Gores dan Menang! Cara Mudah Untuk Menipu…

Senang sungguh nak kena tipu.

Gores dan Menang?

Asal dapat menang hadiah… Menang duit… Menang itu ini dah jadi kelabu bijik mata. Mudah sangat kena tipu…

gores dan menang kereta

Jumlah yang kena tipu dengan gores dan menang bukan calang calang sikit. Banyak giler tu. Sekali kena 10 ribu. 20 ribu…. Sekali sekala dapat beribu ribu berkoyan koyan duit lesap dek kerana gores dan menang. Jika seorang kena tipu dengan gores dan menang raya sakan depa apatah lagi ramai lagi yang terjebak. 10 orang? 20 orang? Tahun ini tahun depan? Bila nak selesai jika asyik terpesona dengan hadiah lumayan sebagai umpan semata mata?

Kasihan pun ada. Terkelu bijik mata pun ada. Dah kena tipu baru terkedu rasa jadinya…

Berapa banyak lagi wang mesti lebur dek karana sindiket gores dan menang ini? Setiap tahun pasti ada aduan pasal gores dan menang. Tak menang apa-apa pun. Rugi masa dan wang ringgit sahaja.

Asal gores aje nak kena bayar jumah wang sekian sekian. Dah menang hadiah gores dan menang sepatutnya beri aje laa hadiah tersebut kepada pemenang. Nampak terang dan jelas penipuannya.

Kenapa perlu layan pesona hadiah gores dan menang tersebut?

Maka terpesonalah dikau dengan hadiah lumayan tersebut. Namun hakikatnya penipu gores dan menang tersebut yang terpesona dengan duit poket yang ada dalam simpanan anda.

Usah lagi terpesona dengan tipu daya gores dan menang tersebut…

(Visited 121 times, 1 visits today)

Tags: , , , ,

2 Responses to “Gores dan Menang! Cara Mudah Untuk Menipu…”

  1. Hafizul says:

    Kadang-kadang hairan gak..macam mana diorang ni boleh tertipu..sedangkan dah terang lagi bersuluh bahawasanya ini perkara yang tak masuk dek akal..
    Hafizul Ada buat post menarik di blog beliau…Buat Duit USD Dengan NichifyMy Profile

  2. Afzai Afandi says:

    Marketing dia orang tu power..tu yang masih ada terperangkap dengan penipuan ini.

    Jangan sesekali izinkan diri dihampiri dengan puak2 gores ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge