Kreativiti dan inovasi

Apakah itu kreativiti dan inovasi? Entahnya susah sikit nak jawab nih… kena tanya orang yang kreatif dan sentiasa berinovasi daaa…

Kreativiti adalah satu sikap atau tabiat atau bakat yang boleh anda gunakan samada untuk ke arah kebaikan atau keburukan. Ia terpulang kepada diri anda sendiri mahu menggunakannya untuk faedah masa depan atau sebaliknya. Jika anda menggunakan kreativiti untuk menghasilkan keuntungan yang berganda sudah tentunya anda boleh tambah pendapatan secara sambilan di samping mendapat duit yang mudah dan mengalir tanpa henti selagi ada permintaan. Selagi hayat anda masih ada selagi itu anda boleh berkreativiti… Boleh buat duit dengan kreativiti.

Ape keh hal buat duit dengan kreativiti?????? Betul ke ayat gitu?

Kreativiti memang perlu ada. Bakat pun kena ada. Sudah tentunya kreativiti itu seiring dengan inovasi dan bukan motivasi semata-mata.

Kreativiti sudah tentunya menggunakan minda untuk kita fikirkan segala macam yang ingin kita rekaciptakan. Sebagaimana contoh nak buat rekaan logo ke? Rekaan kain batik terkini ke? Design blog ke… nak buat blog sendiri ke… Maka hasil dari kreativiti yang sedia ada itu lahirlah inovasi yang menggerakkan minda ke arah satu matlamat untuk menghasilkan produk yang lebih canggih lagi dari asal.

Hang cuba hambik telefon bimbit zaman kuno yang boleh sms text semata-mata dan bandingkan dengan  telefon bimbit canggih masa kini. Sudah tentunya ia cukup berbeza hasil kreativiti dan inovasi.

Menukar hobi anda menjadi wang yang lumayan atau menggunakan barangan sedia ada di rumah sebagai wang tambahan yang anda inginkan untuk tambah duit dengan duit mudah secara online. Maka gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan wang yang lumayan dengan penuh ketekunan dan kesabaran.

Inovasi sudah tentunya seiring dengan kreativiti. Tengok aje jepun selepas perang dunia yang mereka alami tidak lama dulu. Mereka menggunakan kreativiti dan kemudian berinovasi untuk menghasilkan produk yang sedia ada pada tahap yang lebih canggih sedikit dari produk asal. Salah satunya adalah brainstorming.

Kalo tak silap pelekat baju angkasawan terhasil dari brainstorming hasil belekan helaian kamus. Nak try buat brainstorming boleh cuba laa kalo mahu.

Letakkan kamus dan kemudian siapkan sebijik telefon dan kemudian belek kamus untuk mencari perkataan yang membolehkana anda merobah telefon bimbit itu menjadi lebih canggih sedikit dari asal… macam mana? Boleh????

Jangan lupa untuk mendapatkan pakej percutian yang menarik sekiranya anda buntu mencari idea untuk menghasilkan rekaan rekaan unik dan kreatif yang anda inginkan. Rehatkan minda… pergilah bercuti.

sekian terima kasih.

(Visited 26 times, 1 visits today)

Tags: , , , , ,

2 Responses to “Kreativiti dan inovasi”

  1. Nasir says:

    Kadar family & friends (fnf) untuk 10 nombor: 6sen (panggilan suara), 2sen (sms)

  2. Nasir says:

    Tempoh sah 28 bulan bagi mereka yang kekalkan no lama.

Leave a Reply

CommentLuv badge