Archive for the ‘penipuan scammers’ Category

Sms Tipu Ayah Di Balai Polis | Nak topup Free

Thursday, December 23rd, 2010

Ini kes nak topup free punya pasal.

Macam macam cara nak dapatkan topup free.

Ayah dekat balai nih. Mintak tolong topup free untuk ayah rm30. Boleh?

Kalo dah ada dekat balai polis tu pinjam aje telefon dekat balai polis di situ. Sarjan dan koperal polis sedia membantu anda.

Jawapan kepada sms yang boleh anda berikan adalah sebagaimana berikut dan lenlain jawapan balas yang sesuai.

“Aku dan bapak aku dah ada dekat balai polis nih nak buat report pasal sms tipu yang ko buat. Kejap lagi encik polis nak telefon jumpa dengan ko… Mahu?”

Sms lawak nak menipu jangan di layan sangat. Nanti taK pasal2 terbang free topup tanpa tersangka sama sekali. Penipu dapat free topup manakala topup anda terbang free tak pasal pasal.

Sms tipu nak dapat topup free.

Bleh agak ke nak menipoo…???

Wednesday, May 27th, 2009

Penipuan kemas kini akaun bank sememang tidak mengenal sesiapa untuk dihantar dan dikirim emel yang mereka mahukan. Ikut sedap hati mereka aje laa nak hantar kepada sesiapa sahaja yang mereka suka. Tidak kira laa anda ada akaun atau anda tidak punya akaun bank. Memang kelakar betul cara penipuan kemas kini akaun bank melalui email yang dihantar. Jangan mudah terpedaya dengan penipuan sedemikian rupa. Apa kehal pi hantar security alert kepada bukan pemegang akaun bank. hahahahaa…

Namun demikian penipuan kemas kini akaun bank sekarang dapat dielakkan lantaran telah dikemaskinikan dengan sebaik mungkin oleh pihak bank. Mereka takleh semudah-mudahnya nak pindahkan wang jika tiada ada nombor TAC yang dihantar menggunakan talian telefon bimbit sebagaimana yang telah anda daftarkan dengan bank pilihan yang anda miliki. Langkah yang seterusnya adalah pihak bank telah membuat kiriman sms menyatakan pemindahan wang telah dilakukan dengan jayanya sebagaimana yang dilakukan oleh maybank.

Dengan demikian anda akan mendapat alert berkenaan pemindahan wang yang telah anda lakukan serta-merta. Sekiranya berlaku pemindahan wang tanpa izin dari anda sudah tentunya sms alert akan terus sampai ke nombor hp anda untuk memaklumkan berlakunya satu tranksaksi yang boleh anda ketahui dengan segera. Maka penipuan kemas kini akaun bank anda dapat dielakkan dengan jayanya.

Maaf yer encik scammers … saya takder akaun bank alrajhi, jadi saya takleh nak buat apa-apa  kemas kini untuk terpedaya dengan helah hang punya penipuan kemas kini akaun bank.