Archive for the ‘bingkisan ramadhan’ Category

Ramadhan kali ini… Apa cerita?

Friday, July 22nd, 2011

Ramadhan datang lagi…

Cerita perihal ramadhan akan bergema lagi. Saban tahun dengan pelbagai kerenah dan ragam cerita tatkala menjelang tiba bulan ramadhan.

Mereka yang gembira dengan kehadiran ramadhan pastinya tertunggu tunggu kedatangan bulan yang mulia itu.

Rasa lambat sangat masa untuk bertemu bulan yang mulia tersebut. Maklumlah setahun sekali aje.

Mereka yang sedikt tak berapa gembira akan resah gelisah menanti kehadiran bulan ramadhan. Nak makan macam mana? Gerenti akan cari lokasi tersorok untuk lepak dan makan.

Akhbar dan media cetak serta elektronik sudah siap sedia dengan operasi laporan terkini kerenah mereka yang ingkar dengan puasa. Pelbagai alasan yang akan kedengaran untuk mengelak puasa. Asal puasa aje terus banyak alasan itu ini.

Selamat datang ramadhan untuk kali ini. Bersua lagi untuk kali ini.

Jangan lupa doa bersahur. Sila cari dengan senang hatinya.

Bagaimana Rasanya Menjadi CEPAT KAYA?

Friday, September 5th, 2008

Bagaimana anda mahu menjadi cepat kaya? Apakah rasanya sekiranya menjadi cepat kaya? Menjadi kaya sekelip mata sahaja. Tentunya rasa kaya itu cukup terasa dengan ramuan santan kelapa , telur secukup rasa, gula sekilo dua. Cukup tak rasa kayanya? Cukup menarik kalo semua orang boleh menjadi cepat kaya dengan segeranya dalam kehidupan seharian…

Mungkin persoalan berikut akan berlegar dalam pemikiran masing-masing “bagaimana hang boleh cepat kaya?” Encik Lemang sudah kaya…. baru kelmarin dia dapat durian runtuh disebabkan pokok duriannya menghasilkan duit yang berketul-ketul dari setiap sudut daunnya hingga ke akarnya ( baca gaya super macho…) Dengan duit pokok yang sebenar tersebut beliau telah menggunakan duit modalnya untuk terus menjadi kaya.  Beliau boleh menghasilkan duit sebenar hasil dari kelebihan pokok duriannya dengan menggunakan duit yang sedia ada. Encik Lemang telah menjadi kaya dan merasai kaya hasil dari produk durian kaya yang Encik Lemang hasilkan. Encik Lemang sudah menjadi orang kaya durian sekarang. Dan beliau adalah salah seorang dari ramai-ramai orang yang berusaha untuk menjadi kaya. Encik Lemang sudah dapat rasa kaya yang telah beliau hasilkan dari durian kayanya itu.

Namun demikian pokok durian beliau yang berharga tersebut terpaksa mengakhiri zaman perjuangannya untuk menjadikan Encik Lemang lebih kaya dari biasa lantaran orang yang tamak dan terlebih motivasi untuk merasa kaya mencari jalan pintas tanpa belas kasihan. Perit jugak nak menghasilkan kaya yang berjenama dan terkenal nih. Banyak cabarannya….. Walaubagaimanapun Encik Lemang punya motivasi yang lebih tinggi jugak untuk beraya sakan. Bukan dengan cara nak rasa cepat kaya semata-mata. Beliau tetap konsisten dan komited dengan usahanya untuk menjadi lebih kaya tanpa sebarang putus asa.

Seandainya sana sini ramai orang boleh rasa menjadi kaya camner haaaa…? Sudah tentunya semua orang boleh menghasilkan jenama kaya yang tersendiri dengan resepi berbeza-beza. Maka rasa kaya tersebut jugak berbeza-beza mengikut kategori orang perseorangan. Tidak kira ler melayu ke cina ke india ke… mereka yang datang secara berasingan ke dari negara luar ke. Mereka akan mencipta resepi kaya mereka yang tersendiri…

Oh… Encik Lemang dah kaya… esoknya Encik ahmad pula menjadi kaya… esok lusa encik Ramadhan pula menjadi kaya… Lepas tu encik Syawal …. ramainya orang boleh rasa kaya. Rasa roti kaya…

Wahahahahaa begitu ramainya orang yang menjadi kaya sekelip mata. dapat dari pokok duit … dapat dari wang pos, dapat dari kutu pintar, dapat dari maybank2u. Maka dapat ler duit sebenar sekelip mata….

———

Ada idea yang cukup menarik jika mahu menjadi kaya menggunakan ikan goreng panas. Goreng pun sodap. Jual aje di pasar malam atau di bazar ramadhan. Bazar ramadhan tetap menjadi tumpuan ramai untuk mereka merasa sedikit kaya dari sebelumnya. Memang lumayan sungguh bulan ramadhan nih. Berlipat kali ganda dari hari biasa. Pelbagai idea juadah berbuka boleh menghasilkan duit di bulan ramadhan untuk rasa kaya seketika atau secara berterusan bermula dari bulan ramadhan. Ledakkan rasa kaya berganda dunia perniagaan sebenar dengan duit sebenar.

Demikian lah celoteh kali ini yang entah apa-apa. Tiada sebarang kaitan dengan sesiapa kecuali hanyalah tulisan biasa-biasa buat tatapan yang sudi membacanya….

sekian terima kasih.

Ramadhan dan Rokok dan Belanjawan 09

Thursday, September 4th, 2008

Rokok sudah tentunya naik harga dengan begitu konsisten sekali setiap kali pembentangan belanjawan gula-gula yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ini. Cakap-cakap berkenaan rokok naik harga bukan lagi perkara luar biasa yang boleh diperhatikan di mana jua tatkala isu berkenaan rokok berbangkit.  Tahun terkedepan untuk 2010 sudah tentunya tetap akan naik lagi setiap tahun… padahal harganya tetap akan naik mengikuti perkembangan semasa. Rokok sebungkus berapa harga? RM10 ke…? Bak sini sekilo dua… masih mampu untuk membelinya…

Ramadhan sudah tentunya akan menghadkan seseorang perokok itu tidak boleh merokok di siang hari. Waktu berbuka terpulang ler nak merokok berapa banyak sekalipun. Ramai yang merokok takleh nak tinggalkan rokok walaupun untuk seketika. Bukan apa kalo dah menjadi perokok tegar. Memang tak boleh nak tinggalkannya biarpun merokok tidak kool kata mael. Masa yang paling ideal untuk anda mengawal perbelanjaan untuk merokok di bulan ramadhan. Namun demikian sudah tentunya ia menjadi situasi yang merimaskan bagi mereka yang menjadi perokok tegar. Biarpun harga naik, belanja untuk rokok tetap kena persiapkan juga… itulah realitinya kehidupan mereka yang merokok… Bila mau berhenti… atau sukar untuk berhenti… bergantung kepada diri mereka sendiri…

Sudah pastinya dan cukup sedia maklum berkenaan bahaya rokok. Boleh cari carian berkenaan bahaya merokok kepada diri sendiri dan jugak bahaya rokok kepada orang di sekeliling anda. Lebih-lebih lagi bahaya kena denda lantaran merokok di lokasi larangan merokok biarkan terpampang label “katakan merokok itu tak nak”. Melayang modal untuk beli rokok kalo kena denda…

Bahaya rokok. Kuatkah antibodi yang anda miliki untuk mempertahankan kesihatan yang lebih bernilai tinggi dari kenaikan harga rokok setiap kali belanjawan dibentangkan dalam ruang legar debat perlimen tersebut? Sudah pastinya pengumuman harga rokok yang menjadi tanda tanya berapa akan naik untuk tahun ini dalam belanjawan tersebut dan belanjawan-belanjawan yang akan datang? Anda sendiri yang tentukan belanjawan rokok harian anda.

Berapa banyak perbelanjaan untuk merokok anda keluarkan? Sudah tentunya anda boleh mengiranya dengan berhemah dengan mesin kira automatik anda sendiri dalam kehidupan seharian. Senarai perbelanjaan harian sudah tentunya termasuk juga dengan perbelanjaan untuk rokok. Lebih pulak tu untuk rokok…

Soalannya kenapa anda perlu merokok? Maka ramadhan adalah masa yang sesuai untuk anda menilai perbelanjaan terhadap rokok kesayangan anda tersebut. Anda sendiri boleh membuat perkiraan dan belanjawan rokok harian yang anda sediakan khas untuk tabung rokok anda. Sekian terima kasih…

Ramadhan Datang lagi…

Sunday, August 31st, 2008

Makhluk ini akan berlalu laa dulu buat sementara….

Ramadhan datang lagi… Selamat datang ramadhan al-karim.

Bulan ramadhan menjelma kembali membawa rahmat dan keberkatan. Pahala sudah tentunya berlipatganda dari biasa lantaran hadirnya ramadhan setahun sekali. Macam biasa semuanya akan sibuk mencari kembali dan membuat ulangkaji perihal lafaz niat puasa dan juga doa untuk berbuka puasa. Dan tidak lupa jugak panduan untuk mengejutkan mereka untuk bangun sahur… sahur! sahur! Bangun sahur…!

Nak tahu berkenaan lafaz niat puasa ramadhan? Meh kita ulangkaji berkenaan lafaz niat puasa ramadhan dan juga doa untuk berbuka puasa.

Sudah selesai anda ulangkaji serba sedikit lafaz niat puasa ramadhan tersebut. Maka gayanya anda perlu meneruskan misi untuk membuat kejutan emosi untuk membangunkan ahli keluarga anda agar dapat bersahur pula. Bukan mudah nak bangun pepagi bebuta lepas tu nak kena makan pulak sebagaimana cerita upin dan ipin esok puasa.

Puasa tu apa opah?

Sahur tu apa pulak…?

Berbuka dan Bersahur…

Maka bersahurlah kamu biarpun dengan segelas air masak… takder air masak? Bancuh aje laa air kopi segera dalam peket. Buah tamar pun okey aaaaa untuk bersahur. Jangan takdak sahur… kalo takder sahur maknanya terlepas sahur laa jawabnya.

Berbuka puasa dah tentunya kena mulakan dengan buah kurma dan jugak segelas air . Macam-macam gelagat orang berbuka puasa nih… hehehehee…

Meh kita jenguk apa kebendanya cara-cara dan panduan untuk mengejutkan ahli keluarga anda agar dapat bangun sahur dengan jayanya. Jangan lupa sediakan jam loceng yang kuat bunyiknya biar bergegar rumah anda…. hohohooooo….

Tips kejutkan orang sahur.

Panduan kejutkan orang bersahur.

Sekian terima kasih. Kita akan jenguk pula selepas ini episod cerita upin dan ipin setahun kemudian di tv9 berpuasa.