15 maut laluan sama dalam 3 hari

Ini adalah petikan dari akhbar tempatan berita harian

Bermula jumaat sehinggalah ke hari ketiga ahad? sebagaimana yang telah dilaporkan…

28 september ,29 september , dan 30 september.

“MARANG: Kurang 36 jam selepas 12 maut dalam dua nahas berasingan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan sejak petang Jumaat lalu, tiga sekeluarga pula menjadi korban dalam satu lagi kemalangan ngeri di laluan sama, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, buruh subkontraktor Petronas, Mohd Azlisyam Mohd Noor, 24; ibunya, Maimunah Ahmed, 52; dan adik bongsunya, Suriani, 18, maut apabila kereta mereka terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh lori dari arah bertentangan.

Kejadian di Kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Pasir Puteh, Merchang, dekat sini, itu berlaku ketika pemandu kereta berkenaan, Mohd Azlisyam, dari Kuala Terengganu dalam perjalanan ke rumahnya di Felda Kertih 3, Dungun.

Jumaat lalu, lima termasuk empat sekeluarga maut, manakala lima lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di selekoh Kampung Kelulut, Kilometer 24 laluan yang sama.

Kelmarin, tujuh terbunuh manakala empat cedera parah selepas van yang mereka naiki merempuh lori tangki yang berhenti di bahu jalan dekat Kilometer 44.5, jalan yang sama pada kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din, berkata kemalangan yang berlaku semalam menyebabkan kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa remuk dan terperosok di bawah lori.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori, Goh Chin Peng, 56, dari Shah Alam yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tidak cedera.

“Semua mangsa tersepit dan terpaksa dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat sebelum dihantar ke Felda Kertih 3 untuk urusan pengebumian.

petikan berita harian…

Takziah buat keluarga mangsa dan al-fatihah.

koleksi gambar dan video nurin jazlin : perginya penuh tragis

sekian terima kasih

(Visited 14 times, 1 visits today)

Tags: , ,

2 Responses to “15 maut laluan sama dalam 3 hari”

  1. vangardx says:

    skang dah start musim eksiden..yg semalam punya paper pasal bakal pengantin tu pun shahdu jgk 🙁

  2. […] maut kemalangan jalan raya dilaluan yang sama 3hari berturut-turut seperti yang dperkatakan oleh abdfatah. 3. Tak sempat menang buku? Ok kali nie hafreze kasi 10Gig hosting percuma untuk menulis mengenai […]

Leave a Reply

CommentLuv badge