Archive for the ‘Pedoman’ Category

Cara membina website mudah | Cara labah-labah buat sarangnya

Tuesday, November 25th, 2008

Pelajaran yang anda boleh perolehi daripada makhluk yang bernama sang labah-labah ni adalah labah-labah akan terus berusaha sehingga berjaya menyiapkannya dengan tekun dan komited. Cara labah-labah membuat sarangnya cukup mudah lantaran sudah ada kemahiran yang profesional untuk membina sarangnya.

Biarpun bagaimana ancaman kerosakan yang akan melanda sarangnya itu makhluk yang bernama labah-labah itu akan terus tekun dan sabar membina kembali sarang labah-labah. Cuba hangpa semua perhatikan apakah perbezaan sarang labah-labah di dalam rumah dengan sarang labah-labah yang berada di luar rumah.

Begitu juga jika anda sudah mempunyai kemahiran membina laman web anda sendiri dan mempunyai kemahiran perniagaan internet yang tersendiri, maka kerja anda akan menjadi lebih mudah dan senang biarpun di mana jua anda berada.

Ramadhan dan kisah tauladan

Wednesday, September 17th, 2008

Fenomena mercun dan bunga api memang tak dapat lari dari mendominasi bulan ramadhan ataupun musim perayaan yang lain. Dedulupun meriam buluh memang popular sakan di persekitaran kampung di mana jua pelusuk kampung. Meriam dengan karbaid dalam batang paip. Bom karbaid dalam botol kaca. Sekali bercampur karbaid dengan ayak biasa pun dah meledak…. Mau lawan siapa kuat punya bunyi meriam buluh aaaaaaa…? Meh kita buat meriam buluh buatan sendiri….

Maka kedengaran ler berdentam dentum sana sini… sanggup mereka melaksanakan misi meriam buluh mereka semata-mata nak sambut ketibaan ramadhan sehingga ler penghujung ramadhan. Heran betul setiap kali tiba ramadhan maka akan kedengaranlah bunyi-bunyian meriam buluh tersebut. Itulah dia penangan meriam buluh buatan sendiri. Kalo buat buat bom buatan sendiri sudah tentunya derang boleh menjadi pakar…

Mereka yang menjadi tokei mercun sudah tentunya giat berusaha untuk membawa masyuk segala aneka mercun untuk memperolehi keuntungan yang berlipat semata-mata mahu memenuhi permintaan mereka yang mahu mendapatkan mercun pelbagai jenis tersebut. Tak boleh nak dapatkan aneka mercun yang berjenis-jenis tersebut sudah tentunya mercun buatan sendiri menjadi pilihan hati.

Kisah-kisah tragis mangsa mercun tersebut akan tetap menghiasi dada-dada akhbar tempatan setiap tahun. Sengsara sudah tentunya tak terkira dengan kehilangan anggota badan yang tidak ada galang gantinya. Apohalpun kena banyak bersabor la banyak-banyak agar menjadi iktibar untuk masa depan. Nasihat mak ayah kena dengar untuk kebaikan diri kita sendiri. Kalo terlampau seronok sehingga membawa kesengsaraan kepada diri sendiri apa makna bunyi meriam buluh berdentam dentum yang hanya seronok didengar namun sengsara tatkala tersilap langkah.

p/s : saya pun seronok jugak dapat main mercun nih… seronok tak hingat dunia dengan warna warninya…

sekian terima kasih.

Fenomena alam luar biasa

Tuesday, May 6th, 2008

gambar_495_awan_bertukar.jpg

Fenomena alam :

MISTERI AWAN CERAH BERTUKAR GELAP:

Perubahan cuaca yang panas terik tiba-tiba bertukar menjadi gelap pada jam 4.30 petang semalam, menimbulkan tanda tanya. Kejadian berubah corak selama sejam. Gambar ini dirakam ketika Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan hadiah kepada anakndanya, Tengku Ahmad Ismail Tengku Abdullah, 8, pada Kejohanan Olahraga Ke-35 Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuantan. Tunku Azizah Aminah Maimunah turut merakamkan kejadian itu.

anda juga boleh perolehi dari sini :

rakaman misteri awan gelap

peristiwa misteri awan gelap

manakala cerita biasa lagi luar biasa adalah berkenaan air pasang luar biasa. ceritanya berkenaan banjir air laut.

pix1_air_pasang.jpg

KENDERAAN dan orang ramai terpaksa meredah air berikutan kejadian air laut pasang besar yang melanda Zon Bebas Cukai, Kawasan Perindustrian Prai, kira-kira dua jam mulai 1 tengah hari tadi. – Gambar Rosli Ahmad

Sekian terima kasih berkenaan dua fenomena alam luar biasa tersebut buat tatapan anda semua.

kes Lina Joy semakin gempak! sufiah bagaikan puteri…

Tuesday, April 8th, 2008

anda tahu siapa dia Lina Joy yang dimaksudkan?

anda boleh mengetahui berkenaan beliau di sini. memang hangat diperkatakan dengan kelantangannya untuk berpisah badan dari Islam.

maka terpisahlah dia dari Islam.

kes sufiah satu hal.

Filem Fitna satu hal.

sufiah? anda boleh bergegas ke you tube aje… memang dah tak dapat nak digambarkan lagi bagaimana teruknya dia. dan beliau bukan warga negara malaysia.

mari kita tengok bagaimana sufiah beraksi dengan penuh keriangannya bagai puteri kelas atasan.

sufiah the genius lady in the world like princes she say…

Lina Joy pula dah tentunya menjadi perhatian yang lebih gempak lagi.

=================emel=======================

 

( LINA JOY ) kehebatan peguam jahanam Azlina Jailani telah menang di Mahkamah. mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia…

 

sapa yg lebih berkuasa…
sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah…amin

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar…IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama…

Bersedialah wahai saudara – saudari ku yang amat disayangi…
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam)….
apo.jpg
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama…

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.

Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?…
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .

Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
– Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, ‘Hang nak ikut ugama apa?’…Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama – maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu,depa minta di’tiada’ kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain – mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?…

Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bibledalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? …lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?…Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?….

Depa kata kat Mufti Perak, ‘Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!’…Datuk Harussani balas dalam majalah ‘Millenium Muslim’, katanya, ‘Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!’…

Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
—————————————————
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: ‘Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-‘Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Surah An-nur, Ayat 1:
“Ini adalah(AQ) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam) nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya”

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE ‘DIWAJIBKAN’ POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA… KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD… SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM…

==============emel========================

jadi… apa komen anda semua? berikan pandangan yang bernas dari anda semua..

ramadhan yang berlalu

Monday, October 8th, 2007

assalamualaikum…

Ramadhan akan berlalu. Ramadhan yang akan dirindui oleh mereka yang menikmati keindahan bulan Ramdhan tersebut. Ramadhan akan dirindui lantaran pahala yang berlipatkaliganda. Hanya sekali dalam setahun. Penghulu segala bulan…

Anda akan mendapati terawih dalam bulan ramadhan. jika ada yang buat terawih selepas ramadhan memang ada yang tak kena… mana ada terawih bulan lain…?

Ramadhan yang dirindui…

Pada bulan ramadhan yang sebulan itu suara ibu-bapa adik kakak melaungkan sahur! Sahur dengan jayanya setiap kali membangunkan rakyat jelata yang ada untuk bersahur… Ada juga yang terlepas sahur. Tidak kisah sahur. Rasa berbeza antara puasa orang dewasa dan orang kanak-kanak sebagaimana cerita upin dan ipin yang mendapat sambutan terhangat masa kini.

Kemudian kita perolehi lagi dalam bulan ramadhan ini adalah bazar Ramadhan yang setiap kali ramadhan datang menjelma, maka menjelma jua mereka yang mahu mengambil peluang untuk berniaga biarpun ada yang komplen…

Ramadhan yang dirindui memberikan kepada mereka yang berpuasa satu rahmat yang cukup besar dengan anugerah Lailatul qadar…

Ramadhan akan datang setahun dari sekarang akan tetap ditunggu sentiasa oleh mereka yang merindui Ramadhan al-mubarak.

Dah nak raya nih… nak mintak duit raya boleh ke?

haaa? nak mintak duit raya?

selamat hari raya aidilfitri. cuti sakan jangan lupa berhati-hati di jalanan.

sekian terima kasih…