Archive for the ‘cerita masyarakat’ Category

Oh beliau telah dibakar tanpa belas kasihan

Wednesday, October 21st, 2009

encik telefonSedihnya encik telefon awam ini telah dibakar tanpa belas kasihan. Tiada periketelefonan langsung mereka yang menjahnamkan harta awam ini. Patutnya mereka dipanggang atas bara api sebagai pengajaran berguna untuk masa depan negara.

Panggang aje mereka biar kepanasan. Biar mereka terasa bahang kepanasan bahang yang membara dek kerana terbakar kepanasan.

Takder kerja kosong nak buat agaknya untuk isi masa lapang. Itu pasal mereka buat kerja sedemikian untuk masa lapang yang terluang tersebut. Maka kerja itu aje laa yang boleh dilakukan untuk sementara waktu sesambil melepak sana sini tanpa haluan…

Bayi Terbuang : Hamil Luar Nikah

Monday, October 19th, 2009

Inikah harga sebuah kemajuan dunia hari ini? Hidup atau mati bayi kecil tersebut mereka peduli apa asalkan bayi tersebut dapat dibuang dengan sewenang-wenang sesedap hati sesuka nafsu. Si kecil itu akan terus terbuang selagi ada kerakusan nafsu serakah yang bermaharaja lela.

Seandainya mereka berada sebagaimana situasi bayi kecil itu. Hidup atau matikah mereka sekarang?

Bagaimana dengan mereka yang bersusah payah mahu hamil untuk mendapatkan anak sedangkan ada yang cukup senang hamil dan dapat anak lantas membuangnya begitu sahaja?

Sadis sekali….

bayi terbuang

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

Gambar Panas : seksinya baju kurung sekolah nipis

Sunday, May 25th, 2008

Baju kurung pun seksi ke?

meh sini kita jenguk apa cerita yang terhangat dan panas minggu ini?

Gambar panas pun tidak kurang hebat sambutannya masa kini.

kalo pun nampak seksi dan terseksa kenapa buat yang nipis? kenapa tak tebalkan bijik mata aje? nampak begitu seksi sangat ke pakaian baju kurung sekolah tersebut? nipis sangat? nampaknya kena tukar patern kain yang berwarna pulak selepas ini. jangan digunakan warna puteh semata-mata. kena bagi cadangan warna yang lain pulak.

kepada anak-anak sekolah sekalian kena bagi pandangan yang bernas bagaimana mahu selesaikan masalah baju kurung sekolah nipis yang seksi tersebut.

maka selepas ini kita akan saksikan pula kebangkitan isu baju kurung sekolah nipis ini di bawa ke muka pengadilan koleksi debat parlimen yang cukup hangat dan menjadi perhatian ramai…. bagaimanakah reaksi selamba yang bakal kita lihat nanti di arena perdebatan ahli parlimen sekalian?

sekian terima kasih. apa kata pembaca yang budiman lagi bijaksana sekalian di sana yang mempunyai koleksi baju kurung sekolah yang nipis?

Sharlinie cerita duka 2008

Friday, January 11th, 2008

DI MANA SHARLINIE?

Rentetan penculikan Sharlinie menjadi topik utama yang sekali lagi menarik perhatian berkaitan jaminan keselamatan untuk kanak-kanak. Menengokkan situasi tersebut betapa anda semua perlu berjaga-jaga demi keselamatan anak anda walau di mana jua anak anda berada.

Jom kita sama-sama berusaha ke arah kempen keselamatan untuk kanak-kanak di mana jua mereka berada. Manusia durjana tersebut akan terus menyusahkan ramai lagi orang lain. Tatkala anda terlepas pandang… di manakah anak-anak anda…?

===================================

newpicturewm9_blalang11.png

Wanita tarik masuk kereta

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Mohd Nur Asnawi Daud dan Abdullah Wahab

PETALING JAYA: “Masa adik naik basikal, Linie lari ikut belakang. Kemudian adik dengar bunyi tapak kaki kuat. Adik toleh dan tengok seorang wanita beri gula-gula pada Linie dan tarik dia masuk kereta,” kata Sharliena Mohd Nashar, 8.

Dia menceritakan detik kejadian adiknya Sharlinie, 5, dilarikan ketika mereka berdua berjalan pulang ke rumah di 10, Lorong PJS 2C/11N Taman Medan di sini, pagi kelmarin.

Sharliena, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Medan berkata, ketika itu dia melihat adiknya meronta-ronta dan menangis, namun wanita yang memakai kasut tumit tinggi berambut paras leher menarik tangan adiknya dengan kuat sebelum meninggalkan tempat kejadian menaiki kereta berwarna gelap.

“Adik tak kenal wanita itu dan dia tak bercakap dengan adik. Dia ambil Linie kat tepi jalan dan pergi,” katanya menceritakan kejadian itu.

Dia ditemani ibu bapanya, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, dan Suraya Ahmad, 28, serta kakak sulung, Nurul Amirah, 11, ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas direkodkan keterangan, semalam.

Kejadian berlaku selepas dua beradik itu keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu mereka untuk bermain di taman permainan kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Difahamkan, ketika mereka bermain, kawasan itu agak sunyi malah tiada kanak-kanak atau orang dewasa si situ. Ketika kejadian, Nurul Amirah berada di sekolah.

Malah, kehilangan Sharlinie dikaitkan dengan perbuatan ‘lelaki kucing’ berikutan tempat kejadian hanya dua kilometer dari tempat kehilangan Nur Fatiha Zaidi, 6, yang diculik sebelum dikembalikan sembilan jam kemudian, pada Isnin lalu. Perbuatan itui dipercayai dilakukan suspek sama.

Sharliena kelihatan agak takut apabila dikerumuni wartawan, namun selepas beberapa kali dipujuk, dia mula mesra dan bercakap.

Murid itu yang kelihatan ceria seolah-olah tiada apa-apa berlaku terhadap adiknya berkata, dia amat sayangkan Sharlinie walaupun mereka selalu bergaduh.

“Adik sayang pada Linie, malam tadi adik menangis lihat emak dan ayah menangis apabila lihat gambar Linie,” katanya.

=====================================

petikan dari harian metro online…

=====================================
Edar gambar Linie seluruh negara

PETALING JAYA: Polis akan mengedarkan gambar Sharlinie Mohd Nashar, 5, di seluruh negara dan semua pintu keluar termasuk lapangan terbang bagi mengelak kanak-kanak yang hilang sejak kelmarin, dibawa keluar dari negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis akan melakukan operasi besar-besaran di seluruh negara bagi mengesan kanak-kanak terbabit.

“Polis akan mendapatkan kerjasama daripada semua pihak dan menggunakan semua saluran yang ada bagi menjejaki kanak-kanak itu secepat mungkin.

“Kita akan menemuramah beberapa saksi di tempat kejadian bagi melakukan usaha mengesan mangsa dan penjenayah terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi, ada peniaga yang sedang berniaga di kawasan itu dan maklumat daripada mereka amat penting bagi membantu siasatan polis.

Menurutnya, polis akan melancarkan gerakan besar-besaran di seluruh negara bagi mengesan kanak-kanak dan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, polis juga menubuhkan pasukan khas yang dianggotai pegawai dan anggota polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bagi menjalankan siasatan mengenai kes kehilangan kanak-kanak itu.

Dalam kejadian itu, Sharlinie dilaporkan hilang ketika berjalan sambil diikuti kakaknya yang menunggang basikal untuk pulang ke rumah di Jalan PJS 2C/11N, Taman Medan, selepas bermain di taman permainan berdekatan.

Mangsa didakwa dilarikan seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi yang sebelum itu dikatakan mengumpan mangsa dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke sebuah kereta hitam.

Menurutnya, dua lakaran wajah suspek sudah diedarkan polis dan ia mempunyai persamaan dengan suspek yang terbabit dalam kes cabul dua kanak-kanak di Kampung Baru.

Musa yang diminta mengulas mengenai tindakan segelintir pihak memberikan maklumat palsu kepada keluarga mangsa berkata, perbuatan tidak bertanggunjawab itu perlu dihentikan segera.

“Pihak terbabit tidak sepatutnya mengambil kesempatan di atas kesedihan dialami keluarga mangsa.

“Maklumat palsu yang diberikan itu boleh mengganggu siasatan polis untuk menjejaki Sharlinie,” katanya.

Musa berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Medan sudah dipanggil bermesyuarat dan beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bagi menempatkan seorang dewasa di taman permainan mengawasi kanak-kanak bermain.

Katanya, orang dewasa itu boleh memberikan bantuan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Beliau turut mengesyorkan JKKK di kawasan lain melakukan perkara sama dan keselamatan kanak-kanak adalah tangungjawab semua pihak terutama polis dan ibu bapa.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak daripada jagaan yang sah.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bapa mangsa, Mohd Nashar di talian 016-2709096 atau 016-2583450, atau IPD Petaling Jaya (03-79662222/79662999).

========================================

petikan dari harian metro
==========================================


RM5 ! RM5 ! RM5 ! RM5 ! Cara promosi menarik!

Sunday, November 4th, 2007

Kenapa dengan RM5? Apa yang istimewanya RM5 tersebut? Selalunya di mana biasa anda dengar? Dah tentu di pasar malam atau pasar borong atau tempat menjual buah-buahan contohnya.

RM1 sekilo! RM3 sekilo! RM5 sekilo! Haaa… tentunya anda biasa mendengarnya.

Semasa saya menghala ke Bandaraya seketika pada hari sabtu 3 november, banyak menda laa yang dapat diperhatikan untuk seketika. Jalan-jalan cari makan angin.

Sebelum tu….

Dua orang makcik bercerita pasal MLM apa entahnya berkenaan satu produk dengan plan yang cukup menarik tatkala menaiki sebijik kereta sewa. Produknya boleh dikatakan berkesan jugak katanya, kebetulan makcik yang bertanya berkenaan produk makcik satu lagi tu ayahnya telah menggunakannya untuk rawatan penyakit diambetis. Berkesan katanya.

Dan komen beliau lagi, jika siapapun anda, anda perlukan ubat tatkala anda terkena apa jua penyakit 7 beradik contohnya. Diambetis ke, darah ketinggian ke, dan lain lain penyakit. Sudah tentu anda perlu berikhtiar cari ubat untuk sembuhkan sakit anda. Berapa banyak pun anda sanggup bayar jika berkesan.

Katanya lagi ada juga yang serik makan ubat banyak-banyak dan produk itu ini. Dah banyak dah menelannya. Naik haru dibuatnya dengan produk atau ubat yang tak berkesan. Memang serik sesiapa pun yang cuba try namun tidak sembuh-sembuh lagi. Duitpun dah habis banyak. Itulah namanya ujian. Sabor aje laa.

Seterusnya…

Ini berkaitan dengan cerita tarikan dari RM5 tersebut. Saya rasa caranya buat promosi tersebut cukup menarik sekali. RM5! Dilaungkan berulang kali untuk menarik perhatian orang ramai sambil berlalu pergi tanpa segan silu…. Alahai macam-macam laa.

Wah! Idea nih. Hatiku berkata-kata dengan riangnya.

Mungkinkah sebelum ini tawaran beliau hanyalah RM1 sahaja dan kemudian naik harga kepada RM5?

Hmmm pandai jugak dia ikuti perkembangan semasa berikutan kenaikan harga yang semakin diperkatakan orang tatkala bonus tak dapat-dapat untuk anak-anak bersekolah.

Eh faham ke apa yang saya tulis nih?

Pemurahkah anda??

Nak jadi pemurah kena tengok gaya orangnya dulu…

Okeh laa… ceritanya adalah beliau promosikan cara mintak sedekah beliau RM5!. Sedekah pun promosi sedemikian rupa? RM5! RM5! Berulang kali sambil menggoncangkan gelas plastiknya yang berisi syiling berapa2 sen entahnya. ( oh… snapshotnya takder la. maaf banyak2)

Jika berdekatan maybank ( kadang-kadang jumpa) ada jugak kisahnya yang duduk tercongok depan pintu sambil meletakkan gelas plastiknya di depan mereka. Tidak ketinggalan jugak operasi anak-anak yatim yang berjualan kalendar dan produk-produk pilihan untuk dipromosikan kepada rang ramai. Ada sindiket jugak ke yang beroperasi?

Cerita sedekah lebih kurang camginih ada diceriterakan dalam kaset Dr Tuah Iskandar. Boleh dapatkannya di pasaran sekarang. ( promote laa pulok)

Apohalpun kredit buat mereka semua.

Sekian terima kasih.

pssssssstt lagi cerita menarik berkenaan bonus untuk anda. anda dah dapat bonus ke? Berikan kami bonus! Kami mahukan bonus kami!

bonus satu

bonus dua

bonus tiga

Errr…. Maaf saya bukan kerja kat maybank. Saya costumer maybank aje. Sorry laa.