kebangkitan penggiat bloggers

berapa ramai dari kalangan rakan-ralan anda menjadi bloggers dengan pelbagai cabang dan bidang keunikan masing-masing. sudah tentunya ramai yang berminat untuk menjadikan blog sebagai wadah untuk menyuarakan pandangan masing-masing sehinggakan mempengaruhi keputusan pilihanraya umum ke-12 yang lepas.

sebagaimana yang telah dilaporkan kebangkitan penggiat bloggers semakin hari semakin ramai dan sememangnya tidak dapat dinafikan betapa ramai yang telah berjinak2 dengan bidang blogging masa kini.

berapa ramai lagi yang akan bergiat secara lebih aktif dalam bidang penulisan online ini… ? anda bleh update setiap hari atau mengikut masa-masa yang tertentu atau sebagai bloggers sepenuh masa? percuma ataupun yang berbayar?

mahu mengira berapa ramai bloggers yang anda kenali?

apa pandangan anda berkaitan kebangkitan bloggers?

agaknya tanpa blog no life jadinya …. sebagaimana no phone no life…

sunyi sepi tanpa blog? sunyi sepi tanpa telefon bimbit.

mahu berblog pun boleh guna telefon daaaa….

dan yang seronoknya anda boleh buat duit dengan blog yang anda miliki secara percuma atau berbayar.

 

================petikan utusan malaysia===============

Malaysia ada 500,000 laman blog

KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.

Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,”katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 di sini hari ini. Forum turut disertai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Abu Hassan berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Johan pula berkata, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.“Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya.

===============petikan utusan malaysia===================

(Visited 2 times, 1 visits today)

Tags: , , ,

10 Responses to “kebangkitan penggiat bloggers”

  1. dauz says:

    Hehe…semangat blogger kian membara 🙂

  2. dari ramai2 tu brape ramai yg betul2 berblog :???

  3. Din Beramboi says:

    Huhu…aku pun baca paper online utusan tu…mak aaai, 500 000 ramai dow. Negara Malaysia berada ditempat ke tiga selepas EU, dan Indonesia…perrrgh, gempak ! 😯

  4. bizmalaya says:

    wahhhh,,,,satu persaingan yan semakin sengit

  5. lutfee says:

    aku sendiri je dah seto blogspot tuh bape dah… byk gak tapi lps tu tinggal jer, tu pun kira gak ker? 😛

    ni dah kira dgn blog khir toyo ke? ahaks…

  6. afham says:

    >> syam: bukan ke 500000

  7. abdfatah says:

    siapa nak masuk tv RTM haaa… cepat2 laaa hubungi RTM. Bleh promote free blog masing2… kalo blog perniagaan mana nak layan punya… blog sokongan ada laaa… blog alternatif ada jemputan tak…?

    awas! blog saya pun sedang dalam perhatian dalam senarai 250 blog yang terpantau oleh kerajaan…

    eh iyer ke…? bloggers ke saya nih…?

    ada jawapan untuk itu…?

    ================petikan dari berita harian=======

    Segmen khas untuk penulis blog setiap Ahad

    KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan akan mewujudkan satu segmen khas berita setiap Ahad bagi membolehkan penulis blog atau ’bloggers’ memberikan pendapat mengenai pelbagai isu secara langsung menerusi televisyen.

    Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata program itu selama 20 minit itu akan bermula 20 April ini akan disiarkan di RTM 1 sebagai salah satu segmen dalam Warta Perdana.

    Beliau berkata, keputusan berkenaan bukan saja memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pandangan masing-masing, bahkan turut membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif.

    “Seperti yang dimaklumkan bahawa kementerian akan lebih terbuka dengan media alternatif, kami akan adakan slot khas ini, yang bertujuan membincangkan sebarang isu semasa atau yang ditimbulkan oleh ’bloggers’.

    “Saya percaya ini langkah ke hadapan yang sentiasa ditunggu dan dialu-alukan oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri di sini, hari ini.

    Ahmad Shabery berkata, keputusan itu adalah petanda bahawa kerajaan sentiasa yakin dengan mandat yang diberi oleh rakyat sebelum ini, sekali gus menggambarkan kekuatan kerajaan yang tidak perlu bimbang dan berselindung dalam apa juga keadaan.

    Mengulas mengenai pemilihan ’bloggers’ untuk ditemuramah, beliau berkata perkara itu akan ditentukan oleh panel pemilih RTM dari semasa ke semasa, bergantung kepada isu yang dibincangkan. – Bernama

    ================petikan berita harian==========

  8. mr.eims says:

    Jom ramaikan lagi bagi 5 Juta plak.. 😈 😛 😆

  9. PELUANG PERNIAGAAN INTERNET » Blog Archive » Hari Ini Punya Cerita says:

    […] Kebangkitan Blogger […]

  10. ahfizfazi says:

    yey.. aku pon baru start nak berblog. best..best banyak benda boleh cite dan kongsi bersama..

Leave a Reply

CommentLuv badge