Archive for the ‘ambik perhatian’ Category

Topup Prepaid naik harga? Kami Bantah!!!

Saturday, September 17th, 2011

Topup prepaid naik harga? Berapa banyak mahu naik harga daaaa…? Kenapa perlu naik harga? Kenapa? Apa sebab musababnya untuk naik akan harga topup prepaid?

Kena cukai 6% daaaa…

 

Amaran! Tepuk Tepuk Dan Duit Lesap

Monday, December 28th, 2009

Ya.. Duit anda bakal lesap dengan taktik licik penjenayah sedemikian rupa. Pelbagai cara mereka akan lakukan untuk mendapatkan wang anda dengan begitu mudah sekali.

Mereka menepuk bahu anda dan menyatakan duit anda telah terjatuh, berdekatan dengan mesin atm pulak tu. Kemudian untuk beberapa ketika duit anda lesap begitu pantas sekali selepas mereka menukar kad atm anda dengan  kad  atm yang lain.

“Saya mengeluarkan gaji isteri jam 8.29 malam, selepas memasukkan kata laluan bahu saya ditepuk sambil diberitahu wang saya terjatuh, tetapi saya tidak peduli kerana ketika itu saya memakai baju Melayu serta kain pelekat. Jadi mustahil wang terjatuh, kerana poket di hadapan,” katanya.

Namun, selepas dua ke tiga kali ditepuk dia berpusing dan lelaki itu mengatakan wang itu miliknya lalu mengutip wang RM25 di lantai.

“Apabila bangun selepas mengutip wang terbabit, saya lihat wang RM1,000 dan kad masih pada mesin ATM terbabit, tetapi pelik kerana kad milik isteri kelihatan baru sedangkan sebelum ini ia sudah lama,” katanya.

Petikan harian metro.

Dengan demikian jangan mudah terpedaya berkenaan jumlah duit anda yang dikatakan terjatuh tersebut lantaran ia tidak ada maknanya jika anda kehilangan wang yang lebih banyak dari jumlah yang terjatuh tersebut. Abaikan sahaja duit yang dikatakan terjatuh selepas bahu anda ditepuk. Kalu terpukau tak tau nak kata apa dah…

Semoga anda semua berhati-hati untuk mengelakkan kehilangan wang dengan taktik tepuk bahu duit terjatuh berdekatan dengan mesin atm.

Teknik Pengurusan Kewangan Tergempar

Friday, May 29th, 2009

Mulanya ingatkan sekadar gempak gempita semata-mata. Namun ternyata jualan ebook tersebut akan ditutup beberapa jam lagi.

Jualan Pengurusan kewangan bakal melabuhkan tirainya dan akan ditutup jualannya sehingga jam 11 malam pada 31 Mei 2009 bertarikh. Namun demikian anda masih berpeluang untuk mendapatkannya dengan harga yang berpatutan dan menilai kembali situasi kewangan yang anda hadapi sekarang.

Dengan panduan pengurusan kewangan yang diterbitkan tersebut akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah kewangan anda dengan jayanya.

Maklumat selanjutnya adalah sebagaimana berikut…

Sekian terima kasih.

Kemas kini Akaun Maybank anda? Kenapa?

Monday, March 16th, 2009

Ada dapat email dari cimbclicks? Email dari maybank? Email dari rhb? Email dari Publicbank? Untuk security ke? Bukan untuk security tetapi untuk menghalau duit anda pergi kepada mereka yang suka sangat dengan duit online anda. Dengan begitu mudah sekali mereka akan menghapuskan saki baki jumlah wang yang ada dalam kotak akaun online anda. Banyak ler ko punya security warning kononnya :

Dengan selambanya ko akan hantar dan terus hantar kepada mereka yang akan terpedaya. Maka maybank telah secara rasmi menggunakan sms alert Jangan dilayan sms atau email atau telefon yang mengundang akan diri anda untuk membuat kemaskini akaun anda secara online melalui hantaran email palsu maybank. Banyak ler ko punya new protection kononnya…

Rakan-rakan sekalian jangan mudah terpedaya dengan tipu daya email sedemikian rupa untuk mencari duit dengan mudah melalui online. Jangan terpedaya dengan critical alert sekalipun. Akaun anda akan ditutup serta merta dan wang anda akan hangus begitu sahaja jika tidak kemaskini dengan kadar segera. Tipu tipuan duniawi semata-mata.

Jika demikian apakah yang perlu anda lakukan dengan email sedemikian rupa? Abaikan sahaja dan delete serta merta atau lontarkan sahaja ke ruangan kotak spamm.Langkah yang selanjutnya adalah dengan menghubungi terus pihak bank untuk membuat aduan berkenaan email-email tersebut sebagaimana berikut :

Nombor Talian Hotline : 1-800-888-030

Email : aduanskmm@cmc.gov.my

Laman Web : http://www.skmm.gov.my

Entah apa-apa entah email camnih…. orang takder akaun bank pun dapat jugak email security untuk kemas kini akaun bank? Musykil dan misteri betul… betul betul betul… memang pelik bin ajaib…

Awas! Akaun Bank Anda Dalam Perhatian!

Friday, May 16th, 2008

Awasi akaun bank anda!

Anda menggunakan akaun bank? simpan duit dibank? duit anda selamat ke berada di sana?

saje je bagi saspen….

(more…)