Archive for the ‘agrotek’ Category

Ganjaran RM10,000 | Tangkap Ikan Arapaima Tasik Kenyir

Friday, July 3rd, 2009

Wanted!

Ikan Arapaima Gigas!

Ganjaran RM10,000 Tangkap Ikan Arapaima Di Tasik Kenyir

SETIU, 2 Julai (Bernama) — Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap ikan Arapaima Gigas atau ikan naga di Tasik Kenyir.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula dari sekarang sehingga 15 Ogos ini di seluruh kawasan tasik kecuali di kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.

Ikan itu yang ditangkap hidup-hidup akan ditempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman sebagai tarikan kepada pengunjung, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya kaedah menangkap ikan Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran dan kelili, dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi semua undang-undang kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di Tasik Kenyir.

Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan keselamatan, katanya.

Ahmad berkata walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies ikan yang besar, ia tidak menyerang manusia, tetapi menjadikan ikan-ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

“Kita khuatir dengan adanya spesies ikan yang berasal dari Sungai Amazon ini, ikan-ikan lain akan kepupusan. Kita juga bimbang ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang sedang kita bangunkan sebagai destinasi pelancongan perdana di Terengganu.

“Kita tidak tahu berapa jumlah sebenarnya ikan ini di dalam Tasik Kenyir tetapi kita perlu pastikan tiada ikan pemangsa di dalam tasik buatan manusia itu. Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas,” katanya.

Beliau berkata ikan Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram.

Menurutnya, di habitat asalnya di Sungai Amazon, ikan itu diburu menggunakan lembing dan rakyat tempatan menggemari ikan itu dengan menjadikannya makanan eksotik.

— BERNAMA

Tarikh tutup penyertaan untuk menangkap ikan arapaima gigas adalah pada 15 Ogos 2009.

Jom kita pi tangkap ikan arapaima nih. Dapat ganjaran rm10,000 woooo!

Bonus Extra rahsia ternakan kambing

Wednesday, June 10th, 2009

BONUS #3 : Xtra Income , Buat Duit Lebih Tanpa Perlu Menjual Kambing

Siapa sangka penternak kambing boleh mendapatkan duit lebih dan keuntungan tanpa perlu menjual kambing mereka?. Di dalam ebook bonus ini, anda akan didedahkan dengan 5 kaedah menjana pendapatan sampingan tanpa perlu anda menjual kambing ternakan anda. Ketahui rahsia hebat ini di dalam ebook bonus ini.

Sekarang rahsia ternakan kambing ada bonus extra. Jom tengok apa yang istimewanya Bonus Extra Rahsia Kambing tersebut.

Usahawan Cendawan Berjaya

Saturday, December 13th, 2008

Mereka berusaha dan mereka berjaya. Bagaimana dengan anda? Adakah anda betul-betul berminat untuk buat duit dengan cendawan? Atau mahu sertai skim jutawan cendawan? Sama halnya dengan usahawan ternakan kambing yang perlukan usaha yang lebih dan juga kerja keras yang berterusan dari semasa ke semasa. Bukan hanya mencipta angan-angan kosong semata-mata.

Tanaman cendawan.

Ini telah terbukti dengan gerak kerja mereka yang fokus dengan perusahaan tersebut. Kalo anda tidak fokus kepada tanaman cendawan yang anda usahakan tersebut sudah tentunya anda tidak akan mendapat hasil yang setimpalnya yang anda mahukan. Minat dan juga usaha yang gigih perlu ada untuk memaksimakan keuntungan yang anda mahu lipatgandakan bermula dengan fokus dan berjaya. Sekiranya anda mahu lakukannya secara serentak tanpa fokus yang bersungguh-sungguh sudah tentunya anda akan menemui kegagalan demi kegagalan. Maka fokuskannya dengan sebaik mungkin dengan tanaman cendawan sehingga berjaya.

Perniagaan cendawan.

Dengan adanya usaha untuk membina perniagaan cendawan yang berjaya sudah tentunya anda memerlukan fokus yang lebih. Menengokkan teori ringkas yang diperjelaskan oleh sepupu saya tempohari berkaitan perusahaan cendawan yang telah beliau usahakan secara kecil-kecilan ( masa hari raya korban ari tu berkesempatan membuat lawatan tak rasmi ke rumah cendawan yang beliau usahakan ). Siap sedia untuk dikutip hasilnya dan dijual kepada pemborong yang datang memborong cendawan yang telah siap dipetik. Beliau mengusahakan perniagaan tanaman cendawan secara kecil-kecilan sahaja buat masa ini. Potensi pasaran cendawan cukup luas. Namun kena ada minat yang tinggi ler. Jika tidak, anda akan kecundang dengan impian perusahaan cendawan tersebut. Berkenaan pemasaran kena berikan tugasan tersebut kepada orang lain untuk meraih keuntungan dalam bahagian pemasaran. Takkan semuanya anda nak buat semuanya sendirian. Outsource orang cakap…

Resepi cendawan goreng.

Kalo sudah bertandang ke rumah usahawan cendawan sudah semestinya akan terhidang cendawan goreng yang beraroma dan berkhasiat tersebut. Apa yang anda tahu berkenaan khasiat cendawan dan juga kesan sampingannya? Khasiatnya adalah dapat makan dengan berseleranya kalo dah kena goreng. Kesan sampingannya pulak adalah kalo dah goreng laju sungguh kehabisannya. Terpaksa ler kena goreng banyak-banyak. Nak tahu resepi cendawan goreng? Mari kita tengok resepi cendawan goreng sebagaimana berikut :

Mula mula sediakan periuk dan minyak masak.

Cendawan segar secukup rasa.

Tepung ayam goreng adabi.

Telur ayam dua bijik.

Lepas tu goreng aje laaa…

Resepi Cendawan Goreng

Sekian terima kasih

Mari kita jenguk bagaimana mahu menjadi usahawan cendawan yang berjaya…

Buat Duit Dengan Galah Sambung | Galah Serbaguna

Monday, October 13th, 2008

Galah sambung serbaguna memudahkan kerja anda yang berdepan dengan masalah  pokok-pokok kayu yang tinggi-tinggi aras lautnya.  Beberapa hari ini sibuk jugak duk mikir nak kait buah rambutan. Sekarang duk kait dengan menggunakan galah buluh. Itu saje yang boleh digunakan buat masa sekarang. Ada pengacip rambutan pun tak jalan jugak. Terkial kial dibuatnya…. Dapatnya tak sampai pun setengah baldi. Penat duk guna galah buluh nih. Terlebih galah siksa nak terdongak-dongak nak kait rambutan. Kalo galahnya pendek sudah tentunya tak berapa nak sampai pulak area yang tinggi… masalah jadinya. Maka pilihannya adalah dengan menggunakan galah sambung. Galah sambung serbaguna.

Kalo nak panjat bukannya boleh panjat pokok rambutan yang tinggi-tinggi tuuuu. Spesis takleh nak panjat pokok nih biasa laa asyik duk tengok aje laa buah-buahan kayu yang ada. Kalo panjat boleh laa sekerat jalan aje. Lepas tu turun balik laa tak dapat hasil. Dapatnya sikit sikit aje laa.

Siapa yang biasa panjat pokok kelapa tu kira memang pro laa. Lepas tu meniti dari dahan pokok ke dahan pokok yang lain…. haaaa… kalo tak silap dalam majalah 3 kaa atau kat dalam majalah kat pasaran.   Pompuan pulak tu yang memanjat pokok kelapa. Nampaknya kena hambik kursus panjat memanjat pokok pulak laa lepas nih…. ada ke kursus sedemikian rupa???

Alternatifnya sudah ada… maka kena dapatkan sebijik dua galah sambung serbaguna ini. Mudah dan senang nak guna. Sebenarnya duk tercari-cari galah yang bermesin tu yang digunakan oleh pengutip buah kelapa sawit yang disiarkan oleh Agrotek di RTM … nampaknya kena contact RTM punya agrotek nih…

Buah kelapa pun satu hal jugak nak kena panjatnya. Pokok kelapa yang rendah boleh laa nak panjat.  Tak panjat pun tak mengapa kalo ada pokok kelapa yang rendah. Nak kena bayau upah memberuk memanjat kelapa. Kelapa bukan murah woooo. Mahal… kalo kita jual lepas tu takkan nak beli balik dengan harga yang berbeza pulak. Kelapa dah ada takkan nak beli pulak… tul tak??? Satu cara yang bagus untuk turunkan setandang kelapa adalah dengan menggunakan senapang. Pakai petik je senapang tu dan kemudian dapatlah setandang kelapa. Ada sesiapa yang biasa guna cara tersebut?

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan galah sambung serbaguna tersebut boleh berkunjung ke laman berikut :

Pemasangan galah berkenaan juga amat mudah iaitu anda hanya perlu sisip, pusing dan klik. Begitu juga untuk membukanya.

“Selain galah, ReachAll juga memasarkan pisau sawit, pisau bunga sawit, pisau pinang, penyapu sawang, kacip rambutan, pisau kelapa dan gergaji dahan,” katanya.

Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai galah serbaguna ini bolehlah menghubungi ReachAll di 05-8914134 atau e-mel: asdepro@ spptsb.com

Galah sambung serbaguna

Galah sambung untuk pemilik dusun.

Taiping Zone

Maka pilihan yang paling sesuai adalah galah sambung serbaguna.

Upadate :

Jika anda berminat untuk mendapatkan galah aluminium atau galah sambung.

Boleh try jenguk dekat sini :

Galah pokok galah aluminium.

Wolf Garten Malaysia

Naik Minyak : Buat Duit Dengan Perniagaan Santan Kelapa

Thursday, June 19th, 2008

Photobucket

Bagaimana hendak memulakan perniagaan santan kelapa?

Apa yang perlu saya lakukan?

Bagaimana untuk menceburkan diri dalam perniagaan santan kelapa?

Nak mula macam mana?

Bagimana anda bermula?

Kelapa muda ada… kelapa tua ada… santan kelapa ada… mesin kelapa ada… mesin perah santan ada… kelapa matag ada…

Mana mau cari???

Anda perlu mendapatkan panduan perniagaan santan kelapa sebagai langkah permulaannya. Anda boleh menjenguk sendiri bagaimana operasi perniagaan santan kelapa di pasar borong atau mana-mana kedai yang menyediakan kemudahan untuk anda membeli santan kelapa dari kedai mereka.

Mana nak dapat panduan tersebut?

Buat peringkat permulaan ini untuk memperolehi panduan sebegitu rupa… apa yang anda perlu lakukan adalah membuat survey ke seluruh kawasan sekitar dan juga rakan-rakan sepersaingan anda. Ataupun anda boleh bermula dengan bekerja dengan mereka yang berpengalaman untuk sehari dua atau sebulan dua sambil mempelajari cara-cara untuk memulakan perniagaan santan kelapa anda sendiri.

Mana satu pilihan santan terpilih yang ingin anda ceburi. Pada peringkat mula-mula ni boleh laa dengan bangsal kecik-kecik aje. lepas tu setapak lagi ke hadapan dengan meningkatkan kapasiti mesin dan kelapa. Kemudian tambah lagi pekerja mana nak bekerja dengan anda. Lepas tu kembangkan lagi pekerja2 anda tersebut sebagai rakan JV untuk meluaskan lagi empayar perniagaan anda.

Wah…. begitu sekali capaian imaginasi perniagan santan kelapa. Nampak menarik. Namun cabarannya anda kena hadapi dengan penuh komitmen yang kukuh jika nak memulakan apa jua jenis perniagaan.

Maka mari kita tengok pula produk hasilan santan yang kita kehendaki tersebut. sebagaimana yang kita ketahui … antara jenis pengeluaran dan penyediaan santan kelapa untuk jualan terbahagi kepada 3 jenis kumpulannya iaitu santan segar, santan kotak & santan serbuk.

Maka soalannya mana satu pilihan anda? Mana satu yang anda suka guna? Mari kita jenguk perbincangan berkaitan santan kelapa yang boleh anda jadikan rujukan untuk memulakan perniagaan santan kelapa atau anda sendiri boleh menghasilkan satu panduan berkaitan perniagaan santan kelapa dari awal sehinggalah ke menara kejayaan sebagai usahawan santan kelapa.

Nak buka bisness santan kelapa

Usahawan Bisnes Santan kelapa

Pemasaran santan segar

Bicara berkaitan pasaran kelapa

Mesin kelapa 3 dalam 1

Sekian terima kasih.