Archive for March, 2012

Mahu Menang RM100 Dengan Google Search?

Saturday, March 31st, 2012

Google Dan Menang Rm100

Aku nak citer pasal satu contest dari blogger popular masa kini. Blog denaihati. Mahu google dan menang rm100 ? Macam mana tu? Mudah aje ia bukan berkaitan dengan anjuran tokei google. Namun ia adalah inisiatif dari blog denaihati yang sememangnya suka menghargai pelawat blog denaihati. Apa hadiahnya untuk google dan menang rm100 ?

Hadiahnya RM100 sahaja.

Hanya untuk 20 entry pertama.

Aku tak ada peluang nampak gayanya untuk google dan menang  rm100 tersebut disebabkan kepopularan blog yang mendapat perhatian ramai tersebut. Tapi takper laa jika tidak termasuk dalam senarai pemenang ,sekadar menumpang join sekaki aje laa akan cabaran contest mudah oleh blogger laman  blog denaihati yang budiman tersebut.

Caranya mudah aje. Senang kekacang sangat untuk google dan menang rm100.

Bukak laman sesawang google search dan buat carian 5 entry terbaik yang telah dihasilkan oleh blog denaihati dengan kata kunci serta catatan keputusan carian yang terpapar di google dan menang rm100 untuk search tersebut.

  • Mula mula sila buat blog post dengan tajuk gaya bebas pilihan hati
  • Kemudian buat jelajahan carian entry yang berkualiti dari blog denaihati yang berada dalam senarai to ten muka depan di enjin carian Google.com.my.
  • Kemudian lagi sila senaraikan 5 entri blog Denaihati tersebut berserta backlinks dan jumlah result carian untuk entri tersebut.

Antara entry pilihan aku dalam carian top ten search google.com.my adalah sebagaimana berikut….

1. Earth Hour Malaysia 2012  —->>> About 17,900,000 results (0.22 seconds)

2. Seminar WordPress —–> About 24,600,000 results (0.33 seconds)

3. bila marah apa nak buat —–> About 7,520,000 results (0.32 seconds

4. sikap buruk pemandu malaysia —-> About 381,000 results (0.29 seconds)

5. semak keputusan spm —-> About 414,000 results (0.32 seconds)

Itulah dia antara entry dari blog denaihati yang telah diselongkarkan dari google search yang mesra alam tersebut. Sila bertindak segera untuk google dan menang rm100 dengan secara santainya.

Sekian terima kasih.

Google Dan Menang Rm100

Lelaki Kacak Terhangat Di Pasaran

Thursday, March 29th, 2012

Lelaki Kacak

Lelaki kacak terhangat di pasaran buatan malaysia daaa….

sila jangan omong kosong semata mata. Dapatkan sekarang lelaki kacak terhangat di pasaran. Lelaki kacak yang terhangat masa kini…. Jangan ketinggalan…

Sudah tentu anda tertanya tanya bagaimana mahu buat seo berkaitan dengan lelaki kacak tersebut. Dua perkataan yang perlu anda buat artikel dan updatekan dalam blog anda setiap hari dengan kata kunci lelaki kacak.

Jika anda mahu target kepad kata kunci tersebut anda boleh membeli domain name lelaki kacak dot com. Lelaki kacak dot com sudah ada yang order. Memang terhangat di pasaran kata kunci tersebut dengan situasi pertandingan seo lelaki kacak yang sedag berlangsung. Tiada halangan untuk anda menggunakan kata kunci tersebut untuk domain name lelaki kacak yang anda mahu targetkan.

Lain cara lagi anda buat artikel berkaitan dengan lelaki kacak seantero dunia yang boleh anda garap dan olah setiap hari dan buat entry dalam blog anda. Ingat! Hanya entry lelaki kacak yang terkini sahaja yang perlu anda buat. Lelaki kacak punya entry lama tidak akan masuk dalam kiraan dalam contest seo tersebut.

Lelaki Kacak

Lelaki Seperti Aku oleh Alif Satar Adalah Lelaki Kacak

Wednesday, March 28th, 2012

Lelaki Kacak

Itu dia lagu lelaki seperti aku… lelaki tampan —> Lelaki kacak memang banyak…

Dan pertandingan seo lelaki kacak terus rancak dengan beberapa update persaingan sengit antara satu sama lain terus pantas membuat seo berkaitan dengan kata kunci lelaki kacak anjuran encik titan yang katanya adalah seorang lelaki kacak… lelaki tampan … lelaki hensem katanya… Fokus kata kunci adalah lelaki kacak akan diranking ke muka depan paparan carian google.

Tak reti nak buat seo berkaitan dengan kata kunci lelaki kacak bukan alasan untuk anda tidak sertai pertandingan kali ini yang melibatkan ramai peserta sedang bersaingan sengit antara satu sama lain.

Sila cuba search tanya packik google hari ini blog lelaki kacak siapa berada di muka depan? dan kemudian untuk 3 bulan dari tarikh pertandingan siapa pula yang akan terus mara ke depan dengan artikel artikel berkaitan dengan lelaki kacak…

Siapakah yang bakal dinobatkan lelaki kacak bergaya dalam pertandingan seo kali ini? Kita tungguuuuuu….

Lelaki Kacak

Contest Seo Lelaki Kacak Bermula

Tuesday, March 27th, 2012

Lelaki Kacak

Kali ini mamat encik titan sedang merentapkan trafik blog beliau dengan anjuran contest dengan kata kunci berkaitan dengan tema lelaki kacak. Serta merta mempopularkan blog blog yang menyertai seo contest lelaki kacak tersebut. Trafik dapat backlink pun dapat. Situasi menang menang….

Dengan selambanya ramai jugak laa para blogger lelaki kacak sedang berentap untuk memantapkan seo lelaki kacak sedunia masa kini. Para blogger wanita pun ada yang tidak akan ketinggalan untuk mengejar dan belajar apa benda yang dinamakan seo lelaki kacak tersebut.

Seo itu apa? Tak tahu? Kepada lelaki kacak sekalian dan wanita comel sedunia anda boleh bermula dari sekarang untuk berentap tanpa berlengah lagi. Hasilkan satu artikel dua tiga post setiap hari dengan keyword lelaki kacak dan kisah kisah masyarakat berkaitan lelaki kacak masa kini.

Banyak artikel artikel menarik berkenaan tajuk lelaki kacak yang boleh anda hasilkan setiap hari. Mulakan sekarang dan belajar apa itu seo lelaki kacak.

Sekian terima kasih…

Lelaki Kacak

Cara nak berniaga : Perniagaan Kerepek Ubi Kayu Batu Pahat

Monday, March 26th, 2012

Perniagaan Kerepek Ubi Kayu

perniagaan kerepek ubi kayu

Perniagaan Kerepek ubi kayu

MENJELANG Ramadan, nama Azhar Food pasti di sebut-sebut. Jenama itu bukan sahaja meniti di bibir suri rumah di Rengit, Batu Pahat tetapi tidak keterlaluan jika dikatakan, di mana-mana sahaja, khususnya di Johor, orang sudah bercakap tentang produk Azhar Food.

Bahkan, ada yang merancang untuk membeli kerepek, kuih-muih tradisional, kekacang dan jeruk di situ menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Begitu popular perniagaan kerepek ubi kayu beliau.

Dari Johor Bahru hingga ke Muar, dari Segamat merentas ke Mersing, nama Azhar Food bukan nama asing di negeri selatan tanah air ini.

Cukup dikenali sebagai pengeluar, pengimport dan pemborong makanan ringan, ia juga popular sebagai hab pemasaran pelbagai produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Tidak hairanlah, jika berkunjung ke Azhar Manufacturing Sdn. Bhd., pasti anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis kudapan sama ada kering atau basah. Semuanya ada di bawah satu bumbung.

Lebih menarik, ia dijual pada harga yang cukup berpatutan.

Seorang pelanggan tetap Azhar Food, Khairunisa Idros, 28, berkata, dia yang bekerja di Johor Bahru sentiasa mencari peluang untuk datang ke Azhar Food sekiranya pulang ke kampung.

“Kalau ke sini, pasti saya akan beli kerepek pisang tanduk, kacang tanah goreng dan kuih cakar ayam.

“Di sini banyak pilihan, terutamanya kuih-muih lama. Harga yang ditawarkan juga munasabah,” katanya yang berasal dari Kampung Sungai Jambi Darat, Rengit.

Selain warga tempatan, kerepek keluaran Azhar Food turut diminati Rabia’tul Adawiyah Mustapha, 28, anak kelahiran Pulau Pinang yang menetap di Shah Alam, Selangor.

“Walaupun kerepek amat sinonim sebagai snek orang Jawa, saya sangat menggemarinya.

“Malah, untuk Aidilfitri kali ini, saya memilih untuk hidangkan kerepek pada tetamu kerana ia lebih laku berbanding biskut,” katanya yang sering mengirim kerepek sira pedas dan kerepek pisang melalui rakannya.

Operasi kilang milik Azhar Rasnan, 44, dan isterinya, Mariam Boon, 43, itu mulai sibuk biarpun Ramadan baharu sahaja bermula.

“Dua minggu sebelum Ramadan, kami sibuk menyiapkan tempahan kerepek sempena hari raya,” kata Mariam ketika ditemui baru-baru ini.

Menjadikan kerepek ubi kayu sebagai identiti Azhar Food, wanita gigih kelahiran Senggarang ini mengakui dia cerewet terhadap kualiti produk utama keluarannya itu.

“Sebanyak 80 peratus daripada permintaan pelanggan adalah kerepek ubi, 10 peratus kerepek pisang dan 10 peratus lagi kerepek lain, seperti keledek, keladi, kacang dhal dan sebagainya.

“Untuk menghasilkan kerepek ubi yang berkualiti, bahan mentahnya juga perlu bagus.

“Kami di sini banyak menggunakan ubi kayu putih kerana hasilnya boleh dipelbagaikan, berbanding ubi kayu kuning.

“Sumber ubi pula diambil daripada ladang milik kilang kami seluas lebih 20 hektar di Tanah Pertanian Moden (TPN) Air Hitam.

“Selain itu, kami juga membeli ubi kayu daripada pekebun-pekebun kecil sekitar Batu Pahat dan Selangor,” katanya.

Sambil melihat pekerja-pekerja wanita mengopek ubi kayu di belakang pusat jualan Azhar Food, Mariam menjelaskan, setiap hari kilangnya akan memproses enam tan ubi kayu.

Menjelang Ramadan, jumlah itu akan bertambah sehingga 10 tan sehari.

Selesai sahaja kerja mengopek, ubi akan dibersihkan dan dihiris menggunakan dua mesin yang direka khas.

Setelah itu, kepingan nipis ubi kayu akan digoreng menggunakan kuali besar selama tiga hingga empat minit.

Ditanya mengenai rahsia kerangupan dan keenakan kerepek ubi keluarannya, Mariam memberitahu, tiada apa yang perlu disorokkan.

“Kami hanya masukkan sedikit bancuhan air garam ke dalam kuali semasa mula menggoreng.

“Apa yang lebih penting ialah tempoh memasak. Selain itu, suhu yang digunakan juga harus tepat dan sekata,” ujarnya.

Selain itu, Mariam memberitahu, kebersihan minyak yang digunakan untuk menggoreng juga mempengaruhi kualiti kerepek.

“Setiap kuali memerlukan 22 tong minyak masak dan ia hanya digunakan selama seminggu.

“Selepas seminggu, minyak akan dikeluarkan dan mesin akan dicuci. Minyak terpakai biasanya dijual namun pada tahun hadapan, kami merancang untuk memproses semula minyak tersebut untuk dijadikan bahan biodiesel dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),” jelasnya.

Selesai digoreng, kerepek akan disejukkan dan diasing-asingkan.

“Kerepek perlu bebas daripada noda hitam di tengahnya yang hadir kesan daripada ubi kayu kurang baik.

“Walaupun besarnya hanya setitik, ia dianggap rosak dan tidak akan dijual,” katanya.

Selepas lima minit dibiarkan sejuk, kerepek akan dibungkus dalam satu beg plastik besar bersaiz lima kilogram (kg).

Selain digoreng, Azhar Food juga menawarkan kerepek ubi bersira sambal basah dan kerepek ubi berperisa.

Dijual secara pukal iaitu RM27.50 untuk saiz 5kg dan RM3 untuk saiz 500 gram, pasaran kerepek ubi Azhar Food tidak hanya terhad di Batu Pahat sebaliknya turut mempunyai pengedar di seluruh Johor.

“Saya juga mempunyai pengedar di Pantai Timur dan utara tanah air,” katanya yang menghantar dua lori kerepek kepada pelanggannya setiap hari.

Tidak menang tangan memenuhi permintaan daripada pengedar-pengedarnya, Mariam mengakui kekurangan bahan mentah menjadikannya perlu lebih selektif.

“Kalau hendak raya, saya memang tidak mampu hendak penuhi permintaan pelanggan.

“Mana tidaknya, jika pada bulan biasa seorang pengedar tempah satu tan tetapi menjelang puasa, pesanan meningkat sehingga 15 tan seorang.

“Kalau ada 100 pelanggan, memang tidak menang tangan kita nak membahagi-bahagikannya,” ujarnya yang menjual hampir ratusan tan kerepek setiap kali Ramadan.

Sebagai persiapan menjelang Aidilfitri tahun ini, Azhar Food telah membesarkan pusat jualannya bagi memberi keselesaan kepada pelanggan untuk memilih produk makanan kegemaran mereka.

“Dengan cara ini juga lebih banyak produk IKS tempatan dapat dikumpul dan dijual di sini,” kata Mariam yang turut mengimport pelbagai jenis kek lapis dari Indonesia.

“Tak salah kalau kita beri peluang kepada pengusaha IKS untuk sama-sama berniaga. Perniagaan kerepek ubi kayu ini pastinya ada potensi yang tersendiri jika diusahakan dengan bersungguh sungguh.

“Kalau mereka ada produk dan berpotensi untuk diketengahkan, mengapa tidak diberikan peluang? Sedikit sebanyak ia dapat menggalakkan orang Melayu berniaga,” katanya yang sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan jumlah jualan supaya harga barangan dapat dikekalkan.

Tidak hairanlah, di kilang ini para pelanggan boleh kelabu mata dengan variasi kerepek dan kuih-muih yang semuanya dijual dengan harga berpatutan.

Perniagaan Kerepek Ubi Kayu