Archive for the ‘hiburan tanahair’ Category

Penafian keras dan luahan rasa kecewa Aaron Aziz Mustafa

Wednesday, April 4th, 2012

Siapa dia Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa? Sila ambil perhatian yang serius dengan penafian dari pelakon popular tersebut…

KUALA LUMPUR: “Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa.

“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan ‘permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam.

Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.

Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan.

Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa.

Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai.

P/S : Habislah kalo kena saman tak pasal pasal kes ini macam….

Raja Libas : Pahlawan Sukan Libas Sepak Takraw

Thursday, September 29th, 2011

Filem Libas Sepak Takraw akan menemui penonton pada tarikh 29 september 2011.

Siap sedia semua dengan teknik jurus libas sepak takraw masing masing.

Jom tengok filem Libas Sepak Takraw punya filem komikal. Kelakar habis… Mau jadi raja libas pahlawan sepak takraw terbilang.

Pertembungan regu lawan untuk menjadi juara Libas Sepak Takraw.

Black dan Mas Idayu Juara Mentor 3

Sunday, July 12th, 2009

Foto TV3

Tu dia punya cerita. Black telah menjadi juara untuk musim ketiga mentor 3 punya realiti show dengan hadiah gempak sebuah kereta dan wang tunai rm100,000.

Protege dan Mentor yang lain tidak pulang dengan tangan kosong. Lepas nih kita tengok pulak apa citer mentor musim keempat.

Siapa juara Mentor 3?

KONTROVERSI pemilihan peserta akhir Mentor 3 tentunya tidak akan menganggu konsentrasi tiga protege terpilih, Black, Chaq dan Fira untuk bersaing pada malam ini.

Masing-masing bukan sahaja mempunyai kelebihan dan keistimewaan malah mentor mereka pasti sahaja cuba memberikan hasil terbaik pada malam ini untuk peluang merebut hadiah kemenangan wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta.

Protege penyanyi Mas Idayu, Black dikatakan mempunyai harapan cerah bergelar juara kerana dianggap peserta versatil selain merupakan peserta kegemaran yang sentiasa menambat hati juri profesional dan mendapat kepercayaan peminat.

Sementara protege penyanyi/komposer Ajai, Chaq yang terkenal kerana gerak tari bertenaga tentu sekali tidak mahu mempersiakan-siakan peluang mara ke final sekali gus mengembalikan kepercayaan peminat untuk memilihnya sebagai juara.

Dan Fira, anak didik penyanyi Lah Ahmad pasti sahaja mahu memberikan satu persembahan mantap bagi membuktikan yang dia mempunyai pakej terbaik seorang penghibur.

Apa pun usaha mereka dan mentor masing-masing, pasti sahaja yang penting adalah untuk memberi kepercayaan kepada juri profesional dan orang awam yang menilai dan memberikan peratusan markah.

Terbahagi kepada tiga bahagian pemarkahan, juri profesional memberikan 50 peratus markah keseluruhan manakala 30 peratus datangnya daripada undian SMS dan selebihnya daripada juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar muzik, wartawan, penerbit rancangan dan golongan semi-profesional dalam bidang industri muzik

Black, Chaq dan Fira yang berentap di pentas akhir yang bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, Selangor pada pukul 9 malam ini akan menyampaikan tiga persembahan istimewa untuk layak bergelar juara.

Selain persembahan solo, konsert akhir kali ini juga menyaksikan protege akan berduet bersama mentor masing-masing di samping artis undangan.

Finalis Mentor 3 turut memperkenalkan lagu baru yang dicipta khusus untuk mereka hasil ciptaan komposer terkenal tanah air.

Black yang mempunyai vokal lantang pasti sahaja tidak mahu menghampakan penonton dengan persembahan solo dan duet selain mengundang Mus May dan Shamrin bersamanya di konsert akhir.

Chaq juga pastinya tidak akan mempersia-siakan peluang ini dengan satu persembahan istimewa bersama adiknya, Stacy yang merupakan juara AF6.

Sementara Fira akan tampil berduet bersama juara Gang Starz 2, One Nation Emcees di konsert penentuan yang diacarakan oleh Ally Iskandar ini.

Pada konsert akhir ini juga dua peserta uji bakat iaitu Amirul (Amirul Aqmal Mohd Khairi) dan Azmarul (Azmarul Azuan Harrun) akan mempamerkan bakat masing-masing untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

– WANDA IDRIS

Tahniah sakan kepada juara mentor 3 tv3 kali ini Protege Black dan Mentor Mas Idayu.

Saksikan Keputusan rasmi juara mentor 3

Juara Mentor 3

Sekian terima kasih.

(ABPBH 2008) Nabil Menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Monday, April 13th, 2009

Memang sah Nabil menjadi juara bintang bintang popular anjuran berita harian. Seronok sakan dapat anugerah bintang popular. Memang popular sakan. Lu Pikir la sendiri…

Mari tengok senarai pemenang yang lain pulak…

Tu dia senarai mereka yang menerima pingat kemenangan bintang popular 2008.

Namun demikian heboh pulak berkenaan nabil peluk irma hasmie secara spontan tatkala diumumkan sebagai pemenang bintang popular… Video nabil peluk kekasih buah hatinya irma hasmie.

Sepah Juara Raja Lawak musim ke 3 | Pentas raja lawak astro

Saturday, March 7th, 2009

Raja Lawak musim ketiga dimonopoli oleh Sepah yang dianggotai oleh 3 peserta lawak antarabangsa. Nama mereka adalah :

PETALING JAYA: Prestasi konsisten sejak awal pertandingan menobatkan trio dari Johor Bahru, Sepah untuk muncul juara Raja Lawak musim ketiga di sini, malam tadi.

Kemenangan Sepah yang dianggotai Shahmira Muhamad, 24, Mohd Nadzri Zainal dan Mohd Noor Murad, 23, sekali gus mengatasi cabaran dua peserta akhir, Mohd Amirullah Azmi (Amir), 20, dan wakil tunggal wanita, Nuur Jihan Musa, 25.

Lawak dan jenaka Sepah yang bersahaja dengan tema bebas dan lagu jenaka menarik perhatian penonton sehingga mencatat undian SMS tertinggi serta mendapat pujian juri profesional, Zaibo, Fauziah Nawi, Syamsul Ghau Gahu dan juri jemputan, Adlin Aman Ramlie.

Manakala untuk tangga kedua dimenangi oleh peserta wanita Nuur Jihan Musa.

Peserta tempat ketiga dimenangi oleh Amir.

Dengan ini Sepah telah berjaya memperolehi jumlah hadiah berupa :

1.wang tunai RM20,000.

2.sebuah kereta Citroen Picasso,

3.barangan elektrik dan jugak sebijik trofi dari pakcik astro.

Tempat kedua pulak adalah saudari Jihan dari Selangor dengan hadiah berupa :

1.wang tunai RM14,000.

2.motosikal Naza Blade 250R.

3.barangan elektrik dan jugak sebijik trofi dari pakcik astro.

Tempat ketiga pula dibolot oleh encik Amir dengan style gaya ‘I’m sorry’ mendapat pulangan hadiah berupa :

1. Wang tunai RM8,000,

2. Barangan elektrik dan sebijik trofi dari pakcik astro.

Selesai sudah raja lawak musim ketiga. Menyusul nanti pentas raja lawak musim keempat. Tungguuuuuuu…

Raja lawak astro Sepah musim ketiga.