Archive for the ‘kewangan’ Category

Bijak Wang dan Bijak Labur

Wednesday, December 3rd, 2014

Kenapa mesti bijak wang? Boleh simpan duit untuk masa depan.

Kenapa mesti bijak labur? Agar duit anda tidak lebur begitu sahaja tanpa dapat dikesan entah ke mana dan anda terperangkap dengan hutang yang tidak sepatutnya anda lakukan.

Berhutang untuk meleburkan duit anda? Memang merugikan.

Anda akan terperuk sengsara dan mederita dek kerana berhutang untuk melabur konon kononnya akan dapat menghasilkan pulangan yang berlipat kali ganda. Usah terperangkap dan terpedaya.

Mohon selidik dan buat kajian kes dahulu sebelum anda menyesal kemudian hari tidak pasal pasal dek kerana sikap mahu cepat kaya tanpa sebarang usaha.

Berusaha dengan ilmu di dada yang akan menyelamatkan kewangan anda lebih baik dari berusaha goyang kaki dengan meleburkan wang anda secara sesia. Untung entah ke mana modal entah ke mana. Hutang terus berlipatkaligandakan tak terkata.

Nak berniaga dengan platform instagram?

Nak simpan duit untuk masa depan?

Tak nak simpan duit?

Saturday, November 29th, 2014

Tak nak simpan duit?

Kenapa?

Simpan simpan asyik buat keluar aje macam mana nak simpan?

Itu kena ada disiplin laa. Disiplin simpanan itu kena kuat. Kukuh dan padu. Mantap lagi bro!

samah aje?
seringgit aje?
Hijau aje?

Cuba try test dulu tengok lagu mana hasilnya.

Lupakan samah aje.
Lupakan seringgit aje.
Lupakan hijau aje.
Lupakn syiling aje?

Tengok aje dengan syiling anda rasa kecik aje nilainya.

Lebih baik masukkan dalam tabung sikit demi sikit untuk disiplinkan diri anda menabung dengan jayanya. tak gitu?

Macam Mana Nak Selesaikan Hutang?

Friday, November 28th, 2014

Persoalan yang cukup menarik…

Cabarannya juga cukup dengan pancaroba…

Nak simpan duitpun penuh dengan cabaran inikan pula nak selesaikan hutang.

Jangan sekali kali berhutang dan jangan sekali kali memberi hutang. Tidak boleh sama sekali kecuali terpaksa berhutang.

Lebih lebih lagi berhutang dengan along. Kesian diri sendiri sedih menderita keluarga yang terperangkap sama.

Cabaran simpan duit pulak dah tentunya berdepan dengan desakan untuk menggunakan duit yang telah disimpan itu. Cara yang paling best adalah simpan dan lupakan.

Sambil sambil simpan duit boleh tengok penangan tawaran meleleh yang boleh anda pertimbangkan untuk tambah pendapatan dan tambah sumber kewangan anda. Betapa ruginya diri anda terdesak dan terperangkap dengan along dan terpekik terlong tiada siapa yang nak menolong…

Mohon buat cabaran simpan duit.

Mohon pertimbangkan tawaran meleleh ini <—- tawaran adalah terhad.

Cara urus wang anda dengan lebih tersusun

Monday, September 26th, 2011

Cara urus wang dengan lebih bijak.

Pengurusan kewangan yang lebih tersusun amat penting dalam kehidupan seharian masa kini. Tambahan dengan kenaikan harga emas berkilau, silver perak dan barangan keperluan harian yang perlu dibeli setiap hari, lebih lebih lagi keperluan dapur. Boleh jadi perang besar suami isteri satu keluarga dek kerana asyik mintak duit wang pitish setiap hari untuk beli keperluan dapur. Nak isi perut kosong anak bini punya pasal. Namun jika cara urus wang anda tidak begitu tersusun dengan kemas alamatnya akan huru hara jadinya dek kerana dilanda gelora kesempitan wang setiap hari.

RM5000 sebulan tak pernah cukup…? Eh eh eh RM500 sebulan lebih dari cukup, boleh jimat sehingga akhir bulan??? Bagaimana tu? Adakah lebih banyak itu bagus atau sikit itu lebih bagus? Petua mudah adalah cara urus wang yang telah anda sediakan setiap hari. Tanpa cara urus wang yang bijak sudahnya anda akan tersungkur dengan bebanan masalah kewangan yang kronik. Simpanan pun tak ada ke??

Bagaimana pula cara urus wang yang anda laksanakan dalam kehidupan seharian? Inilah dia misi urus wang yang perlu anda lakukan. Berapa banyak bajet yang telah anda sediakan dan berapa banyak bajet wang yang telah terkeluar dari landasan? Lari bajet atau ikut bajet yang telah anda tetapkan…

Sebelum ini gerenti anda akan membuat sedikit sebanyak catatan berkaitan dengan urusan perbelanjaan yang anda lakukan setiap hari. Belanja dapur totalnya berapa. Belanja anak anak totalnya sekian sekian jumlah dan belanja lain lain hal dengan sekian sekian banyaknya jumlah wang yang perlu anda sediakan. Simpanannya bagaimana? Takkan Zero pulak…?

Namun demikian anda seringkali kehilangan arah dengan bajet perbelanjaan bulanan anda. Cara urus wang anda masih berada di takuk lama… Dan anda pastinya akan termenung seketika. Macam mana nak settlekan masalah kewangan aku nih? Jalan penyelesaiannya untuk anda adalah dengan menggunakan pengurus kewangan untuk membantu menguruskan kewangan anda dengan lebih bijak dan tersusun.

Oleh yang demikian cara urus wang amat penting untuk anda kuasai. Tanpa berlengah lagi sila ke ruangan laman sesawang berikut : Perisian Kewangan Peribadi <<<<<Perisian Kewangan Peribadi >>>>> untuk cara bijak urus wang anda dengan lebih tersusun dan bukan lagi dengan cara urus wang yang berteraburan sana sini.

Yeahaaaa dapat gaji akhir bulan | Selamatkan Duit Gaji Anda

Sunday, July 26th, 2009

Tentunya seronok dapat gaji setiap bulan. Bonus gaji pun dapat. Dapat gaji awal bulan. Dapat gaji akhir bulan. Dapat gaji tengah bulan. Namun demikian bagaimana pula dengan pengurusan wang gaji anda?

Sama ada anda kerja kerajaan atau kerja dengan swasta….

Jangan biarkan gaji anda habis begitu sahaja. Lakukan sesuatu untuk menyelamatkan wang gaji. Jangan biarkan wang gaji anda menjadi mangsa dapat gaji bayar hutang. Uruskan wang gaji anda dengan berhemat…

Sekian terima kasih…

Bagaimana anda boleh kaya dengan panduan Rahsia Menjadi Kaya?