30 Sep, 2007
10GB hosting punya contest dan telur goreng
Posted by: abdfatah In: sertai pertandingan
Assalamualaikum… apo khabar hari ini?
hari nak citer pasal telur goreng oleh sebol yang cukup popular dengan blognya yang perlu dipantau oleh kerajaan malaysia masa kini… lantaran peraduan telur goreng yang telah dianjurkan oleh beliau telah membuahkan hasil yang berpatutan kepada peserta peraduan telur goreng tersebut.
anda boleh menjengukkan diri anda ke blog sebol dengan telur gorengnya itu.
mungkin selepas ini ada cabaran untuk telur bakar pulak.
okeh… berbalik kepada peraduan yang sedang hangat dan cukup mengujakan kepada sesiapa yang ingin menyertainya.
di sini nak citer laa penangan 50GB…
eh mana ada 50GB haaa? hanya 10GB aje. banyak mana 10 GB kandungan hosting tu?
saya sekarang menggunakan kandungan minima 50MB aje dan pada masa akan datang kena tambah GB lagi nampaknya…
untuk mengelakkan pembuangan karan yang cukup berharga itu dari jengukan anda ke sini… saya ingin memperkatakan berkenaan peraduan tersebut.
citernya memang menarik sekali… ia dianjurkan oleh blog popular saudara hafreze. hari tu citer pasal domain name dan kini citer pasal hosting pulak.
beliau bercerita berkenaan 10GB percuma…
mak aih… nak bagi percuma 10GB hosting? berapa lama boleh menghuni 10GB tersebut? tentunya beruntung mereka yang dapat hosting percuma tersebut…
wokeh… katanya dengan bersyarat akan peraduan tersebut menghikayatkan oleh hafreze :
Anda boleh menjengahkan diri anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan untuk menang 10GB hosting yang dikatakan boleh memuatkan beberapa blog yang anda mahu muatkan dalam hosting tersebut dan apa-apa cerita yang anda mahu ceriterakan dalam pelbagai niche yang anda ingin wujudkan.
tetapi kalo nak lebih dari itu dah tentu kena bayar.
apohalpun dapatkan 10GB hosting itu terlebih dahulu dan mulakan apa jua perniagaan, citer kehidupan dan pelbagai rencah ragam kemanusiaan masa kini.
Win 10GB Hosting With 50MB Bandwidth anda boleh klik di garisan link tersebut.
tengoklah apa yang anda boleh buat dengan blog percuma dengan 10GB yang percuma tanpa sebarang kos yang maksima. maka secara tak langsungnya, impak maksima yang anda boleh perolehi dari 10GB hosting tanpa bayaran tersebut adalah…..
anda boleh berjimat sedikit sebanyaknya sebelum anda menggunakan domain anda sendiri atau hosting anda sendiri dan mengucapkan selamat tinggal kepada hosting percuma atau domain percuma yang anda dapat secara menang atau cari-carian sendiri.
huhuuuu…. bangang betul punya entire entry kali ini. bukannya dapat apa-apa pun. sekadar nak memeriahkan suasana hari raya yang bakal menjelang…
eh apa lagi? mintak maaflah kalo terasa boring dengan entry yang panjang lebar untuk kali ini. harap-harapnya takkan berputus asa untuk mengskrolnya sehingga habis. kalo taknak baca… live it alone… wuhuuuu…
dan citer seterusnya berkenaan satu blog lagi yang telah diwujudkan oleh beliau. nak tahu kisah selanjutnya yang menarik perhatian tersebut?
inilah dia citer yang dimaksudkan oleh beliau :
“BlinkBlog.net - When A Jerk Blog Become Famous. This blog will mainly talk about tips on our daily lifestyle, how to get free things, get cheap things, make money online, self improvement and more.”
banyak lagi citer yang hendak dibawakan oleh blog tersebut yang akan menjadi lebih femes dari blog beliau sendiri agaknya. huhuuuuu…
dari kunjungan pertama saya ke blog tersebut yang diberikan nama blinkblog.net mengandungi informasi yang berguna untuk beberapa lapisan masyarakat…
maka dengan rasminya secara sukarela telah dipaksakan untuk membuat trackback dengan tajuk yang cukup popular ketika ini iaitu berkaitan “blogging tips” dan telah mendapati bahawa blog tersebut akan menjadi popular sakan tak lama lagi dengan kandungan yang spesifik sebagaiman yang telah dihuraikan di atas tadi….
dari blog tersebut anda nak berjimatpun boleh tatkala anda kesunyian dari memiliki wang berkepul-kepul dalam kehidupan seharian.
boleh jugak tambah pendapatan… jimat maksima dan untungpun maksima… betul ke hafreze?
nampak menarik dan anda bakal disajikan dengan maklumat yang berguna untuk faedah masa depan blog anda atau sara hidup anda sekeluarga….
adesh… macam pernah dengar blogging tips tersebut. tapi tak sama la dengan apa yang ingin disampaikan dalam blog terbaru saudara hafreze tersebut……
oleh yang demikian rupa anda perlulah ke sana dengan kadar speed yang segera lagi pantas untuk merebut peluang keemasan itu….dengan penuh rasa keyakinan yang pasti untuk meraih hadiah menarik 10GB percuma dan ingatlah selamanya… kalo nak lebih lagi kena bayar laaa…
hihiiii… rasanya dah lari dari syarat yang telah ditetapkan oelh pihak penganjur… maaf banyak2 laa di hari baik bulan baik ini…
p/s : dan tahniah lantaran anda sudi membaca sehingga ke garisan penamat. hadiahnya adalah telur goreng di pasar ramadhan dengan modal anda sendiri yang tanggung…
p/s : maaf lantaran ambik masa terluang anda. sila pastikan berapa banyak minit yang telah anda gunakan untuk membaca entry ini…
ada apa-apa komen?
sekian terima kasih…










































































