Archive for the ‘misi angkasa lepas’ Category

cerita penjelajahan angkasa lepas

Saturday, November 3rd, 2007

gambar_118_beritaharian.jpg

 

TURUT BERMINAT: Anakanda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Fatmatul Zaharah, 6, bergambar dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Faiz, semalam. -berita harian online

Eh eh eh. Mana satu nak tulis?

Gambar dr sheikh muzaffar angkasawan?

Mari kita belajar menda baru berkaitan angkasa lepas. Jika dah tahu boleh tambah lagi pengetahuan yang ada. Lebih baik belajar dari tidak tahu apa-apa atau tidak ambil tahu berkaitan angkasa lepas.

===================================================

Dr Sheikh Muszafar tidak pedulikan sindiran

Walaupun banyak pihak mengagumi dan memuji kejayaan angkasawan pertama Malaysia Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha namun terdengar juga suara sumbang yang mempertikaikan kebolehan beliau.

Ada pihak yang menggelar beliau sebagai pelancong angkasa lepas – seorang santis yang kurang berkelayakan, tetapi bernasib baik kerana berpeluang terbang dengan sebuah roket bersama angkasawan berpengalaman untuk berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Walaupun beliau sendiri mendengar komen yang menyakitkan hati ini, tetapi Dr Sheikh Muszaphar berkata beliau tidak mengambil hati mengenainya. –Bernama

=================================================

Banyak perkara lagi yang boleh anda pelajari berkaitan angkasa lepas dari apa yang dinamakan sebagai pelancong angkasa lepas oleh sesetengah orang. Biarpun hanya sepuluh hari ternyata impak maksimanya cukup ketara yang boleh anda perhatikan.

Rata-ratanya masih berbicara berkenaan pro dan kontra misi ke angkasa lepas dalam program angkasawan negara dari awal sehinggalah dr sheikh muszaphar pulang ke bumi dengan selamat.

Isu pelancong angkasa lepas barangkali menjadi topik yang cukup menarik lantaran program angkasawan negara yang dikatakan membazir dengan perbelanjaan sehingga RM95 juta? Menariknya di sini semua orang bercakap mengenai angkasawan dan mencari detik-detik kenangan gambar angkasawan tersebut saban hari. Komen juga tidak putus-putus. Tidak kiralah positif dan negatif. Ia adalah lumrah dalam kehidupan manusia.

Duit sudah dibelanjakan untuk program tersebut apatah lagi program latihan yang dijalani oleh mereka yang mahu ke angkasa lepas sebelum ini. Hanya dua orang sahaja yang terpilih dan satu berjaya ke angkasa lepas. Kira berbaloi jugak laa. Takkalah semua orang nak ke angkasa lepas?

Sediakan bajet yang secukupnya jika anda mahu menjadi pelancong angkasa lepas.

Sekiranya anda mahu mempelajari apa yang menarik berkenaan angkasawan negara lain pun boleh juga untuk menambah pengetahuan berkenaan pelancong angkasa lepas atau misi angkasa lepas. Dan kini anda boleh menjelajah ke angkasa lepas jika anda mahu. Anda juga boleh melihat apa yang telah dilihat oleh angkasawan Malaysia yang pertama tersebut dengan hanya menggunakan klik tetikus.

Bagaimana? Mudah aje. Pergilah jenguk apa yang ada di GOOGLE EARTH. Website : http://earth.google.com. Anda boleh mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan angkasa lepas. Selamat belajar berkenaan pelajaran angkasa lepas.

Apa yang lebih menarik lagi adalah gambaran berkaitan apa yang dilihat oleh dr sheikh muszaphar juga ada disediakan di sana.

Download jelajah angkasa lepas.


Sekian terima kasih.

Astronaut wanita dan astronout lelaki.

Saturday, October 20th, 2007

program pemilihan angkasawan negara

Assalamualaikum…

Banyak citer jugak berkenaan angkasawan Malaysia masa kini dengan gambar-gambar terkini dan juga tele-sidang antara Dr Sheikh Muszaphar dan juga video-video astronaut tersebut berlegar dalam youtube.

Citer pasal astronaut nih… doluu selepas beberapa siri pemilihan program angkasawan Negara berlangsung yang disertai ramai orang lelaki dan wanita Malaysia yang cukup menarik perhatian ramai untuk ke angkasa lepas. Memang menarik laa tarikannya.

Selepas ini dah tentunya kita akan melihat astronaut wanita pertama Malaysia yang akan berlepas ke angkasa lepas sekiranya usaha bersungguh-sungguh dilakukan dari sekarang mengikut apa yang telah dilalui oleh peserta program angkasawan Negara tempohari.

Siapa nak sokong calon wanita angkasawan Malaysia?

Maka kerajaan juga akan mempertimbangkan lagi untuk menghantar calon angkasawan negara dengan membuat kajian yang terperinci dan sewajarnya sebelum ke angkasa lepas.

Dengan kejayaan pemilihan astronaut dari program angkasawan Malaysia tersebut sudah tentunya akan ada lagi program-program susulan untuk menghantar calon angkasawan Malaysia ke ISS dan seterusnya menjejakkan kaki ke bulan.

Kalo yang berminat sangat dengan angkasawan boleh laa mewujudkan dana angkasawan yang tersendiri. Takleh untuk diri sendiri boleh laa bagi kepada mereka yang berminat untuk pergi. Rasanya dah tentu ada yang ingin membantu anda untuk merealisasikan misi angkasawan yang cukup bermakna kepada Negara dan dunia angkasawan masa kini. Hahaaa… sama-sama membantu untuk ke angkasa lepas.

Pemilihan Dr Sheikh Muszaphar adalah sebagai langkah permulaan untuk mereka yang berminat dalam bidang angkasawan ini bersedia dari awal untuk mempersiapkan diri dengan pertahanan mental dan fizikal. Kalo tidak bersedia dari sekarang, bila lagi nak mula wahai rakyat Malaysia yang budiman? Lelaki dan wanita?

Selepas ini siapakah calonnya yang layak? Wanita atau lelaki pula?

Atau anda juga boleh mewujudkan kelab angkasawan malaysia mulai dari sekarang jika berminat.

Jangan menjadikan program angkasawan Malaysia sia-sia.

Sekian terima kasih

astronaut dr sheikh muszaphar tele-sidang

Friday, October 19th, 2007

Perkembangan seterusnya berkenaan angkasawan malaysia dr sheikh muszaphar adalah perbualan dengan bapanya dari stesen angkasa antarabangsa (ISS).

====================================

Dr sheikh Muszaphar dengan gembira sakannya mempamerkan produk rendang semasa berada di ruang legar kapal angkasa ISS.

Beliau sedang mempamerkan bahan kajian ketika di dalam Soyuz TMA 11.

Kelihatan beliau sedang membuat uji kaji di dalam kapal angkasa ISS dengan khusyuknya.

Sesi tele-persidangan yang diadakan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dengan Dr Sheikh di ISS.

Datuk Seri Jamaluddin Jarjis video conference bersama angkasawan Malaysia Sheikh Muszaphar langsung di ISS.

petikan dari laporan program angkasawan malaysia

gambar angkasawan malaysia | soyuz selamat sampai

Saturday, October 13th, 2007



Send
this banner to your friends

Mereka berlepas dengan jayanya tempohari.

saksikan pelancaran ke angkasa lepas tersebut dengan jayanya…

pelancaran roket ke angkasa lepas.

Berita melaporkan berkenaan roket soyuz telah selamat sampai ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan jayanya.

SOYUZ (dalam bulatan) bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

ANGKASAWAN negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kiri), Peggy Whitson (kanan) dan Yuri Malenchenko bersama krew ISS sebaik memasuki stesen angkasa antarabangsa itu.Di sini saya sertakan sekali laporan dari berita harian berkenaan cerita angkasawan malaysia yang telah sampai di sana dan menyambut hari raya aidilfitri di Stesen Angkasa Antarabangsa.

“MOSCOW: ‘Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat Malaysia’, itulah ungkapan pertama angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, sebaik kapal angkasa Soyuz TMA-11 berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), awal pagi tadi.

Berikutan percantuman Soyuz dengan ISS itu, Dr Sheikh Muszaphar mencipta satu lagi sejarah untuk diri dan negara menjadi rakyat Malaysia pertama bertapak di stesen angkasa.

Pada sidang media selama 10 minit antara Pusat Kawalan Misi (MCC) di sini dengan ISS yang sedang berlegar di ruang angkasa Russia, angkasawan pertama negara yang kelihatan segar dan bersemangat, juga mengucapkan salam kepada yang keluarga terutama ibu, Datin Zuraida Sheikh Ahmad dan ayahnya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor serta abangnya, Sheikh Ahmad yang turut berada di MCC.

Turut hadir pada majlis bersejarah itu, iaitu kali pertama warga Malaysia mengucapkan salam dan doa kepada seluruh rakyat daripada angkasa lepas ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; Pengarah Program Angkasawan Negara, Kol Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, penyelidik, saintis dan wartawan Malaysia.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia untuk terus mendoakan supaya Allah memberi kekuatan kepadanya untuk melaksanakan misi negara dan penyelidikan yang dijalankan mencapai objektifnya.

Dr Zulkeffeli dalam taklimat media berkata, rentetan kepada peristiwa bersejarah itu bermula 90 minit sebelumnya, apabila Soyuz menghampiri ISS dan kedua-duanya dapat bercantum pada jam 6.52 petang waktu tempatan bersamaan dengan jam 10.52 malam tadi di Malaysia.

Kapal angkasa Soyuz berlabuh di ISS selepas mengorbit bumi lebih 700 kali dalam tempoh 48 jam selepas dilancarkan di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, 10 Oktober lalu.

Sebaik saja mendarat di ISS, MCC berhubungan secara berterusan dengan krew Soyuz termasuk dengan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar.

Ketika berlegar di orbit, Soyuz hanya mempunyai perhubungan darat dengan MCC setiap 90 minit, iaitu 10 minit setiap kali ia melepasi ruang angkasa Russia”.

petikan dari berita harian

video rakaman soyuz selamat sampai di ISS

=============================

dan ia akan menjadi sejarah yang cukup menarik dalam nota buku sejarah malaysia. maka bertambah lagi tempat bersejarah yang sedia ada selain dari sejarah malaysia masa-masa silam. hehehhe…

sekian terima kasih.

angkasawan malaysia : masa untuk berlepas!

Tuesday, October 9th, 2007

Assalamualaikum..

Angkasawan negara ke ruang angkasaraya. Sejarah untuk negara malaysia. Nampak gayanya beraya di angkasa lepas laa angkasawan negara yang bernama Sheikh Muszaphar Shukor dalam misi untuk membuat penyelidikan berkenaan dengan sel barah, bakteria, serta pengkristalan protein.

Ada sapo2 lagi nak pergi ke angkasa lepas? Boleh laa buat tempahan tiket kapal angkasa lepas mulai sekarang.

KAPAL angkasa Rusia Soyuz TMA-11 yang akan membawa angkasawan negara bersiap sedia untuk berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa Rabu ini selepas ditegakkan di tapak pelancarannya di Baikonur, Kazakhstan, semalam. – AP.Ku petik gambo ini dari utusan malaysia. Jangan marah heh…?

Nak tengok lagi gambo perkapalan angkasa lepas yang akan berlepas tak lama lagi…

PERSIAPAN AKHIR: Roket Soyuz-TMA 11 dibawa ke tapak pelancaran di Baikonour Cosmodrome, Kazakhstan.

Siapakah yang telah layak untuk terbang ke angkasa lepas tersebut? Sudah tentu anda telah mengetahuinya…

PERSIAPAN RAPI: Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr Zulkifly Yusoff mengemaskinikan peralatan komunikasi pada pakaian khas angkasawan yang dipakai Dr Sheikh Muszaphar di Russia

Inilah dia orangnya yang sedang bersiap-sedia melaksanakan misi ke angkasa lepas.

Itulah dia sedikit sebanyak coretan misi ke angkasa lepas yang akan membawa angkasawan malaysia ke angkasa lepas. Jom kita jenguk angkasa lepas…

program angkasawan negara

national space agency

Sekian terima kasih