Amaran! Tepuk Tepuk Dan Duit Lesap

Ya.. Duit anda bakal lesap dengan taktik licik penjenayah sedemikian rupa. Pelbagai cara mereka akan lakukan untuk mendapatkan wang anda dengan begitu mudah sekali.

Mereka menepuk bahu anda dan menyatakan duit anda telah terjatuh, berdekatan dengan mesin atm pulak tu. Kemudian untuk beberapa ketika duit anda lesap begitu pantas sekali selepas mereka menukar kad atm anda dengan  kad  atm yang lain.

“Saya mengeluarkan gaji isteri jam 8.29 malam, selepas memasukkan kata laluan bahu saya ditepuk sambil diberitahu wang saya terjatuh, tetapi saya tidak peduli kerana ketika itu saya memakai baju Melayu serta kain pelekat. Jadi mustahil wang terjatuh, kerana poket di hadapan,” katanya.

Namun, selepas dua ke tiga kali ditepuk dia berpusing dan lelaki itu mengatakan wang itu miliknya lalu mengutip wang RM25 di lantai.

“Apabila bangun selepas mengutip wang terbabit, saya lihat wang RM1,000 dan kad masih pada mesin ATM terbabit, tetapi pelik kerana kad milik isteri kelihatan baru sedangkan sebelum ini ia sudah lama,” katanya.

Petikan harian metro.

Dengan demikian jangan mudah terpedaya berkenaan jumlah duit anda yang dikatakan terjatuh tersebut lantaran ia tidak ada maknanya jika anda kehilangan wang yang lebih banyak dari jumlah yang terjatuh tersebut. Abaikan sahaja duit yang dikatakan terjatuh selepas bahu anda ditepuk. Kalu terpukau tak tau nak kata apa dah…

Semoga anda semua berhati-hati untuk mengelakkan kehilangan wang dengan taktik tepuk bahu duit terjatuh berdekatan dengan mesin atm.

(Visited 24 times, 1 visits today)

Tags: , , , ,

4 Responses to “Amaran! Tepuk Tepuk Dan Duit Lesap”

  1. dAzz says:

    bahaya betul ni. kena hati-hati sket…

  2. dAzz says:

    macam-macam diorang punya taktik ni..

  3. tunepal says:

    erk. macam ni pun boleh ker..

  4. aktechpage.com says:

    Huyooo…bahaya betul skrg ni…mcm2 taktik pelik jenayah guna skrg ni….
    Aiiii….semakin maju, semakin pelik je taktik jenayah

Leave a Reply

CommentLuv badge