
TURUT BERMINAT: Anakanda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Fatmatul Zaharah, 6, bergambar dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Faiz, semalam. -berita harian online
Eh eh eh. Mana satu nak tulis?
Gambar dr sheikh muzaffar angkasawan?
Mari kita belajar menda baru berkaitan angkasa lepas. Jika dah tahu boleh tambah lagi pengetahuan yang ada. Lebih baik belajar dari tidak tahu apa-apa atau tidak ambil tahu berkaitan angkasa lepas.
===================================================
Dr Sheikh Muszafar tidak pedulikan sindiran
Walaupun banyak pihak mengagumi dan memuji kejayaan angkasawan pertama Malaysia Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha namun terdengar juga suara sumbang yang mempertikaikan kebolehan beliau.
Ada pihak yang menggelar beliau sebagai pelancong angkasa lepas - seorang santis yang kurang berkelayakan, tetapi bernasib baik kerana berpeluang terbang dengan sebuah roket bersama angkasawan berpengalaman untuk berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Walaupun beliau sendiri mendengar komen yang menyakitkan hati ini, tetapi Dr Sheikh Muszaphar berkata beliau tidak mengambil hati mengenainya. –Bernama
=================================================
Banyak perkara lagi yang boleh anda pelajari berkaitan angkasa lepas dari apa yang dinamakan sebagai pelancong angkasa lepas oleh sesetengah orang. Biarpun hanya sepuluh hari ternyata impak maksimanya cukup ketara yang boleh anda perhatikan.
Rata-ratanya masih berbicara berkenaan pro dan kontra misi ke angkasa lepas dalam program angkasawan negara dari awal sehinggalah dr sheikh muszaphar pulang ke bumi dengan selamat.
Isu pelancong angkasa lepas barangkali menjadi topik yang cukup menarik lantaran program angkasawan negara yang dikatakan membazir dengan perbelanjaan sehingga RM95 juta? Menariknya di sini semua orang bercakap mengenai angkasawan dan mencari detik-detik kenangan gambar angkasawan tersebut saban hari. Komen juga tidak putus-putus. Tidak kiralah positif dan negatif. Ia adalah lumrah dalam kehidupan manusia.
Duit sudah dibelanjakan untuk program tersebut apatah lagi program latihan yang dijalani oleh mereka yang mahu ke angkasa lepas sebelum ini. Hanya dua orang sahaja yang terpilih dan satu berjaya ke angkasa lepas. Kira berbaloi jugak laa. Takkalah semua orang nak ke angkasa lepas?
Sediakan bajet yang secukupnya jika anda mahu menjadi pelancong angkasa lepas.
Sekiranya anda mahu mempelajari apa yang menarik berkenaan angkasawan negara lain pun boleh juga untuk menambah pengetahuan berkenaan pelancong angkasa lepas atau misi angkasa lepas. Dan kini anda boleh menjelajah ke angkasa lepas jika anda mahu. Anda juga boleh melihat apa yang telah dilihat oleh angkasawan Malaysia yang pertama tersebut dengan hanya menggunakan klik tetikus.
Bagaimana? Mudah aje. Pergilah jenguk apa yang ada di GOOGLE EARTH. Website : http://earth.google.com. Anda boleh mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan angkasa lepas. Selamat belajar berkenaan pelajaran angkasa lepas.
Apa yang lebih menarik lagi adalah gambaran berkaitan apa yang dilihat oleh dr sheikh muszaphar juga ada disediakan di sana.
Download jelajah angkasa lepas.
Sekian terima kasih.