Archive for January 24th, 2012

Budak sekolah kena denda | Kena denda di sekolah

Tuesday, January 24th, 2012

Budak sekolah kena denda? Memang pelbagai cerita alkisah denda di sekolah yang boleh anda ketahui dari kawan kawan satu sekolah mahupun kawan kawan lain sekolah. Pendek kata macam macam cara budak sekolah kena denda nih.

Dulu okay lagi jika kena denda di sekolah nih. Siap masam muka malu muka laa sebab kena denda. Namun demikian budak sekolah zaman sekarang pantang sikit kena denda … amuk tak sudahnya. Dendam meronta ronta dalam hati nurani. Sudahnya cikgu yang jadi mangsa…

Cerita bab denda nih pelbagai jenis ragam budak sekolah kena denda. Ada yang kena denda berdiri atas meja. Berdiri atas kerusi. Keliling padang bola pun budak sekolah kena denda. Penat woooo mau lari 10-20 pusingan aaaaaaa… Satu lagi kena jalan dari kelas ke kelas sambil sangkut kasut di tengkuk…. ada jugak denda camnih kena jalan jalan itik. Penat jugak laa nak kena jalan jalan itik nih… Denda kena menulis ayat kesalahan yang telah kita buat sehingga 1000 kali pun ada. Penatlah mau tulis semuanya sampai 1000 kali…

Kena rotan tu biasalah. Cikgu panggil dan terus kena rotan. Zzzappp! Kena rotan ditangan… Kena berdiri luar kelas tu biasa tengok laa…

Itu aje la sebahgian dari denda yang dikenakan meliputi pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh budak sekolah yang kena denda di sekolah.

Alkisah budak sekolah kena denda.