Fyroo Portal Siri Tontonan Video Pilihan Anda

Photobucket

Hari ini nak cerita sedikit pasal satu portal yang dibangunkan untuk menyediakan ruangan tontonan kepada anda semua. Nak menonton atau nak menulis? mana pilihan anda?

Dengan Portal dari website Fyroo ini anda akan dapat menonton video atau cerita-cerita menarik yang anda mahukan biarpun tak semenarik perhatian ramai orang untuk ketika ini berbanding dengan media tontonan yang lain seperti you tube atau meta cafe atau site veoh (site veoh yang terkecuali dari tontonan rakyat malaysia dan beberapa negara yang lain. Entah apa sebab alasan kukuhnya)

Selain dari membuat aktiviti tontonan secara percuma yang diuploadkan oleh rakan-rakan member yang lain, anda juga dah tentunya boleh memuatnaikkan jenis-jenis video yang bersesuaian dengan citarasa tokei website fyroo tersebut, video berkaitan pula mengikut citarasa anda yang tersendiri …. ada yang membuat rakaman live berkenaan sorakan emosi euro 2008 atau yang seangkatan dengannya dan juga pelbagai isu hangat koleksi debat dari dewan parlimen atau video tutorial berkaitan dengan cara format komputer yang anda miliki.

Pendek kata jika anda mempunyai kemahiran dalam apa jua bidang, anda boleh menghasilkan video ringkas berkenaan kemahiran anda tersebut, kemudian dari itu sudah tentunya anda boleh buat dan cari duit online secara sambilan dan kemudian menghasilkan sejumlah pendapatan yang anda kehendaki dengan video ringkas anda tersebut.

Sudah tonton semuanya? sudah dapat dan boleh upload video anda? maka tibanya masa untuk anda melakukan perkongsian bijak dengan rakan-rakan kenalan anda….

Kemudian beritahu kepada mereka yang anda telah hasilkan sebijik tutorial ringkas kepada mereka yang memerlukannya dan pastikan mereka untuk datang dan menjenguk ke ruang legar Fyroo.com

ada nak tambah lagi pandangan anda yang berkaitan… maka dipersilakan memberikan pandangan bernas anda…

sekian terima kasih.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Tags: , ,

Leave a Reply

CommentLuv badge