barang antik dan skim cepat kaya

Assalamualaikum…

Mana yang lebih canggih? Barangan antik zaman berzaman atau cara skim tak sempat kaya? Skim cepat kaya memang tak usah cerita laa… banyak yang duka cita dari cerita gembira perihal duit gandaan berlipat tersebut…

Apa kena dengan barangan antik dengan skim cepat kaya? skim cepat kaya sebagaimana yang diceriterakan oleh noorizamshah memang tak ada kaitan dengan barangan antik. Barangan antik mempunyai nilainya yang tersendiri.

Pendek kata dan panjang duk diam tanpa bercakap telah menyatakan dengan bukti yang kukuh barangan antik mempunyai tarikan magnetnya yang tersendiri.

Semakin antik semakin mahal jadinya. Boleh dijadikan modal untuk perniagaan di ebay?

Apakah dia senarai-senarai barangan antik yang anda miliki? Apakah anda pernah memilikinya satu atau dua dan tiada lagi dalam simpanan anda?

Kenapa ada yang begitu tertarik dengan barangan antik? adakah disebabkan keantikannya? Atau sekadar hobinya? atau memang barangan antik sukar untuk diperolehi?

Bagaimana pula dengan anda? Tiada satupun barangan antik yang anda miliki?

Anda mungkin dan boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan sekiranya mempunyai minat dalam perniagaan barangan antik atau pelik atau ganjil yang lain dari yang lain.

sekian terima kasih.

p/s : bukan pertanian saje adalah perniagaan. Barangan antikpun adalah perniagaan. Ingat yer… skim cepat kaya tak serupa dengan barangan antik…

(Visited 83 times, 1 visits today)

Tags: , , ,

7 Responses to “barang antik dan skim cepat kaya”

  1. Noorizam says:

    masih ada lagi yang tak paham apa itu skim cepat kaya. hoho

  2. shutterspeaks says:

    barang antik yg aku simpan duit lama… duit singgit syiling bulat besar (bkn emas), RM10, RM20 coklat, 50 terbelah tepi dan len2 lagi…

    harapnya ada hargalah di masa depan hehehe

  3. abdfatah says:

    lampu gasolin tu memang ada tahun 80-an dulu. tapi sekarang nih rasanya tinggal payung dia aje. payung dia pun tak tau duk tang mana dah… hihiii…

  4. Afzai Afandi says:

    Barang antik ni pada aku tinggi nilai estetikanya. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Antara koleksi barangan antik yang aku ada…seterika tembaga, kipas kapal, alat penggala kapal tahun 1826 made in germany, periuk tembaga, dulang tenbaga 🙂

    memang boleh jadikan satu perniagaan..tapi tak pernah cuba

  5. abdfatah says:

    jika antik itu nostalgia bagi seseorang memang susah nak jual. dengar khabarnya basikal tua zaman tok nenek dahulu harganya sekarang rm800. mak aih… mahal wooo…

    motor antik kapcai 50. ( honda samah) rm3,000.

    antik punya pasal…

  6. ladyct says:

    Baru2 ni bawak anak2 bercuti di Penang. Melawat ke Toy Museum. Bila masuk ke situ terus terfikir… bagus juga sebenarnya hobi mengumpul barang. bayangkan dari sekecil2 mainan hgg sebesar manusia… bila dah banyak sangat, dapatkan satu tempat dan jadikan museum… kenakan caj untuk masuk tengok… good idea huh?! 😉

  7. idham says:

    😎
    yer…barangan antik,byk manfaat nt di ms depan..ekekkee sape2 nak share barang,nak beli,nak tukar2 pendapat..dialu2kan.. idham9183@yahoo.com.my

Leave a Reply

CommentLuv badge