Archive for the ‘sertai pertandingan’ Category

Ada apa dengan afzai afandi?

Tuesday, November 25th, 2008

Cerita hari ini berkenaan satu blog contest akhir zaman untuk akhir tahun 2008. Contest ini dijalankan oleh encik afzaiafandi di sini. Sila ke sana dengan segera.

Pendapatan internet Perkongsian maklumat Pandangan Peribadi

Inilah tema terunggul blog beliau. Mantap dan bergaya ….

Contest tersebut berlangsung dari 25 november sehingga 25 disember 2008. Pemenang adalah muktamad dan sebarang bantahan mestilah menggunakan wang tebusan realiti rm2092092009 sahaja.

Persoalannya bagaimanakah contest ini akan berlangsung?

Contest ini akan bergerak setelah mempunyai 3 syarat utama sebagaimana yang termaktub dalam undang undang negara perak darul ridzuan.

Syarat untuk penghantaran artikel :

-Anda perlu menghantar artikel kepada beliau. Tema artikel yang kehendaki perlu ikut kehendak dan selera tema pilihan blog beliau. Artikel berkaitan dengan artis2 ke ataupun isu politik ke dan perkauman ke akan ditendang dengan selambanya.

-Penulisan artikel jangan ikut sedap nak buat sehingga tersangat pendek dan juga jangan teramat panjang ikut suka hati nak tulis. Jika boleh tidak ada lagi kat mana-mana blog. Sekiranya ada ia akan dikesan menggunakan copyscape. copy paste tak main laa..

-Bayaran untuk artikel yang diluluskan oleh badan penapis filem adalah RM3. Banyak mana pun  nak hantar artikel ikut suka hati laa. Namun demikian artikel anda sudah tentunya perlu mendapat kelulusan majlis raja-raja perak terlebih dahulu sebelum dapat disiarblogkan. Manakala bagi artikel yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran akan dipulangkan dengan selambanya.

-Berapa banyak artikel anda yang tersiar dalam blog beliau maka banyak itulah artikel anda akan mendapat bayaran dari encik afzai afandi. kalo 10 artikel dah tentunya bayaran adalah rm30. Lumayan kan???

Ganjaran kepada penghantaran artikel yang anda hasilkan tersebut akan mendapat pulangan sebagaimana yang berikut :

* PERTAMA : Wang tunai sebanyak RM30 + WP Themes Premium (PLR) + 30 minisite template (MRR) + Cover Software (MRR)
* KEDUA : Wang tunai sebanyak RM20 + WP Themes Premium (PLR) + 30 minisite template (MRR) + Cover Software (MRR)
* KETIGA : WP Themes Premium (PLR) + 30 minisite template (MRR) + Cover Software (MRR)

Ada lagi ganjaran tambahan yang lebih menarik lagi sebagaimana berikut : Ini adalah untuk mereka yang aktif membuat komen bernas di blog beliau.

* PERTAMA : Wang tunai RM15 +  WP Themes Premium (PLR)
* KEDUA : Wang tunai RM10 +  WP Themes Premium (PLR)
* KETIGA : Wang tunai RM5 +  WP Themes Premium (PLR)
* KEEMPAT : Wang tunai RM5 +  WP Themes Premium (PLR)
* 5 x hadiah saguhati : WP Themes Premium (PLR)

Anda pasti tidak akan kecewa.

Sebelum tu nak citer sedikit berkenaan encik afzaiafandi yang budiman tersebut :

Saya lebih senang dikenali sebagai Afzai Afandi. Mula menceburi bidang internet ini sejak akhir tahun 2005.Kini saya memandang perniagaan internet ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat bersesuaian dengan diri saya.Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang banyak tetapi mampu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.

Banyak informasi berguna yang anda boleh manfaatkan sebagai panduan dalam dunia internet. Beliau telah menggunakan platform blog berbayar dengan jayanya pada tahun 2007 setelah setahun penggunaan blog percuma. Blog berbayar dah tentunya lagi best. Beliau juga telah berjaya memperolehi pendapatan melalui penggunaan medium internet untuk menambahkan pendapatan sambilan.

Namun cukup kecewa dengan kerenah google… nak tahu kena selongkar blog beliau. Sebelum ini beliau jugak telah membuat contest yang mendapat sambutan yang menggalakkan juga. terkini sebagaimana yang anda tahu contest lagi untuk anda semua…

Itu sahaja makluman ringkas saya untuk contest tersebut. Orang lain mesti lagi power reviewnya. Ngetop aaaaaa… sekian terima kasih.

Cari Duit Dengan Contest Earncent 2008

Monday, October 6th, 2008

Hari ini nak bagitahu cerita menarik berkenaan satu contest yang sedang diadakan oleh encik titaniumhijau dalam blog buat duit pemburu affiliate beliau yang dinamakan sebagai New-Earncent-Contest-2008 . Beliau dengan bermurah hati ingin memberikan duit raya yang cukup berbaloi untuk direbut oleh sesiapa sahaja bagi menjadi pemenang top ten dalam contest tersebut.

Sebelum ini beliau telah beberapa kali membuat contest dalam blog cari duit beliau tersebut. Dengan penuh selambanya mereka-mereka yang menjadi followers tegar dan juga pengomen tegar akan mencuba sedaya upaya untuk menang contest yang beliau anjurkan. Persaingannya jugak sudah tentunya cukup sengit dengan pengomen tegar yang berterusan menetap dan setia di bangku komputer masing-masing.

Dengan penuh fokus dan komitmen yang tinggi biarpun ada contest atau tiada contest dalam blog beliau purata kunjungan ke blog beliau memang mendapat hits yang tinggi apatah lagi jika beliau membuat contest yang memberikan hadiah yang lumayan berupa wang tunai dan jugak panduan rahsia buat duit dengan internet. Takkan beliau mudah-mudah nak bagi hadiah wang tunai semata-mata… bak kata pepatah yang cukup bermakna…  jika ikan yang diberi akan kehabisan tanpa sebarang kesan, namun sekiranya kail yang diberi berapa banyak ikan pun anda boleh kail ikut suka hati yang suka mengail. Tidak lupa jugak anda boleh mengail ikan untuk mendapatkan duit percuma USD 100 percuma dengan lebih mudah.

Berbalik kepada contest yang beliau anjurkan pada masa kini dengan tawaran hadiahnya yang cukup menarik sebagaimana berikut :

hadiah utama : RM50+pakej bonus rahsia

hadiah kedua: RM30+pakej bonus rahsia

hadiah ketiga : RM20+pakej bonus rahsia

hadiah keempat dan sehingga kesepuloh : sagu hati rm5. ( gua rasa nak sponsor laa rm1 boleh ke?)

Dan satu lagi bonus yang menariknya untuk kesemua pemenang nombor satu sehingga ke nombor sepuloh akan mendapat ebook Panduan VCC dan Tunemoney dengan percuma setelah berhempas pulas follow akan contest tersebut dengan jayanya. Segala peraturan dan panduan penyertaan anda boleh membuat rujukan di ruang legar blog beliau New Contest Earncent 2008.

Sudah cukup lah reviews ringkas berkenaan contest tersebut. Jangan duk menunggu lama… Jom kita reramai serbu contest beliau dengan penuh emosinya. Duit percuma woooooo….

sekian terima kasih.

contest top commentator begin

Wednesday, November 21st, 2007

assalamualaikum…

Apa khabar semuanya? Moga sihat walafiat hendaknya. Hari ini baru boleh update sedikit makluman berkaitan dengan blog yang tak seberapa ini. Maklumlah sibuk sedikit yang tersedikit dengan tambahan pendapatan bulanan. Bulan depan baru dapat elaun bulanannya… hahahaa…

Kerja jangan tak kerja bagi mereka yang bekerja. Jangan asyik duk kejar skim cepat kayap je yang mengkayakan dalang skim cepat kaya aje. Kena tahu apa taktik yang dipergunakan oleh mereka untuk memperdayakan ramai orang.

Syamsulariff a.k.a vangardx loves to invite all of you out there to join a contest top commentators in his lovely and informative blog. You get extra money if you want to join the contest. For the top commentators you can get it an amount RM50.

So sorry my broken english typing here…

Okeh laa buat makluman anda semua yang ingin menyertai pertandingan top komentator tersebut dipersilakan ke sana dan menerjah dengan sepenuh minatnya di sana dan main kejar-kejar untuk mendapatkan tempat teratas top komentator di blog beliau tersebut.

Apa yang akan anda perolehi adalah sebagaiamana yang telah diterangkan dengan panjang lebar dalam blog beliau yang akan meningkatkan lagi tambahan bandwitdh sekiranya beliau berjaya mengheret ramai pelawat menjenguk blog beliau. Sudah tentunya sham sudah bersedia dengan segala persediaan yang rapi.

Jom kita jenguk kat sana. Kita serbu ramai-ramai…!

P/S ; Tak dapat top takpe laa asalkan dapat top pengunjung blog okeh lagi daaa…

Info menarik berkaitan kuih apom : berapa banyak dah dapat hasil dari aktiviti perniagaan kuih spamm hari ini?

Contest top komentator

Thursday, November 8th, 2007

Ini apa cerita? Buat contest untuk mereka yang datang berkunjung ke blog mereka? Cerita ini memang menarik jugak kepada mereka yang berminat dengan contest anjuran mana-mana blog dengan menjadi top komentator.

Ceritanya cukup menarik untuk mendapatkan rm50 dari blog hafreze tersebut. Anda boleh menjenguk blog tersebut dengan secara suka rela hati anda. Jangan sekali-kali memaksa diri anda untuk menjenguk ke sana lantaran top komentatornya sedang ngetop memberikan cabaran sengit untuk mendapatkan hadiah utama rm50 tersebut.

Itu sahajalah sambungan cerita saya kali ini untuk anda.

Oh! Saya perlu ke tempat kerja saya minggu depan. Kerja vs tidak bekerja.

Jika bekerja dah tentunya dapat income tetap secara tetiap bulan. Akhir bulan nanti dapat gaji…! hahahaaa

Gaji oh Gaji. dapat gaji bayar hutang.

10GB hosting punya contest dan telur goreng

Sunday, September 30th, 2007

Assalamualaikum… apo khabar hari ini?

hari nak citer pasal telur goreng oleh sebol yang cukup popular dengan blognya yang perlu dipantau oleh kerajaan malaysia masa kini… lantaran peraduan telur goreng yang telah dianjurkan oleh beliau telah membuahkan hasil yang berpatutan kepada peserta peraduan telur goreng tersebut.

anda boleh menjengukkan diri anda ke blog sebol dengan telur gorengnya itu.

(more…)