….
    fail index xbleh masuk.. aku masuk link nih http://monsun-biz.com/landlord.php

  20.   Prosopect of Monsun-biz, I’d say its an opportunity — Prospect Blog - Grab every opprtunities says:

    […] Bossmailer Spam Yang Menggila – NoorizamShah.com Monsun Biz – Apa pendapat anda!? – MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam – AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia – Uzairubiah.com Antara mereka yang join MIRSB dan […]

  21. Do Not Start An E-biz with RM50,000! | Amateur Blog and Blog Revenue says:

    […] edisi-siasat-adakah-monsun-biz-dan-bossmailer-itu-scam […]

  22. abdfatah says:

    mulakan biz anda dengan rm50 ribu sahaja. berbaloikah dengan modal rm50 ribu untuk dikeluarkan sedangkan anda boleh mendpatkan sistemkedaionline.com dengan jaminan yang lebih kukuh lagi…?

  23. mr.eims says:

    la…. 😕

    Tak perlu lah bandingkan sistemkedaionline dengan monsun biz kerana 2 bisnes ini adalah jauh~ berbeza. Dan anda juga tidak baca betul2 artikel yang saya tulis dalam blog saya. untuk pakej terbesar tu Landlord walaupun pakej berharga 50K, tapi ahli hanya perlu bayar 10K sahaja. lagi 40K TEKUN yang sapot.

    anda juga masih tidak faham mengenai servis-servis yang diberikan kepada ahli monsun biz. Harga dan potensinya jauh kalau nak dibandingkan dengan yang diberi dalam sistemkedaionline. 😕

  24. […] Bossmailer Spam Yang Menggila – NoorizamShah.com Monsun Biz – Apa pendapat anda!? – MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam – AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia – Uzairubiah.com Antara mereka yang join MIRSB dan […]

  25. aku says:

    aku ade terjumpe satu website milik bumiputera. http://www.ibox.com.my

    kat website tu korang boleh buat satu kedai virtual.skarang ni diorang tengah buat promotion free.maknenye sape2 boleh bukak kedai maya kat situ free.aku dah register dah…hehehe…

  26. mailer man says:

    saya dah jalankan business call center dgn mirsb for past 2 months, now my saving + profit nearly rm200000… please keep wasting your time here… try dulu baru tau brader haha

  27. abdfatah says:

    so kenapa tak tolong mereka yang dah kecewa tu untuk bagi kursus ke apa ke? takkan nak mengharapkan MIRSB sahaja? sepatutnya kalo dah berjaya hang boleh laa pulak jadik leader ke apa ke dan membuat pemantauan untuk mereka
    lebih maju ke hadapan…

    keep it your profit and saving it for your own. and the important thing here is to help that people who blind in ICT to keep their income back to normal and standing in the ice with the good profit everyday…

    is it about call center or monsun. you must do some differentiate with the monsun biz package…

    is it waste time if you don’t try to help each other in MIRSB? very poor people who join MIRSB to do something they don’t know. and keep it the money for themselves only. very selfish like that..

    if you look who’s wasting time here with the call center? maybe only you the one who succeed with the call center. why don’t you help them? you can give them some proof to public about the call center is the solution for those who want to be a millionaire in a month? why don’t you help them?
    any advice from you to help them?

    if you dare… you can go ahead for the monsun cup to create a lot of ton money from there. yeahh a lot of ton money you can get there compare rm200,000 from what you name it call center. i don’t think so if you dare go for the monsun package.

    you can be a billionaire with rm200,000 with spending only rm50,000 to get around ONE MILLION DOLLAR cash every month.

    one million dollar…? wuyoooooooooooooooooooo…..

    hahahaa…. my broken english is here….very broken english daa…

    so help them to rebuilding back their income. come on laaa…

  28. Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » Bisnes SMS 101 : Memilih Gateway Yang Baik says:

    […] http://abdfatah.com/blog/cari-duit-mudah/monsun-barat-daya-utara-selatan-biz-terpedaya-scam.html http://megat.net/blog/2008/04/monsun-biz-apa-pendapat-anda/ […]

  29. abdfatah.com says:

    yeah betul… mari kita tengok apa dia jawapan yang pasti… buat laa apa yang anda dah suka… suka hati anda laa nak buat suka hati…
    http://www.irwandahnil.com/2008/04/23/bisnes-sms-101-memilih-gateway-yang-baik/

  30. malaysiamaju.com says:

    Monsun mangkuk ni tak habis2 upgrading system, lama2 shut down la gak 😈

  31. abdfatah says:

    sabor aje laa tengah upgrade tu sedang dalam proses baikpulih websitenya… kena sabor laa. menda baru nak bermula… kena buat promosi secara berterusan dahulu… yang penting depa ada dalam senarai promosi harian dalam metro dan tv3… okeh laa tu walaupun website sedang upgrade…

    kita kena tengok mereka yang dah berjaya… jangan duk tengok website semata-mata… pergi ke tempat mereka terus… ada taklimat boleh laa pergi dapatkan maklumat yang selanjutnya…

    kalo rasa teruja dan nak buat income jualan jutaan ringgit silakan hadir ke taklimat selanjutnya… ada dalam harian metro… dapatkannya dengan segera… pastinya lumayan dan berbaloi… fikir-fikirkanlah…

  32. safwan77 says:

    kenapalah korang ni…
    kalu x tau ape2 pasal biz ni n x penah g dia org pnya taklimat or kursus jgn lah ckp ..
    pegi dgr dulu bru tau
    jgn nak tuduh mcm2…x elok n x baik
    klu x elok dia org x buat biz ni…
    ramai je yg dah berjaya..cuba korang pegi jumpa org yg dah berjaya tu..dgr ape pandangan dia org..ni asyik dgr pandangan org yg malas n x de usaha…sbb tu dia org x berjaya…nak harapkan pihak mirsb semua lakukan….macam mana nak berjaya ni…

  33. abdfatah says:

    yea yea yea ikutlah orang yang berjaya… orang yang belum berjaya dengan kerjasama ngan orang yang dah berjaya… ingat tu orang yang belum berjaya…

  34. abdfatah says:

    berikan sebab kenapa ramai orang perlu sertai MIRSB dan kenapa tidak boleh untuk sertai?

    dan kemudian boleh tolong jelaskan satu persatu dari segi produk yang telah disediakan tersebut? ada sesiapa yang tahu…? bukan nak menghentam cuma … cuma nak menegur aje laa…

  35. amir says:

    saya dah mula keliru pasal monsun ❓ minggu lepas ada hadir kelas monsun tapi 4 program ditekan sekali….saya keliru sebab ada org bagitau pasal akta kerajaan yang akan dikeluarkan bahawa penghantaran email atau sms kepada pelanggan akan mula tidak dibenarkan…saya terlalu keliru…

  36. abdfatah says:

    email? citer pasal email nih kena semak dalam google apa kebendanya masssender email tu dan jugak email spamm..

    penghantaran cara yang banyak2 dan jugak hantaran secara rambang..

    soalannya kenapa streamyx udah menyekat cara pengahntaran yang sedekian rupa? bleh tanya streamyx laa kenapa email banyak gitu memang tak dibenarkan…

  37. amir says:

    saya nak tanya berkenaan sistemkedaionline…saya dah masuk web site dia beli system baru rm50…tapi tak dapat alamat syarikat dan no telephone be kena online dgn bank kalau org tak ada online banking macammana?Sebenarnya saya seorang oku..tiada perkerjaan…sebab tu saya tengah cari kerja atau perniagaan yang boleh saya buat dari rumah minta nasihat berkenaan sistemkedaionline?

  38. abdfatah says:

    encik amir sila berhubung terus ngan team http://www.saifulsham.com atau bleh rujuk saudagar.com.my

    bleh dapatkan di sanaaaaaaaaaaaaaa…..

    sekian terima kasih.

  39. Cikgu says:

    Menceburi perniagaan global melalui internet bukanlah sesuatu aktiviti perniagaan yang mudah atau terlalu senang seperti cerita “Merchant of Venice”. MIRSB pun dah dikenal pasti merangkak dan gagal dalam proses “internationalization” nya. “Landlords and Knights of the MIRSB” dengan “Peasants”-nya sekali terpaksalah bertahan dengan kos tambahan menguruskan risiko mereka dengan teliti, kreatif dan intelligent. Mesti mahir dalam komunikasi sejagat dan perdagangan antarabangsa meliputi forex, banking, taxes atau levy, forwarding dan sistem penghantaran domestik serta ke destinasi antarabangsa. Sekurang-kurangnya ada pengetahuan yang caj kurier produk seberat 500gm ke Jepun tu RM50.00 (MYR Fifty and 0/100 only).

    http://www.monsun-biz.com/ adalah portal ala web-hosting secara berkelumpuk dan bersepadu dibawah satu taipan yang cerdik yang berlegar sewa-menyewa data yang direka oleh MIRSB dan di-upload ke dalam server orang lain yang tak tau di mana. “Landlords and Knights of the MIRSB” bukan saja buta ict, malah adalah kumpulan usahawan web yang bodoh. Web hosting adalah murah. Banyak pilihan lain untuk perkhidmatan yang jauh lebih baik dengan kos 1 per 250 atau 0.4% daripada jumlah yang telah dileburkan. Dengan RM100.00 setahun dah boleh dapat kemudahan space 10GB (13% daripada kapasiti space kebanyakan pc di rumah). Mendaftar domain dua tiga puluh RM saja. Domain malaysia (.my) pun RM100.00 dan diperakui oleh MCMC lagi. http://www.eternalsolutions.com/

    Kalau buta web design sekali pun sekarang ni dah ramai yang pandai bidang ni, bayar patut padan dah kira o k. Nak buat web design sendiri? http://www.macromedia.com/go/dreamweaver_tour Perkidmatan direktori dan iklan yang dah established dan dipercayai ramai dah banyak dan caj pun murah. Maintain laman web?. Sendiri tanggung lah, siapa yang nak tolong meniaga kat kita. Apa itu Gateway2020 kalau kita adalah beneficiary dan bank kita boleh menerima bayaran dari serata ceruk dan rantau. Kalau tak tau sangat WESTERN UNION Money Transfer http://www.westernunion.com/info/selectCountry.asp pun ada di semua BSN dan Pos Malaysia.

    MIRSB jangan bermimpi disiang hari dan membawa Landlords sekali ke alam mimpi yang sama. Usahawan web melayu Melayu bukan ramai dan pengiraan MIRSB silap dengan kiraan simple arithmetic. Berjuta iklan berbahasa Inggeris wujud di dalam internet. Semua benda ada. Yang laku sekali laman web lucah, soul_mates, match making dan yang seumpama dengannya. Tak kira lagi yang berbahasa utama dunia yang lain lagi. Saya pun suka membeli barangan melalui internet. Bagi pihak customer amalan pertama bila masuk ke mana-mana laman web ialah cari dan compare produk dan compare price dan tak akan terpengaruh dengan hanya melihat iklan sambil lalu selayang pandang. Next step ialah mendapat maklumat penjual dan akan berkomunikasi beberapa kali sehingga mereka berpuas hati baru membuat pesanan. Ada yang kirim mengirim email berminggu-minggu baru jadi. Kecepatan masa dan cara penjual respond, reply dan berkomunikasi pun diambil kira. Tak ada pelanggan yang terus click dan Add To Cart dan memberi maklumat kad kredit. Duit mereka pun bukan luruh macam daun kayu. Rakyat Jepun memang suka membeli barangan dan perkhidmatan melalui internet sebab kos pengangkutan tinggi. Penduduk Osaka akan memesan barangan dari Tokyu secara online sebab tambang bullet train antara kedua tempat RM500.00 untuk dua setengah jam perjalanan.

    Pokoknya pengiklanan melalui internet hanya seperti poster, banner dan billboard sahaja untuk membawa pelanggan ke laman web usahawan yang perniagaannya pun benar benar wujud. Laman web pula hendaklah telus, penuh informasi dan meyakinkan sehingga tiada perkara yang tersembunyi. Dah jadi amalan Navigation bar Product, About Us, Contact Us dan How To Order lah yang akan diklik satu persatu dulu.

    Saya tertarik dengan seorang mak cik dari bandar kecil tempat jin bertendang pun senyap-senyap saja establish sendiri business melalui internet http://www.sublimationpremier.com.my yang telus dan berinformasi, dah penetrate pasaran domestik dan antarabangsa sampai ke Japan, Australia dan USA.

  40. abdfatah says:

    dalam majalah3 kalo tak silap ada web apa entah yang jual menda klasik atau brangan lama kalo tak silap… dan satu lagu pasal kraftanga ke apa yang kuar dalam tv3… adakah mereka alumni MIRSB?

  41. Jom Kita Bongkar - Monsun Biz - Forum Pemasaran Internet | Pendapatan Internet says:

    […] adalah di : SEO Master | Do Not Start An E-biz with RM50,000! | Amateur Blog and Blog Revenue | monsun biz online market,cara nak kaya, monsun cup, duit segera, jutawan internet | Monsun Biz adalah scam — sila jangan tertipu : Mohd Ismail (dot) Net | Monsun Biz – Apa pendapat […]

  42. […] Bossmailer Spam Yang Menggila – NoorizamShah.com Monsun Biz – Apa pendapat anda!? – MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam – AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia – Uzairubiah.com Antara mereka […]

  43. Degilkah? TV3 and Harian Metro BUTA KAYU! « My Sensasi Lemonzzz’s Weblog says:

    […] Bossmailer Spam Yang Menggila – NoorizamShah.com Monsun Biz – Apa pendapat anda!? – MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam – AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia – Uzairubiah.com Antara mereka […]

  44. Jom Kita Bongkar - Monsun Biz - Page 4 - Forum Pemasaran Internet | Pendapatan Internet says:

    […] adalah di : SEO Master | Do Not Start An E-biz with RM50,000! | Amateur Blog and Blog Revenue | monsun biz online market,cara nak kaya, monsun cup, duit segera, jutawan internet | Monsun Biz adalah scam — sila jangan tertipu : Mohd Ismail (dot) Net | Monsun Biz – Apa pendapat […]

  45. mat muzaid says:

    Saya suka cari duit mudah… ini gempaq tau… modal kecik jee … prinsip “kita kungsi” sama-sama kaya … buka ini dan cuba… tak rugi.

    <-mari kita kongsi cara buat duit tambah duit simpan duit aaaaaaaaaa->

  46. matamata says:

    Hari ni aku baru dapat berita gempar dari salah sorang Monsun punya landlord. Nora ngan hubby tercintanya telah meninggalkan MIRSB DENGAN HUTANG YG MENGGUNUNG kerana bergabuh dengan boss besar MIRSB-Zubir. Sekarang ni semua yg dah beli pakej kat Monsun kerkapai-kapai la! macam anak ayam di tinggal ibu..kalau betul-lah berita ni, memang sah-lah Nora dan husban-nya telah merancang dari awal utk menipu! 👿 Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya….

  47. abdfatah says:

    kenapa monsun biz? betul ke? biar betul? betul2 betul ke citer nih?

  48. Ttg Systems - Website Marketing Software. | 7Wins.eu says:

    […] online branding, creative online » Blog Archive » Apa standart kesuksesan sebuah online campaign?monsun biz online market,cara nak kaya, monsun cup, duit segera, jutawan internet Tags &gt No Tags &lt This product is also listed in Business to Business New Products […]

  49. marissa says:

    Modal yang diperlukan hanya RM5 sahaja..

    Murahkan? Korang kene cuba program ni kalau korang semua nak tambah duit poket korang..Keuntungan berlipat kali ganda tau..

    Xrugi korang modalkan RM5 untuk dapatkan pulangan pendapatan yang lumayan..

    Sesape je leh join program ni..Program ni betul2 wujud, murah, senang dan menguntungkan sekali..

    Xnak ke beli kerta sendiri? Beli rumah? Bayar duit pengajian?

    Rugi kalau korang xnak join..Program ni jujur pada ahli-ahlinya..

    Pertama sekali, korang perlu daftar dan buat pembayaran di bank sebanyak RM5 je..LANGKAH-LANGKAH yang perlu korang ikut akan diterangkan dengan jelas dalam laman web yang telah disediakan..

    Jangan risau la..Aku bercakap benar yang program ni betul2 wujud dan memang menguntungkan sekali..

    Memang rugi la kalau korang sia-siakan peluang yang ada di depan mata korang..

    korang cuma daftar & bayar RM5 sahaja..Kalau korang xbayar pendaftaran,nanti korang xleh dapat keuntungan sebab ID korang xkan diaktifkan selagi korang xbayar RM5 je tu..

    Lepas tu, duk diam2..aku yg akan bekerja 24 jam sehari mencari downline untuk korang..

    kalau korang rajin nak cari downline sendiri, pun tak pe..tapi kalau rasa malas nak cerita and anta emel sana sini, korang duk diam aje la.. xyah buat ape2..tunggu aje duit masuk.

    Jangan risau sebab program ni dah limit bawah aku kena ada 5 downliner aje..x boleh lebih.. org ke enam tu auotomatik kene pass kat org bawah..so korang tak yah risau aku makan sorang la ek..

    setakat ni aku boleh dapat sehingga 10 org ahli baru sehari.. kat siapa aku nak bagi downline aku tu??? kat korang yg join team aku lahh kan?…

    so camner? minat tak? sapa tak nak tu memang rugi la… program lain, korang kene anta emel sana sini. kat program ni, di bawah aku, korang tak yah wat ape2 sbb aku yg buat untuk korang..korang cuma daftar n buat bayaran RM5 sahaje.

    bole dapat sehingga RM1220k ++… banyak tu… sapa tak mau..Korang xmau ke?

    Fikirlah..Kalau korang x ubah nasib korang, sape lagi yang nak ubah kan?

    Daripada membazir duit beli rokok, g shopping yang sentiase nak habiskan duit korang, lebih baik spend modal RM5 korang untuk join program ni..Banyak kelebihan yang korang akan dapat..Banyak giler..

    Kalau nak join, sila klik URL di bawah.

    Mulakan bisnes anda dengan modal hanya RM5 sekarang dan nikmati keuntungan yang berlipat kali ganda!!!

    ————
    abdfatah : terima kasih laa kerana buat promosi kat sini… lain kali sila datang lagi…

Leave a Reply

CommentLuv badge