Ada aku kisah jika syarikat kutu pintar wang pos kena serbu bnm?

Kutu pintar wang pos yang cukup popular masa kini telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari orang ramai. Biarpun satu dua tiga syarikat tumbang…  satu dua tiga syarikat lain akan kembali aktif mencari mangsanya. Saban tahun wang kutu akan terus bertukar tangan dengan penuh toleransi antara ahlinya .

Jom kita jenguk ceramah kutu pintar wang pos :

Sekadar contoh aje la. Sebab takder lesen untuk menjalankan program tersebut.

Petikan dari MyMetro

KUALA LUMPUR: Empat syarikat yang terbabit dalam penganjuran Skim Smart Kutu akan didakwa di mahkamah dalam tempoh tiga bulan akan datang sekiranya didapati bersalah menjalankan perniagaan menyalahi Akta Larangan Wang Kutu 1977.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam proses melengkapkan kertas siasatan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap perniagaan dan syarikat terbabit.

“Satu syarikat beroperasi di Johor manakala tiga lagi di Kedah, dengan jumlah pelaburan RM33 juta dan membabitkan kira-kira 100,000 orang pelabur.

“Saya tidak dapat mendedahkan nama pihak yang terbabit kerana kes masih dalam siasatan, kalau saya beritahu nanti mereka akan alihkan harta dan sebagainya, jadi nanti kita dapat kosong saja nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ismail berkata salah satu daripada syarikat dan perniagaan yang disiasat terbabit sudah dibekukan asetnya.

“Malah, dua syarikat sudah didakwa di mahkamah di bawah Akta Syarikat 1965 kerana menjalankan perniagaan berunsur penipuan, baru-baru ini.

“Ini menunjukkan kementerian amat serius dalam menangani jenayah kolar putih seperti ini, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri meminta supaya satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan membabitkan Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi, SSM, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara.

“Jawatankuasa ini bagi membolehkan agensi terbabit bertukar maklumat dan melakukan penyiasatan bersama dengan lebih berkesan sekali gus menambah keyakinan pelabur asing betapa kerajaan serius menangani jenayah ini,” katanya.

Ismail berkata, pelaksanaan jawatankuasa itu antara lain bagi mengelakkan pertindihan dari segi penyiasatan, sekali gus memendekkan tempoh siasatan.

“Kadangkala terdapat satu kes yang boleh disiasat kesemua agensi terbabit. Justeru dengan adanya jawatankuasa ini, penyiasatan dapat dilakukan dengan lebih cepat,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, kementerian turut menggalakkan penyertaan industri dan sektor korporat dalam Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2010/2011 yang mula dibuka semalam hingga 1 Ogos ini.

(Visited 26 times, 1 visits today)

Tags: , , , ,

One Response to “Ada aku kisah jika syarikat kutu pintar wang pos kena serbu bnm?”

  1. Kamarul says:

    salam fatah,

    saya pun pernah terjoin kutu dengan wang pos rm50 lebur.. 😥
    rasa sebelum nak join tu harap-harap dapat pulangan..bila bacakan ayat power..”sistem kita ini bantu-membantu sesama umat” tu yang terpedaya tu.. :mrgreen:

    sekarang ni saya dengar ada satu lagi sistem kutu iaitu program ta`unn. Pernah dengar tak? sebulan lepas dah ada di putrajaya, org rumah nak join…komen sikit..

    terima kasih

Leave a Reply

CommentLuv badge