Archive for the ‘sertai pertandingan’ Category

Contest Review Lynk.my 2015

Wednesday, October 28th, 2015

Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015 telah bermula. Nak join?

Yeah… Dah tentunya ramai yang nak join. Memang rugi tak join sebab dengan hadiah yang lumayan tersebut siapa sahaja akan join termasuk blogger otai atau mana mana blogger yang kreatif serta juga blogger yang bijak dengan permainan sepak terajang seo.

Dapat hadiah tak dapat hadiah belakang kira… Apa yang penting adalah penyertaan anda untuk meriahkan contest review lynk.my 2015 ini kali yang cukup menarik sekalian mereka yang duk kejar hadiah contest. Kejar contest sehingga dapat hadiah…

Hadiahnya pulak? Cer tengok gambaran yang tertera dekat laman web penganjur contest review lynk.my 2015. Boleh tahan lumayan dah tentunya… Mesti ramai yang akan berebut rebut nak join untuk menang hadiahnya dengan 3 kategori pertandingan yang disediakan oleh pihak lynk.my.

Eh eh eh apa bendanya duk beriya iya sangat cerita pasal contest review lynk.my 2015 tersebut?

Contest Review Lynk.my 2015

Begini cerita sebenarnya…

Ceritalah cepat sikit nak tahu…

Hek elehai… tak sabar sesangat dah tu… asal bunyik dapat hadiah yang lumayan.

Dah tentunya nak kena join sebab ada hadiah. Dah laa dapat hadiah boleh buat duit pulak dengan lynk.my tersebut.

Wowww! Biar betul dengan Lynk.my neh. Boleh buat duit dengan url shortener tersebut?

Errrr… url shortener tu apa benda pulak?

satu hal. Buat duit dengan lynk.my satu hal. Url shortener pulak dah?

Okay laaa… untuk memberi penjelasan yang terang lagi jelas ia adalah satu laman web yang menyediakan servis pendekkan link yang panjang. Pendek kata panjang tak kata apa apa.

Gambaran yang lebih jelas sikit…

Link yang panjangnya begini  –>>> http://abdfatah.com/blog/cara-nak-buat-bisnes-aiskrim/

Kemudian link tersebut akan menjadi pendek begini —>>> http://lynk.my/OsE

Apa macam? Mudah guna link yang panjang atau link yang pendek?

contest review lynk.my 2015

Jangan risau… nak join lynk.my tak perlu bayar apa-apa. Free aje..

Lepas tu lagi ada cerita pasal publisher yang boleh buat duit. Dengan join sebagai publisher maka dengan senang hatinya anda boleh kongsikan lynk lynk yang telah anda pendekkan tersebut dengan bijak dan bergaya. Boleh buat duit wooooo…!

publisher lynk.my

Itu cerita pasal publisher yang dah tentunya boleh buat duit selama dengan buat lynk dan kongsikan lynk kemudian dapat duit masuk akaun bank anda.

Lagi satu cerita pasal advertiser. Ada publisher dah tentunya adanya advertiser. Perkhabaran baiknya berkenaan advertiser dekat lynk.my nih kena bayar rm10 sahaja. Sesiapapun boleh buat iklan dengan harga yang tersebut. RM10.

Pihak lynk.my cakap derang memang SERIUS giler pasal harga RM10 tersebut.

Kenapa? Tak percaya?

advertiser lynk.my

Oooo begitu cerita sebenarnya perihal ceritera contest review lynk.my 2015 untuk kali ini. Kena join nampak gayanya untuk berebut hadiah yang lumayan tersebut. Jangan lupa jemput rakan-rakan yang lain untuk memeriahkan contest yang cukup menarik kali ini. Buat review dan menang hadiah.

Boleh join dekat sini untuk buat review dan menang hadiah contest.

Eh eh eh kategori untuk menang hadiahnya macam mana pula?

Ceritanya begini… Pihak penganjur contest review lynk.my 2015 telah sepakat untuk membuka penyertaan kepada 3 kategori hadiah yang boleh anda semua rebutkan tersebut.

Kategorinya ialah sebagaimana berikut :

Pertama : Top Kategori Seo Muka Hadapan Google —>>> Rm500, Rm300, RM100

Kedua : Top Kategori LynkUndi berapa ramai yang undi —>>> Rm500, Rm300, RM100

Ketiga : Top Kategori Kreativiti bakat yang terserlah —>>> Rm1000, Rm500, Rm200

Maka dengan demikian rupanya kena usaha dengan lebih bersungguh sungguh jika nak menang.

Jangka masa pertandingan pulak macam mana?

Oh ya berkenaan jangka masa pertandingan ia akan berlangsung selama dua bulan sahaja. Bermula dari 27 oktober sehinga ke tarikh 27 Disember 2015.

Para pemenang pulak akan diberitahu melalui pos laju.

Eh eh eh silap… para pemenang akan diumumkan pada 29 Disember 2015.

Sekali lagi anda boleh terus ke laman web Lynk.my untuk sertai pertandingan tersebut untuk meriahkan contest anjuran lynk.my.

Jom reramai join —>>> Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

Malaysia Best Blog 2015

Wednesday, January 28th, 2015

Malaysia Best Blog 2015

 

Ada pertandingan seo 2015.

Boleh join jika berminat.

Malaysia Best Blog 2015

Tawaran hadiah yang cukup menarik dan gerentinya menarik ramai peserta untuk join kontes seo Malaysia Best Blog 2015. Kontes seo Jom aktifkan mykad masih lagi berlangsung. Namun demikian rasanya artikel tersebut dah ke laut kena tendang jauh jauh. hahahaa…

Saingan dan cabaran? Dah tentunya sengit sebab nak berlumba lumba kejar tempat pertama untuk Malaysia Best Blog 2015. Boleh belajar sikit sikit mantapkan lagi skill seo masing masing. Belajar dan terus belajar berkaitan dengan apa itu penangan seo…

Sudah tentunya senarai Malaysia Best Blog 2015 tersebut mempunyai sebab musababnya yang tersendiri untuk terpilih dalam senarai 10 blog yang anda pilih tersebut. Sebab penulisannya atau sebab isi kanduangannya atau sebab sebab lain yang menarik minat anda terhadap blog tersebut.

Dengan adanya senarai blog blog pilihan tersebut boleh laa terjah jenguk tengok dan buat blog walking untuk membaca blog yang menarik perhatian ramai. Jenjalan jenguk blog sambil mencari cari idea penulisan blog yang tersendiri. Sesambil itu kepada yang baru nak buat blog boleh buat tinjauan blog mana yang berkenan di hati yang telah tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015 yang tersebut.

Saingannya cukup sengit sekali…

Dengan itu senarai lebih sikit 10 blog pilihan adalah sebagaimana berikut :

Amanz.my – Blog ini duk cerita perihal Informasi Komputer & Teknologi Terkini. Banyak jugak info berkaitan dengan teknologi terkini yang telah beliau kupas dalam arus teknologi masa kini dalam veri bahasa melayu.

hasrulhassan.com – ini blog cerita banyak bagus perihal tutorial blogspot. Jika nak tahu pasal blogspot dan teknikal blogspot dan seo blogspot beh try jenguk blog beliau. Memang bagus untuk tahu selok belok pasal blogspot. Aku sendiripun tak berapa mahir dengan blogspot. hehehe

ahmadfaizal.com – pemilik blog ini dah banyak tahun buat duit affiliate dengan blog sehingga terpaksa menerbitkan panduan seo merah jambu.

mohdfairiz.com – pakcik reezluv nih dah buat duit banyak dengan klikjer sehingga terpaksa mengeluarkan ebook rahsia klikjer.

denaihati.com – blog ini memang femes dengan contest yang aku sendiri tak terkejar nak join. Asal nak join aje mesti ramai yang join. Kalo aku nak join pun meriahkan contest dia aje laa… hahaha

kujie2.com – ini blog cukup rapat dengan peliharaan kucing. ada tips panduan kucing dan cerita cerita yang menarik boleh anda ikuti.

akmaomar.com – ini blog cukup femes kalo masuk senarai jugak. bleh belajar seo jugak. Bleh belajar pasal nak menang contest. Belajar menarik trafik yang ramai. dah banyak contest yang beliau join dan menang. aku follow aje laa…

bloggerlelaki.com – beliau sedang top duk kejar page pertama juga. sedang buat eskperimen dengan contest best blog.

wiramerah.com – Beliau punya blog hadir untuk meriahkan dunia blogging perihal perkomputeran dan juga cerita pasal blog wordpress.

sabreehussin.com – sarat dengan tips dan panduan berkaitan dengan affiliate dan meriah dengan update komisen serta cerita buat duit dengan topup.

anarm.net – ini blog bagus untuk buat tatapan pembaca yang nak baca. Penulisan yang bagus dengan gaya tulis yang tersendiri.

tiffinbiru.com – Dapur tanpa sempadan. ini blog cukup sarat dengan cerita masak memasak aje. Memang best untuk anda cuba try test memasak sebelum anda berusaha untuk menjadi tukang masaka yang handal atau mereka yang mahu menjadi chef masak memasak.

letsmasak.com – ini blog jugak ka? Ini laman web masak memasak. sesiapa yang duk cari cara nak masam memasak boleh jenguk dekat sini.

abdfatah.com/blog – entah laa tak berapa kena blog nih malas nak hapdate nak komen pun malas. Nak baca pun tak tau nak kata apa dah. Memang kena tersenarai jugak. Jika tak merajuk tak mau hapdate blog. miahahaha

ohduit.com – inilah tuan punya contest yang duk kalut suh orang join contest beliau sehinggakan aku sendiri terpengaruh untuk join contest tersebut. Meriahkan acara contest aje laa… Ramai yang duk kejar page pertama tu. Beliau jugak ada pengalaman dengan dunia ebay. Bleh belajar buat duit dengan ebay dengan beliau kalo nak. Serta ada sedikit sebanyak panduan dan tips niaga offline dan online.

eh eh eh blog sendiri pun tersenarai. Jap lagi update link semua dan hantar penyertaan… hehehe.

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”

Malaysia Best Blog 2015

Nak Diskaun? Jom Aktifkan Mykad…

Sunday, December 7th, 2014

Jom Aktifkan Mykad

Nak diskaun? Jom aktifkan mykad

Eh eh dapat diskaun?

Kat mana kau dapat diskaun nih?

Kat kedai depan sana tu sebelah seven 10.

Leman pun nak jugak dapat diskaun. Esoknya beliau bergegas ke kedai yang dikatakan oleh Samad. Namun beliau cukup hampa tak dapat diskaun. Mungkin harga diskaun tersebut sudah tamat tempoh agaknya. Lain kali aje laa…

Esoknya…

Kawan leman dapat lagi diskaun dekat kedai yang sama? Leman cukup tak puas hati pasal kawan dia dapat diskaun lagi sedangkan dia masih terlepas diskaun untuk kali kedua.

Hishhh… kali ini aku mesti dapatkan harga diskaun jugak.

Hari keesokannya Leman membuat target untuk dapatkan jugak harga diskaun pada hari yang sama kawannya beli dekat kedai tersebut. Kawannya dapat diskaun lagi pada hari tersebut. Pada sebelah malam harinya Leman bergegas ke kedai tersebut. Namun beliau tetap kecewa lagi…

Tak dapat harga diskaun dan tak dapat mata ganjaran.. Sedih dan pilu hatinya…

Eh acaner ko bleh dapat diskaun beli dekat kedai tu? Asal aku gi beli aje dekat kedai tu tak dapat pun diskaun. Pastu tengok ko punya harga dah berbeza dengan apa yang aku beli neh?

Aku aktifkan mykad aku dulu pastu baru aku dapat diskaun.

Hahhh?? Aktifkan mykad? Aktifkan kad pengenalan?

Wahduh… mana laa aku tau kena aktifkan kad pengenalan.

Cer citer sikit lagu mana nak buat?

Ko gi dekat website neh untuk panduan cara aktifkan mykad.  Kemudian ko aktifkan mykad ko tu secara online. Percuma aje. Tak perlu kena isi borang apa dah. Pastu terus boleh shopping sakan.

Shopping dekat Lazada dengan Zalora boleh tak?

Takleh… nanti tak pasal2 dapat kejutan dari derang macam kes suami isteri yang duk menghalang isteri beliau shopping sakan dekat zalora.

Lagipun takder yuran tahunan dikenakan sebab dah aktifkan mykad tersebut kemudian tunjukkan aje mykad dekat premis-premis yang mengambil bahagian dan berdaftar dengan program Mykad Smart Shopper…. Tak perlu nak kuarkan banyak-banyak kad diskaun yang dah sedia ada dekat pasaran.

ooooo gitu rupanya.

Kita jugak punya peluang untuk membuat penebusan hadiah pilihan berdasarkan mata ganjaran yang telah diperolehi.

Lebih mudah lagi dengan adanya aplikasi mykad smart shopper yang diinstallkan dalam ipad, iphone, smartphone yang dilengkapi dengan sistem gps akan membantu anda untuk mencari lokasi kedai yang berdaftar dengan program ini. Pastikan jangan tersilap lokasi gps.

Sekian terima kasih penjelasan panjang lebar dari aku.

Esok hang boleh gi ronda-ronda dan mulakan shopping dengan menggunakan mykad diskaun tersebut untuk lebih ganjaran. Jom aktifkan mykad.

Jom Aktifkan Mykad

==================

Makluman dan perhatian serius.

Contest jom aktifkan mykad bermula dari 2 disember 2014 hingga 2 Mac 2015.

Tawaran hadiahnya cukup menarik perhatian bijik mata yang memandang.

Hadiahnya :

Juara pertama : Duit Tunai rm500.
Juara kedua : Duit Tunai rm300.
Juara ketiga : Duit Tunai rm200.
Juara hadiah sagu hati tempat ke 4-10 : Duit Tunai rm50 setiap pemenang.

Tukang pengajur contest dikelolakan oleh : Blog Coretan Anuar dan diserimeriahkan oleh Jom Aktifkan Mykad.
=================

Jom Aktifkan Mykad

Top Comment Challenge 2012

Sunday, April 1st, 2012

Macam mana dengan citer google dan menang rm100?

Sudah join ka?

Hari ini nak cerita pasal top comment challenge 2012. Kenapa dengan top comment nih? Apa hal cerita top comment? Penting sangat ke to comment nih? Top comment nih adalah sebahgian dari rewards kepada mana mana pembaca blog yang sedia ada membaca dan komen dalam blog secara bertalu talu sehingga lebamm nak komen.

Banyak jugak laa kena usahakan untuk komen. Apatah lagi komen dekat blog cyza.us yang popular dengan hadiah top comment dalam blog beliau.

Nak tahu siapa dia top comment yang menang kali ini? Sila jenguk blog cyza Top Comment untuk maklumat dan keterangan lebih lanjut.

Contest Seo Lelaki Kacak Bermula

Tuesday, March 27th, 2012

Lelaki Kacak

Kali ini mamat encik titan sedang merentapkan trafik blog beliau dengan anjuran contest dengan kata kunci berkaitan dengan tema lelaki kacak. Serta merta mempopularkan blog blog yang menyertai seo contest lelaki kacak tersebut. Trafik dapat backlink pun dapat. Situasi menang menang….

Dengan selambanya ramai jugak laa para blogger lelaki kacak sedang berentap untuk memantapkan seo lelaki kacak sedunia masa kini. Para blogger wanita pun ada yang tidak akan ketinggalan untuk mengejar dan belajar apa benda yang dinamakan seo lelaki kacak tersebut.

Seo itu apa? Tak tahu? Kepada lelaki kacak sekalian dan wanita comel sedunia anda boleh bermula dari sekarang untuk berentap tanpa berlengah lagi. Hasilkan satu artikel dua tiga post setiap hari dengan keyword lelaki kacak dan kisah kisah masyarakat berkaitan lelaki kacak masa kini.

Banyak artikel artikel menarik berkenaan tajuk lelaki kacak yang boleh anda hasilkan setiap hari. Mulakan sekarang dan belajar apa itu seo lelaki kacak.

Sekian terima kasih…

Lelaki Kacak