Archive for the ‘ambik perhatian’ Category

Kawan Kawan Sekalian… Jangan Lagi Guna Celcom!

Thursday, October 29th, 2015

Aku sebagai peniaga topup rasa cukup kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Korang tahu tak betapa sedihnya aku dengar cerita dari costumer aku yang beli topup kemudian topupnya habis hilang kena telan?

Asal topup aje terus kredit kena telan hilang entah ke mana. Dah laa kena bayar gst. Duit topup kena telan gitu gitu aje tanpa belas kasihan.

topup hilang

Kawan aku yang duk topup hari hari dengan aku membebel aje kredit kena telan hilang tanpa kesan. Ke mana duit topu itu hilang kena telan? Masuk kantung serikat telco kah? Sudah sudah laa nak menipu orang ramai wahai tokey nombor 5 digit…

Sistem nombor 5 digit itu boleh diubah sebagaimana sistem gst yang telah dilaksanakan tersebut. Ada baiknya ubah sikit sistem nombor 5 digit tersebut kalo dah kata “memang sistem dah macam tu” duk makan duit topup sesedap rasa hati mereka aje…

==========

Guys, Jangan Guna CELCOM Guys!

Saya adalah pengguna perkhidmatan Celcom.
Saya dah guna Celcom 3 tahun lebih dah.
Saya guna sim jenis S.O.X(School of Xpax)
Dan saya  tak pakai sebarang internet plan.

Dan hari ini saya rasa teraniaya dengan Celcom dan nak stop pakai Celcom.

Saya dah perasan berbulan dah, bila top up duit, selalu hilang tanpa sebab. Pernah saya top up RM5, hilang terus tanpa saya guna langsung. 4 hari lepas, saya top up RM 10. Saya guna RM3 dan sedar2 baki RM7 dah habis. Disebabkan saya tak tahu selok-belok phone dan Celcom ni, saya just assume saya tertekan button Mobile Data dan duit saya habis kat situ.

Tapi semalam, saya tanya pada orang yang tahu selok-belok bab ni. Dia cek Data Usage kat phone saya. Dia kata saya hanya on mobile data pade 3 hari di bulan Jun sahaja. Memang betul pun, time tu saya langgan Rm1 sehari sebab ade urusan di tempat lain. Dan saya dah stop langgan terus time tu.

Persoalannya, ke mana duit saya yang banyak yang hilang tu?

Saya call 1111, Celcom punya talian pertanyaan dan aduan.(baru tahu semalam)

Saya cakap dengan dia masalah yang saya hadapi.

Pada awalnya, operator Celcom tu tanya saya, ada tak terima mesej dari nombor 5 angka? Saya cakap la…memang ade pon. Tapi saya TAK PERNAH respon langsung dengan mesej dari nombor 5 angka tu.

Tapi operator tu cakap, ade jenis mesej yang kalau tak respon BATAL/NO… dia akan automatik assume kita nak terima offer tu.

I was like…Apehal?…Aku tak setuju apa-apa pun…pastu nak ambik duit aku pulak…And another fact is dalam mesej itu tak ada cakap pun kalau tak setuju type No or whatever.

Taking my money without my consent and any notice is a total oppression!!! Seriously!!!

Pastu dia cakap, kalau nak batalkan boleh. Pastu saya terus suruh batalkan. Tapi dia cakap in future akan kena mintak batalkan lagi… saya tanya dia macam mana nak matikan terus supaya saya takkan kena lagi mesej2 tu…operator tu cakap…tak boleh, memang sistem dah camtu. Pastu talian tiba2 terputus.

Pastu, saya terus cek nombor 5 angka tu. Dalam masa 48 jam yg saya top up RM 10 tu…tak ada langsung mesej dari nombor 5 angka tu. Saya tertanya-tanya balik dan call balik 1111.

Saya cerita balik benda yang sama sebab operator yang lain pulak yg angkat. Pastu saya tanya…bila last duit saya kena tarik dengan mesej2 5 angka tu? Dia pun bagi la beberapa tarikh dan waktu yang specific yang ternyata memang saya tak dapat mesej2 tu. Saya cakap dekat dia saya dah cek phone saya, dan last saya dapat mesej dari nombor 5 angka yang operator tu cakap tadi adalah pada bulan jun yg lalu.

Saya siap sebut balik mesej tu dari nombor mana…baca balik mesej tu pada dia dan pada pukul berapa saya terima mesej tu. Mesej dia sebagaimana berikut :

RM 0 Tonton video-video gempak dari seluruh dunia yg pastinya menghiburkan!Klik http:/m.thecube.my/mmvi skrg!MsjdrCelcom.Info:1111
Jun 28,2015, 5:49 PM

Saya tanya balik, sebenarnya ke mana duit RM 7 saya tu HILANG?

Operator cakap…dia akan sambungkan talian saya dengan supervisor dia. Lama saya tunggu…pastu akhirnya dapat pun cakap dengan supervisor.

Selepas sekali lagi cerita semua2 yang dah cerita dgn 2 operator tadi.. dia tanya saya lagi…

Ada guna apps instagram tak? saya cakap la ada.
Pastu dia cakap mungkin tulah puncanya?

And I was like… Apehal? Ape kaitan guna apps dgn credit aku kena ambik?

Saya tanya la ape kaitannya?

Pastu dia tanya lagi…ada tak pop up ads tiba2 timbul?

Saya cakap kat insta tak ada.

Dia tanya lagi…ada guna apps youtube x?

Saya cakap la ade. Pastu memang la ade pop up ads tu.

Pastu dia cakap…itu lah yang ambik duit saya.

Saya betul2 tak puas hati…pastu tanye lagi… macam mana pulak guna apps boleh tarik credit?

Dia hanya jawab…dia memang macam tu. Bila ada pop up ads tu… sama ada kat browser ke youtube ke insta ke… kena call celcom dan suruh operator batalkan.

MACAM MANE SAYA NAK TAHU DUIT SAYA KENA TARIK CAMTU?

PAstu….saya suruh cek balik…duit RM7 saya yg hilang tu sebab apa? Dengan ayat yg agak tegas…

Tiba2…supervisor tu ckp…Maaflah…malam ni sistem kami down.

Dan akhirnya saya xtahu pon kemana sebenarnya duit RM7 saya tu hilang!

————————————————————————

Saya dari dulu ingat Celcom adalah the best antara yg lain… tapi knowing that ugly truth was really membuka mata saya. Family saya kata memang ramai orang yang kena. Ada kes orang kena sampai kena caj RM18000, ade yg kena caj RM 2000… kakak dengan abang saya sendiri dah pernah kena dan depa dah tuka pun.

Saya post benda ni… sebab saya rasa saya dah teraniaya dan bertanggungjawab untuk beritahu org lain supaya tak teraniaya jugak.

Apa yang boleh saya concludekan… Celcom pada hakikatnya menggunakan weakness kita untuk cari keuntungan.

Seriously, ambik duit orang tanpa tahu sebab dan reason… dan ambik duit orang tanpa apa2 notice adalah satu penganiayaan yang besar.

Mungkin korang sendiri lalui benda ni… cuma tak perasan dan tak pernah cek.

Saya pakai prepaid mudah la sikit untuk perasan bab2 ni… macam mana dgn mereka2 yang pakai bill? Tiap2 bulan kena ambik duit tanpa perasan…

Bukankah Maqasid Syariah menuntut supaya tiada penganiayaan ke atas kita semua? Bukankah kita perlukan negara yang secure untuk hidup dengan tenang? Bukankah kita perlukan syarikat2 yang membuat urusan yg adil?

Boleh tolong viralkan? Supaya tak ada lagi yang dizalimi dan dianiaya macam saya.

‪#‎BOYCOTTCELCOM‬ ‪#‎KMS2015‬

===========

Nukilan dari pengguna celcom…

Cara Lebih Baik Jika Nak Beli Petrol Yang Lebih Menguntungkan Duit Poket Anda

Sunday, July 5th, 2015

Info ini dah banyak tersebar dalam wasap dan telegaram. Banyak manfaatnya jugak cara beli petrol sebagaimana yang telah tersebar tersebut.

Caranya adalah dengan amalkan beli minyak petrol tersebut dalam jumlah liter bukan dalam jumlah ringgit yang selalu kita amalkan.

Cara lebih baik beli petrol yang lebih untung sesambil menjaga kereta anda dengan lebih bijak lagi..

Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap saya nak isi 20 liter. Kemudian bayar aje RM46. Ini lebih baik dari anda guna cara isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga dua tempat perpuluhan shj.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM 40. Cuba anda bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 org yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. Itu kalau 1000 org, kalau 1p hari? sebulan? Itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. Bayangkan lagi, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. Mereka dah tentunya mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai rm, bukan ikut nilai liter.

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter
isi rm69 jadi 30 liter

Jikalau isi 35 liter darab dgn rm2.3.
Jikalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.

Contoh 31.777 liter. Rugi sikit, tapi kalu tiap-tiap hari taukeh stesen minyak yang untung.

Cara Nak Mengelak Dari Tertipu Beli Kereta

Sunday, March 15th, 2015

Kena tipu tatkala beli kereta memang tak best …

Lagu mana cara nak mengelak dari tertipu beli kereta? Elok elok nak pakai kereta kena tipu pulak. Kena tipu beli kereta satu hal… Kena tipu dengan bengkel kereta satu hal. Dua kali ganda rugi jadinya… Kereta dah ada siap beli dah namun demikian tak pasal pasal kena tipu beli kereta.

Baru beli dah meragam? Ini gerenti kena tipu sebab tak ada teknik mengelak dari kena tipu beli kereta. Pastu jika dah meragam kereta pulak kena tipu dek bengkel kereta sekali lagi. Berapa banyak kena tipu daaa…

Dengan demikian kena hati hati jika nak beli kereta dan jika nak baiki kereta dekat mana mana bengkel kereta untuk mengelakkan diri anda kena tipu. Dua tiga kali ganda rugi jadinya kalo dah kena tipu hidup hidup…

Ada sedikit info berkaitan yang boleh anda selidik :

Teknik mengelak kena tipu beli kereta.

Teknik mengelak kena tipu bengkel kereta.

Analisis Pemasaran Internet 2015

Tuesday, November 25th, 2014

Bagaimana persediaan perniagaan anda tahun hadapan? Sudah bersedia dengan polisi ketat facebook bagi mereka yang berniaga dengan paltform facebook?

Lebih elok bersiap sedia dari mulai sekarang dengan pilihan lain teknik pemasaran . Jangan duk mengharap dengan facebook semata mata.

1.Pemasaran email? Teknik kuno pemasaran email akan terus mendapat perhatian utama dalam kempen pemasAran. Kena mulakan berjinak jinak dengan pemasaran email.

2.Pemasaran facebook? Markjuki dah semakin ketat sangat peraturannya.. Bleh tangguhkan dulu aje laa. Beralih angin cari pilihan teknik pemasaran yang lain. Takkan nak bergantung dengan facebook aje. Ini Bhaya! Amat kecewa sekali dengan penangan fb yang cukup mencekik teramat sangat. Bayangkan dengan likers ribu riban berapa ramai aje yang nampak posting dari anda. Asal buat post dekat wall sikit aje yang tahu…

3. Teknik seo? Kena berikan tumpuan sikit dengan teknik seo. Bleh berentap laa dengan otai seo dan buat servis seo sambil sambil belajar apa itu seo. Dengan demikian blog akan menjadi tumpuan untuk pemasaran apa apa produk menggunakan blog.

4.Google adwords? Dah tentunya kena belajar bagaimana nak buat pemasaran dengan google adwords. Takleh dibiarkan penangan google adwords sebagai medium promosi dengan kos yang tersendiri dan dekat dengan target market.

5. Video marketing? Ini satu lagi pilihan terbaek yang tidak boleh anda biarkan. Boleh belajar bagaimana nak buat pemasaran menggunakan video.

Itu aje laa senarainya untuk diberikan perhatian… Lain lain teknik pemasaran sila cuba try test tengok jika nak buat promosi…

selamat maju jaya.

Kena Tipu Beli Kereta?

Friday, September 26th, 2014

haduh… kena tipu beli kereta?

Jangan sekali kali kena tipu dek kerana teruja nak beli kereta.

Mohon hati hati agar tidak kena tipu tatkala beli kereta.

Kena jaga kereta dan kena elak dari kena tipu dengan jurujua kereta atau kena tipu hidup hidup oleh mereka yang suka suka nak menipu buat jualan kereta.

 

Ingat… jaga kereta dan jaga diri dari kena tipu tatkala nak beli kereta.

 

 

—>>> Awas! jangan terkena gula gula agar tidak kena tipu beli kereta.