Archive for the ‘cari duit raya’ Category

tua bukan sebarangan tua

Tuesday, October 2nd, 2007

Tua bukan sebarangan tua. Tua yang bermanfaat kepada ramai orang. Inilah dia yang dinamakan kelapa tua yang mendapat permintaan ramai orang terutama peniaga bazar ramadhan.

petikan gambor :

“Kelapa tua dapat sambutan menggalakkan: CHE Hanipah Che Mat, 53, menjual lebih 10,000 biji kelapa tua dalam tempoh lima hari sepanjang Ramadan di tepi Jalan Peramu-Pekan dekat Kampung Peramu, di Kuantan. Permintaan terhadap kelapa tua semakin meningkat di sepanjang Ramadan ini, sekali gus membolehkannya membantu suami menambah rezeki. Lebih 10,000 biji kelapa dijual dalam tempoh lima hari lalu dengan harga RM1 setiap biji, selain orang ramai dan beliau juga mempunyai pelanggan tetap di kalangan peniaga bazar Ramadan.”

Begitulah caranya nak cari duit raya. Sekurang-kurangnya mereka yang mempunyai kebun kelapa akan memperolehi pendapatan sampingan dari hari-hari biasa yang dilalui.

Permintaan di bulan ramadhan dah tentu meningkat naik seiring dengan peniaga segera yang muncul merebut peluang keemasan cari duit secara sambilan.

Kelapa banyak kegunaannya termasuklah tempurung kelapa yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk dijadikan arang kelapa. Maklumat lanjut kena cari dalam google…

sekian terima kasih.  :mrgreen:

sampul raya untuk duit raya

Thursday, September 27th, 2007

assalamualaikum…

Bermula akhir bulan ramadhan ini sehingga tibanya syawal yang menjelang… rata-ratanya akan bermula alunan lagu hari raya dan juga persiapan untuk berhari raya.

Bajet duit raya kepada kanak-kanak dan juga mereka yang memerlukan perlu disediakan dengan secukupnya. jadi, tidak dapat tidak anda perlu sediakan duit raya dan juga sampul raya.

Bercakap pasal sampul raya untuk duit raya ini akan menimbulkan persoalan di kalangan kanak-kanak yang ingin tahu berapa banyak yang dapat di hari raya yang pertama. Namun ada juga yang tak berapa kisah. Nama lagi kanak-kanak yang berumur dari 1 hingga 12. Kalo dah umur 13 ke atas namanya remaja laa. Dapat lagi duit raya sehingga tahap umur 15 tahun… hihiii..

Ada juga sampul surat raya… eh, sampul duit raya tersebut ditampal sekali dengan nama-nama penerima yang akan terima duit raya tersebut. Kalo boleh sampul duit raya tersebut kena ada ruang kosong untuk ditulis nama penerima untuk mengesan penerima duit raya tersebut kalo sekiranya tercicir… eh eh… tercicir kat mana?

Rasanya tak semua ada ruangan untuk tulis nama penerima agaknya. Kalo adapun kebanyakannya hilang entah ke mana kalo dah dapat duit raya tu…

Seterusnya ke manakah mereka akan pergi selepas dapat duit raya tersebut? Agak-agaknya dah tentu pergi ke kedai buat belanja sakan… maklumlah nama lagi raya, kena raya sakan laa tatkala dah dapat duit raya.

kalo nak tengok sampul duit raya family… anda boleh jenguk dalam satu blog popular. eh, boleh buat tempahan ke untuk sampul duit raya tu…?

sekian terima kasih…

jurujual cari duit raya di bulan puasa ramadhan

Tuesday, September 25th, 2007

assalamualaikum…

wah! begitu cepat masa berlalu dan puasa menjengah ke pertengahan bulan ramadhan… puasalah kamu dengan jayanya… hari ini nasib baik tak terlepas sahur. rugi wooo kalo terlepas sahur. rasa menyesal seumur harian… hihiii…

setelah beberapa hari tidak kelihatan posting dari saya, maka kini saya tampil sekali lagi dengan posting yang entah apa-apa ini dan membuatkan pembacaan yang berbelit dan sukar untuk difahami…

sebelum itu saya mohon maaf lantaran tiada update dari saya untuk beberapa ketika lantaran ketiadaan MegaBait yang mencukupi untuk membuat posting sehinggalah telah diupgradekan hari ini.

citer hari ini berkenaan jurujual yang tetiba menghampiri saya memperkenalkan frame gambor kepada saya. beliau menegur saya untuk membuat promosi jualan frame gambor kaca tatkala saya ingin pulang setelah selesaikan bayaran upgrade sempoihosting punya akaun.

Mari kita tengok versi jurujual oleh nabil raja lawak astro.

ceramahnya saya dengar dan tak dengar aje sebab saya sedang menunggu bas untuk ke hospital membuat lawatan ke wad icu lantaran bapa saudara sabit saya dikejutkan dengan serangan strok dan kini masa dalam rawatan di bilik icu…

eh eh hang nak buat promosi frame gambor nih ada yang nak beli ke? beliau membawa satu beg sandang berisi frame kaca untuk gambor. rasanya frame gambor aje yang beliau jual.

saya memang suka dengar orang buat jualan nih. dengar ajelah. lepas tu saya buat kata putus taknak beli dan beliau akan berlalu pergi mencari orang lain…

dan beliau adalah awek cun… miahahahahaaa…

setelah beberapa lama duk menunggu datang seorang lagi jurujual dengan beg sandang yang serupa. beg berupa ala-ala guni gitu sedang berlalu pergi tanpa menghiraukan saya… nasib baik tak datang dekat saya.

namun demikian saya ditegur lagi… “boss nak beli frame gambo?”

dan saya menjawabnya “taknak…”

dan beliau terus berlalu pergi… nampaknya jurujual ini tak cakap banyak. kalo orang tu kata taknak dan beliau akan terus berlalu pergi dengan begitu mudah… dan jurujual itu adalah seperti mana saya juga. Lelaki… nampaknya beliau malas nak bercakap banyak agaknya berbanding dengan awek tadi yang beriya-iya benar suruh saya beli…?

dan saya mendapatkan bas dengan jayanya menuju ke destinasi hospital Kubang Kerian menelusuri Wad ICU delima…

Sekian terima kasih…

saya dah jumpa penawarnya

Saturday, September 15th, 2007

assalamualaikum…

Penawar? Penawar apa pulak nih?

Apa dia?

Nak citer ke? Rasanya semua dah tahu akan cerita ini yang telah tersebar luas dan diketahui umum berkenaan biskut raya 2007 yang mendapat tempat carian yang terunggul masa kini.

Eh? Itukah citer yang kamu nak sampaikan? Jangan buang masa yang cukup berharga ini dengan cerita yang entah apa-apa itu. Ini bukan cerita entah apa-apa yang tidak berguna. Ini cerita berkenaan informasi yang kamu cari dalam dunia internet dan juga tinjauan melalui blog pengecut masa kini. Termasuk sayakah?

Citernya begini… Jangan sekali-kali biarkan diri anda menjadi mangsa kepada informasi overload. Begitu banyak info yang anda terima sehinggakan menjadi beku dan kelu untuk menghasilkan idea anda sendiri.

Namun usah gusar, dengan rahsia yang bakal terjawab ini akan menjadikan ia sebagai penawar kegusaran anda untuk mengelakkan kejadian sedemikian rupa. apakah kegusaran tersebut? Sudah tentu ia berkaitan dengan infomarsi overload yang melimpah-limpah sehinggakan tak tahu nak pilih yang mana satu.

Dengan segala suka-citanya saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa rahsia tersebut hanya untuk mereka yang berminat sahaja. Kalo nak tahu kena dapatkannya dengan segera sebelum kehabisan stok. Ingat! Ini adalah rahsia yang tersembunyi….

Dapatkan segera penawar biskut raya 2007 melalui panduan rahsia yang penuh misteri tersebut.

Bahkan ia mungkin boleh digunakan untuk tempahan atau jualan biskut raya 2007 yang anda hasilkan. Bukan sekadar kemungkinan… bahkan bak kata jutawan telekom… merintis kemungkinan.

Kenapa? Masih tak mahu percaya ke?

sekian terima kasih.

cerita Adsense menarik lagi panas

Friday, September 7th, 2007

Apa pendapat anda?

klik di sini cerita menarik mahir adsense

Apa cerita sekalipun anda perlu menerima hakikat bahawa anda tidak perlu patah hati dengan kemahiran adsense anda yang tidak begitu mencapai tahap yang membanggakan.

Jika demikian rupa apa caranya untuk mahir adsense dengan jayanya? Kedengarannya ia tidak begitu mudah untuk mendapatkan cek yang pertama dari pakcik google. Tidak ada jalan singkat untuk membolehkan hasil yang diharapkan.

Jika anda nak tahu perkembangan berkenaan mahir adsense masa kini anda boleh menjenguk website tersebut dengan penuh khusyuknya…

Jadi anda akan ketemukan jalan penyelesaian yang mungkin sedikit sebanyak akan merungkaikan apa yang berlegar di fikiran anda masa kini.

Jika dahulu anda begitu terkial-kial untuk mahirkan diri dengan adsense dan tidak pernah ambik tahu berkenaan adsense walau sedikit pun. Sedikit pun tidak tahu pasal adsense?

Anda kini boleh mendapatkan maklumat tersebut dari mereka yang telah sedikit mahir dan tahu berkenaan selok belok program google adsense yang menghasilkan pendapatan secara online melalui pakcik google.

cara untuk mahir adsense

sekian terima kasih.