Archive for the ‘cara nak kaya’ Category

Aku Tanya Apa Khabar…

Wednesday, December 24th, 2014

Pelaburan emas.

Nak melabur atau nak buat peleburan? Jika emas dibuat pelaburan dengan cara yang sah tidak mengapa dan tidak menjadi hal. Namun yang demikian hal jika berlaku peleburan yang entah berapa banyak kes sudah berlaku.

Kesian pun ada sedih pun ada. Berkilo-kilo ringgit lebur tanpa dapat balik keuntungan yang diharap-harapkan…

Rugi masa dan wang ringgit.

Mohon jangan terjebak… Ikuti sedikit nasihat yang berguna ini….

===========================

Pelaburan emas anda adalah haram!
===========================

Saya mendapat banyak PM dan mesej dan email bertanyakan tentang ‘pelaburan’ emas yang kini banyak ditawarkan di facebook.

Yang terlibat mempromosinya pula bukan calang-calang orang. Ada ustaz, ada pula hafiz quran.

Modus operandinya adalah:

1. Kita bayar sebanyak RM XXX.

2. Kita akan dapat bayaran bulanan RM YY, secara tetap selama beberapa bulan. Jumlahnya akan melebihi bayaran awal kita di nombor 1 di atas.

Secara ringkasnya, urusniaga sebenar seperti diterangkan kepada saya adalah seperti berikut:

1. Kita beli emas sebanyak RM XXX dari syarikat.

2. Kita jual semula emas tersebut kepada syarikat dengan bayaran RM YY sebulan (ansuran) selama beberapa bulan.

Malangnya urusniaga sebenar ini tidak diberitahu kepada pelanggan. Apa yang diberitahu kepada pelanggan adalah ini sebuah pelaburan.

==================================

Kenapa ia bermasalah dari sudut muamalat Islam?
==================================

Isu syariah yang dapat dicungkil adalah seperti berikut:

a) Kontrak/Akad yang diberitahu kepada pelanggan adalah tidak jelas. Adakah ia sebuah pelaburan, atau ia jual-beli biasa. Kegagalan memberitahu pelanggan jenis kontrak/akad sepatutnya sudah menimbulkan tanda tanya.

b) Jika ia adalah kontrak pelaburan, memberi pulangan tetap (fixed return) adalah haram.

c) Jika ia adalah kontrak jual beli, jual beli emas secara ansuran adalah haram. (Ada khilaf berkenaan barang kemas yang diperbuat dari emas).
Jika promoter menggunakan hujah bahawa duit kertas bukanlah ribawi dan boleh digunakan untuk membeli sebarang emas secara ansuran, lihat pula point di bawah:

d) Menjual sesuatu kepada seseorang dengan syarat dia menjual semula kepada penjual asal adalah haram mengikut pendapat empat mazhab.

‘Pelaburan’ emas begini bukan sekadar haram, tetapi haram berlapis-lapis.

Periksa semula kontrak dan struktur ‘pelaburan’ emas anda. Adakah ia sebuah pelaburan, atau jual-beli, atau apa?

Ok?

Saya yang menyampaikan dan mengingatkan,

Ashraf Latif.
Mantan Penolong Pengurus Risiko Syariah di sebuah bank Islami

p/s:

1. Ada isu lain jika menganggap duit kertas yang sah diperlakukan sebagai bukan barangan ribawi, seperti isu kewajipan zakat dan pengiraan kadar nisab untuk zakat untuk duit kertas.

2. Mohon share.

Jika anda sedang mencari cara untuk nak buat duit usd800 dengan mudah boleh cuba dengan teknik rahsia affiliate usd

Friday, May 23rd, 2014

Antara RM10 sehari dengan 10 USD sehari, mana satukah pilihan anda?

Kenapa anda nak kaya?
Kenapa anda tak nak miskin?

Anda perlu duit bayar hutang?

Setiap orang ada masalah duitnya yang tersendiri. Manakala cara penyelesaiannya jugak berbeza beza. Persoalan yang berbangkit adakah mana mana orang kaya yang tertentu yang mahu tolong selesaikan hutang anda? Itu anda kena usaha dan ikhtiar untuk membayar hutang anda dengan jayanya.

Bagaimana pula jika anda mahu buat duit dalam masa seminggu? Nak buat duit dengan cara nih kena usaha dengan sebaik mungkin. Kena rancang lagu mana nak buat duit dalam masa seminggu tersebut.

duit affiliate usd

Salah satunya anda boleh cuba try test kat sini >>> Rahsia Affiliate Duit USD

Bagaimana pula cara nak buat bisnes dengan keuntungan hari-hari?

Nak buat bisnes dan kaut untung hari hari bukan kerja mudah. mula hari ini kemudian mengharapkan untung hari hari dah tentunya kena kerja keras terlebih dahulu sebelum menikmati keuntungan hari hari. ada idea lain?

Jika dalam minda duk berlegar legar berkaitan dengan bisnes paling cepat untung, dah tentunya minda akan bergerak aktif mencari dan berusaha untuk menerokai dan mencari ilmu bagaimana mahu menjumpai bisnes paling cepat untung. Bisnes paling cepat untung kena usaha terlebih dahulu dengan kerja keras. Takder goyang kaki kemudian teruus dapat untung berkepuk kepuk. Tak gitu?

Nak buat bisnes cepat dan untung kena ada targetnya yang tersendiri. Kena cepat bertindak untuk cepat dapat untung. Jika terhegeh hegeh bertindak untuk buat bisnes cepat dan untung maka terhegeh hegeh jugak hasilnya. Maka berkuburlah bisnes cepat dan untung cepat tersebut.

Jika semuanya nak duit cepat dengan mudah sudah ramai yang kaya raya. Namun hakikatnya jika anda nak duit cepat dan mudah memang sukar untuk ditemui kat mana mana dunia ini. Keluar aje rumah terus dapat duit. Asal keluar aje rumah untuk ke tempat kerja dapat duit cepat dan mudah. Anda bagaimana?

Maka dengan itu sila sayangi duit anda.

Indahnya Limpahan Rezeki

Saturday, May 3rd, 2014

Kehidupan manusia tidak pernah lari dengan pelbagai masalah yang datang silih berganti…

Ada yang duk memikirkan masalah yang tidak pernah selesai dalam kehidupannya. Banyak masalah banyak pengalaman orang kata…

Masalah kerja?

Ada yang berdepan dengan masalah kerja kat tempat kerja. Atau kerja bertimbun tak sudah sudah. Asyik dengan kerja aje… hehehe

Masalah kewangan?

Ini pun satu hal kalo dah ada masalah kewangan. Gerenti haru biru keluarga atau masyarakat. Berdepan dengan masalah kewangan dah tentunya memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi jika tiada wang secara berterusan.

Masalah keluarga?

Mana mana keluarga akan berdepan dengan cabaran dalam kehdiupan berkeluarga. Nak mendidik anak anak dan menjaga hubungan suami isteri. Kalo sentiasa berantakan dalam keluarga tersebut kena lakukan sesuatu untuk menjaga keharmanioan rumah tangga dengan sebaiknya.

Gaji beribu, tetapi hutang sekeliling pinggang.

Gaji banyak sekalipun takder gunanya kalo hutang keliling pinggang. Banyak pulak tu bukan sikit. Nak bayar sekali gus dah gerentinya berat hati. Bayar sikit sikit pulak banyak keperluan lain yang perlu ditanggungjawabkan. Akhirnya jadi hutang tan\k berbayar. Haru biru jadinya.

Tidak pernah nak cukup. Tidak berkatkah gaji yang diterima?

Pening kepala gini kalo duk mikir pasal hutang banyak… tak gitu?

 

————
Muat Turun Ebook Indahnya Limpahan Rezeki
————

[3 S = Kunci Menjemput Rezeki]

1. Syukur

Bersyukur dapat menarik lebih banyak nikmat. Pentingnya untuk sentiasa bersyukur.

2. Sujud

Firman Allah dalam hadist qudsi: “Wahai anak Adam,

jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat

rakaat pada waktu permulaan siang (sholat dhuha),

nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada

petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

3. Sedekah

Bersedekah bukan sahaja dapat membersihkan harta

malahan dapat menyucikan diri kita daripada dosa

dosa kecil. Jangan sekali kali kedekut untuk bersedekah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ” Tidak

akan berkurang harta orang bersedekah”.

[Janji Allah Itu Pasti]

Allah berfirman di dalam Surah Ath Thalaq (65: 2- 3),

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya”

Tidak perlu risau dengan rezeki kita, ianya tidak pernah terlewat dan tersilap.

————
Ebook Indahnya Limpahan Rezeki
————

Ingin tahu bagaimana orang yang luar biasa MENARIK kejayaan dan kekayaan?

Dibongkarkan beberapa TEKNIK MENARIK REZEKI berdasarkan kajian dan pengalaman penulis sendiri.

Muat turun sekarang ==>> Indahnya Limpahan Rezeki.

Pinjaman Skim Sara 1 Malaysia | Borang Pinjaman Skim

Thursday, February 2nd, 2012

Pinjaman Skim Sara 1 Malaysia

Pinjaman skim sara 1 malaysia menjadi sebutan dan pilihan ramai ketika ini. Betapa ramai yang berpusu pusu ke kaunter bank untuk mendapatkan borang berpermintaan ramai tersebut setelah diumumkan oleh kerajaan.

Borang skim pinjaman sara 1 malaysia tersebut menjadi carian terhangat buat masa kini dengan kelayakan yang tertentu. Oleh yang demikian anda kena ikut termda dan syarat dengan butiran kelayakannya yang perlu anda patuhi sebelum boleh mendapatkan pinjaman skim sara 1 malaysia tersebut. Ada yang dah download borang skim sara 1 malaysia kah? Boleh download ke borang skim sara 1 malaysia nih?

Jika tidak cukup terma dan syarat pinjaman skim sara 1 malaysia yang dijelaskan dalam borang skim sara 1 malaysia tersebut maka anda memang tidak layak untuk memohon pinjaman skim sara 1 malaysia tersebut.

Bagaimana anda boleh menghasilkan keuntungan maksima dengan skim sara 1 malaysia ini? Akupun tak reti nak komen pasal keuntungan yang bakal korang dapat dengan skim tersebut. Sila kira dan congak sendiri…

Katanya kena buka akaun sara 1 malaysia terlebih dahulu. Jika hantar borang takdok disertakan dengan akaun sara 1 malaysia maka tidak akan diluluskan pinjaman tersebut.

Siapkan akaun dan kemudian dapat pinjaman rm5,000 jika lulus. Lepas tu jana keuntungan rm50 lebih setiap bulan? Bayar balik pulak rm80 setiap bulan? Dan begitulah setiap bulan sehingga pinjaman korang selesai. Bayar pinjaman sambil jana keuntungan setiap bulan.

Nama lagi pinjaman. Kena bayar balik pinjaman yang telah diambil jika anda mahu membuat permohonan dan join pinjaman  skim sara 1 malaysia ini.

Jika dah dapat rm5,000 tersebut silakan bayar pinjaman skim sara 1 malaysia selepas ini.

Pinjaman Skim Sara 1 Malaysia

Mereka Cakap Emas Akan Terus Melonjak Naik…

Sunday, November 27th, 2011

Kenapa? Tidak percaya? Pelaburan emas adalah yang terbaik.

Tip kewangan: zaman ini, MENYIMPAN sahaja duit sudah TIDAK CUKUP kerana akibat inflasi, wang kita ada hari ni, 10-20 tahun akan datang nilainya akan berkurang. Kita perlu memaksa diri kita belajar MELABUR! Oleh itu, untuk bebas kewangan 10-20 tahun akan datang, anda perlu fikir dan tahu untuk laburkan wang hari ini supaya tidak ditelan nilainya dengan inflasi masa akan datang! – pinjam kata2 Pokli Pwm

Jika dulu harganya adalah rm500 untuk satu dinar … kini ia melonjak ke angka 700-800 sekeping dinar untuk satu dinar. Goldbar berapa? Barangan kemas lain berapa? Pastinya anda tertanya tanya bagaimana mahu tingkatkan pelaburan yang lumayan dengan emas, kecuali skim manipulasi emas yang tiada termasuk dalam senarai kiraan. Kebanyakan skim skim bertopengkan keuntungan berganda sedemikian rupa pastinya bakal memakan diri masing  masing dan anda akan termenung bermuram durja. Tu pasal mereka punya teruja sangat nak cepat ceeeepat sangat nak kayaaa. Itu aku taknak campur laa…

Dan cerita aku kat sini untuk hangpa sekalian adalah berkenaan ilmu pengetahuan berkaitan emas. Kena tahu bila emas akan turun dan korang kena tahu bila emas akan melonjak. Adakah dengan turunnya emas teeerus beli berketul ketul dan naiknya harga emas teeerus jual berketul ketul  pulak? Oh bukan begitu caranya…

Caranya adalah dengan mempelajari bagaimana korang boleh menjana keuntungan yang berganda dengan pelaburan emas. Sekali lagi bukan dengan skim pelaburan emas yang entah apa-apa yang pernah korang temui yang punya muslihat yang tersendiri. Penganjur seringkali akan tersenyum sinis dengan keterpesonaan mereka yang sangat gatal nak ceeeeepat kayaaaa…

Rahsia Orang Kaya – Suka Beli & Suka Simpan Emas!

Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan membuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik.

Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan.

Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.

Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda.

Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik tahun demi tahun.

Tambahan lagi ianya diterima di seluruh dunia. Inilah uniknya emas, tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh setiap negara, ianya diterima dan diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa.

Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) suatu ketika dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi punyai nilai selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak British di Tanah Melayu.

Tapi emas yang disimpan dari zaman tersebut tetap masih bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga sehingga ke hari ini.

Selain itu, emas juga tahan lasak, senang dibawa dan boleh disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir. Itulah antara kelebihan beli dan simpan emas. Itulah dia cara pelaburan emas terbaik.

Sekiranya anda berminat ingin tahu lebih lanjut tentang emas, cara bagaimana untuk melabur dan jana keuntungan lumayan dengannya, rujuklah melalui laman web berikut :

Klik di sini Rahsia Pelabur Emas Masa Kini