Archive for the ‘Bicara semasa’ Category

Jom travel rehat minda dekat Disneyland Hong Kong

Wednesday, January 30th, 2019

 

View post on imgur.com

Jom travel rehat minda dekat Disneyland Hong Kong

“Eh cik Kiah, citer travel dekat Hong Kong tu apa citer?” Tanya cik Senah.

“Nih laa nak citer sikit nih kat korang pasal sebuah negara yang dikatakan di bawah prinsip “1 Negara, Dua Sistem”, iaitu Hong Kong.” Kata cik Kiah penuh semangat.

Sambung cik Kiah lagi..

Begini ceritanya…

Negara Hong Kong nih telah menjadi sebuah ‘Special Administrative Region of the People’s Republic of China’ pada 1 Julai 1997.

Melalui perjanjian ini membolehkan bandaraya ini terus menikmati tahap autonomi yang tinggi, termasuk
dalam mengekalkan sistem kapitalis, perundangan bebas dan peraturan undang-undang, perdagangan bebas dan kebebasan bersuara.

Hong Kong nih terbahagi kepada 3 bahagian Lantau Island, New Territories, Hong Kong Island.

Cuaca pula :
Hong Kong mempunyai iklim sub-tropika dengan pelbagai musim.

Musim bunga dia selalunya time malam sejuk dalam lebih kurang antara 17-25 darjah celcius.

Musim panas tu pulak lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31?C tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menjadikannya lebih panas. Masa musim luruh pulak terdapat tiupan angin yang menyegarkan, sinaran matahari yang banyak dan suhu yang comfortable.

Ramai yang anggap inilah bulan-bulan terbaik untuk melawat Hong Kong. Jika korang nak travel tu bolehlah pergi ke hong kong time ni.

Musim sejuk lak, kering dan berawan, dengan kesejukan sekali-sekali. Suhu boleh turun hingga bawah 10?C di kawasan bandar. So lagi sejuk dari aircond rumah kita, jadi korang jaga-jagalah ye.

So untuk persiapan pertama sekali korang kena ada passport. Nak travel pergi semua tempat luar Malaysia korang wajib ada passport. Sekarang ni senang je nak buat, korang pergi kat UTC
mana-mana, boleh siap dalam masa sehari. Of course korang kena keluar pagi, kalau bangun tengah
hari tu takyah sembang lah nak pergi buat passport. Ramai kot. Hahaha.

Yang kedua pulak pasal visa,
kalau korang nak travel ke Hong Kong tak payah buat visa tapi kalau China wajib ada visa. So alang-alang kalau nak ke Hong Kong bawak passport jer, janji korang tak masuk China. Duit korang better tukar siap-siap kat Malaysia.

Tiket dan hotel better korang book awal-awal kat Traveloka Malaysia. Manalah tahu korang bernasib baik boleh tengok Hong Kong Disneyland promo,  dapat diskaun ke lagi best.

Maklumat yang seterusnya adalah  korang kena ambil tahu perihal untuk dapatkan insurans travel atau tak, so pada pendapat aku better amek je la dulu sebab who knows kan.

Untuk ke Disneyland korang boleh menggunakan perkhidmatan MRT lebih cepat dan murah, pengangkutan lain seperti bas aku tak yakin sangat so kalau korang tau boleh teruskan, kalau tak
jangan memandai-mandai tauu , untuk aku naik train lagi senang.

Sampai saja di Disneyland jangan
lupa untuk berselfie kat pintu gerbang masuk tu , kalau korang nak tau di gate pintu masuk ada security yang akan check beg kita , makanan memang tak boleh bawa masuk , kalau ada kena
habiskan atau beg simpan di locker , bukan free ya tapi berbayar RM20 kalau tak silap .

So dalam disneyland ni terbahagi kepada 7 bahagian , Adventureland , Fantasyland , Grizzly Gulch , Main
Street, U.S.A , Mystic Point , Tomorrowland , Toy Story Land . Boleh ambil map di kaunter senang
sikit bila nak jalan nanti , dan diingatkan juga cuaca kat Hong Kong ni tak menentu , standby rain coat
atau boleh beli payung , untuk permainan di luar jika hujan memang tak boleh naik atas faktor keselamatan.

So kat dalam Disneyland tu korang enjoy la puas-puas sebab bukan selalu dapat pergi ke Disneyland walaupun kat hong kong ni Disneyland yang paling kecik. Disneyland tetap disneyland
kan so enjoy the moment.

Ingatlah tips yang aku bagi tu, jangan lupa supaya korang punya holiday
nanti takdelah macam sia-sia. Gagal merancang, merancang untuk kegagalan. Haa kan dah keluar aku punya puitis. Hahaha.

Nak ke sana sesuai jugak kalau korang nak pergi sorang, honeymoon atau
dengan anak bini korang. So plan la betul-betul and actually ramai gak orang Malaysia ke sana so plan betul-betul supaya tak pergi time yang tak sesuai. Hidup ni kita kena pergi ke negara China untuk timba ilmu. Hahaha.
.
Okayyy… Selesai dah.

Begitulah ceritanya…
Selamat travel ke Hong Kong.
Terima kasih.
.

Esok Tahun 2019! Selamat tahun baru 2019.

Monday, December 31st, 2018

Eh dah tahun 2019 tahun depan?

Selamat tinggal 2018 yang penuh dengan kenangan.

Selamat tahun baru 2019. Mulakan dengan azam baru atau mulakan sambung dengan azam tahun lepas. Mana yang lebih terdahulu laa.

Moga tahun 2019 lebih banyak kejayaan dan semangat juang yang kental dalam menghadapi cabaran kehidupan yang mendatang.

Sekian. Terima kasih.

 

Bisnes Ebay Tak Perlu Wasap Bagai…

Saturday, May 13th, 2017

Bisnes Ebay Tak Perlu Wasap Bagai…

View post on imgur.com

Nak tahu tak? Jika anda dah biasa meniaga dekat mudah dot my guna cara dropship anda boleh mencuba meniaga dekat ebay pulak. Tengok aje laa rate usd kpd rm –>> 1usd terusss tukar kpd rm4. Cer kira sendiri bila dah dapat usd kepuk2 dekat ebay.

Boleh buat bisnes ebay secara kecil kecilan dahulu kemudian terusss meningkat sedikit demi sedikit. Buat dari rumah aje.

Tapikan mesti buntu idea nak jual apa dekat ebay nih. No idea! Tak mengapa jangan risaulah. Buat bisnes ebay gaya dropship aje. Lebih menjimatkan dan menguntungkan. Tak perlu susah payah keluarkan modal.

Apa yang bestnya meniaga gaya dropship nih anda tak perlu nak fikirkan pasal urusan pengeposan barang ke luar negara. Itu kerja anda duk rileks aje.

Biarkan supplier yang buat kerja dia.

Teknik bisnes ebay nih memang cukup memudahkan anda tanpa perlu susah payah nak buat marketing copywriting pujuk sana sini. Tak perlu nak balas wasap bagai. Tak ada orang nak tanya itu ini begitu begini.

Apa yang penting adalah anda boleh buat iklan dan tinggal. Boleh nak ke mana mana anda suka. Nak tidur nak tengok tv pun takder masalah. Kerja anda tengok akaun usd paypal mahsyuk kepuk2.

Tapikan nak dapat semua tu kena belajar bisnes ebay dulu baru boleh dapat hasilnya. Bukannya termenung duk tunggu begitu aje. Tak gitu?

Dengan bisnes ebay nih anda boleh dapat free trafik. Free marketing.

Nampak macam tak masuk akal buat iklan lepas tu tinggal tak perlu nak buat promosi langsung untuk bayar iklan.

Tapi itulah hakikat bisnes di ebay yang masih ramai orang tak tahu.

Anda tak tahu macam mana nak mula?

Boleh mula dekat sini —>>> Belajar Bisnes Ebay

 

Saya dah penat guna simkad telco biasa.

Tuesday, September 6th, 2016

Asyik asyik kena telan. Kemudiannya ada lagi caj tersembunyi. Banyak sungguh dugaan dengan simkad telco biasa yang cukup galak duk telan kredit kastemer mereka.

Apakah mereka itu tak reti2 nak insoff biarpun seketika duk telan kredit aje kerjanya?