Operasi menyelamat setiap hari?

Hari ini nak citer pasal kolum senyum simpol, sebb takder yang menarik yang hendak diperkatakan. Nak citer lebih gempak lagi anda kenalah dapatkan news dari google alert. Satu daripada sumber idea yang anda boleh gunakan untuk menulis dan cari duit dengan menulis blog yang semakin mendapat tempat di hati sanubari. Dan menulislah dengan ketajaman minda yang ekstrem.
Sekian terima kasih…
Eh, nak sambung citer kucing saya tadi. Apohal? Sudah tentulah citer si comel yang suka panjat tapi tak reti nak turun. Maka melompatlah ke atas bumbung rumah kononnya nak cari tikus. Tapi apakan daya beliau tidak dapat turun. Maka mengiauwlah ia di atas bumbung rumah setiap kali bertandang ke atas bumbung rumah. Sejak dua menjak nih aysik duk berperang dengan kucing comel saya la. Aduhai kucing punya pasal.
Nak tahu rupa dia macam mana? Rupa dia macam kucing comel yang duk dalam bakul di sini. sebijiklah dengan rupa dalam gambo tu. Hampeh betul. Makan dah ler banyak. Dah tentu guna duit banyak nak beli itu ini.
Bajet lari takper la asalkan jangan kelaparan kucing tu. Ia sebahagian dari sedekah jika anda berikan makanan kepada kucing dan juga haiwan lain. Sedekah berpanjangan selagi kucing itu masih hidup dan wujud di rumah kita.
Kucing di rumah saya? Dah silih berganti dah kucing yang datang. Hilang berganti-ganti. Pendek kata tugasan saya sebagai penggali kubur, untuk kucing ditanam tatkala meninggalnya kucing kesayangan. Maka tak dapat nak brperanglah, pastu datang yang lain pulak. hehe
Kerja part time jugak laa. Lagi ekstrem jika anda menjadi penggali kubur sebenar dan mengendalikan urusan jenazah setiap kali ada kematian.
Sebagaimana citer dalam majalah3 di tv3 yang diacarakan oleh alin redzuan. opss norzi pakwan chik berkenaan kerjaya pengurusan jenazah.
kredit info
Sekian terima kasih.

ktom says:
June 2nd, 2007 at 1:29 pm
Cerita pasal kucing ni cukup menyedihkan….ktom pernah bela kucing..ramailah jugak lebih kurang 7 ekor. Kami anak beranak memang sygkan kucing. Kucing tu ada yg datang sendiri, dan ada yg Ktom ambil jatuh longkang.
Pd satu ketika dulu memang ler kwsn rumah dan kdg2 tu si kucing ni melepaskan kat dlm rumah..tp dik sygkan kucing ,buat aje..tak kisah pun…tp yg jadi hal jiran sebelah rumah sampai hantar surat layang cakap bahawa kucing2 ktom melepas kat rumah dia, cakar kereta dia dan macam2. Cuba bygkan ….dah dia tu kucing nak buat cam mana? nak pukul dia, nak bunuh dia?Hmmm…betul2 tak berhati perut le dia org ni….lepas tu ktom tak bela lagi…kucing2 yg ada semuanya pi lepaskan di kawasan pasar (sbb tempat tu ramai org buang sisa makanan, jd kucing tak laparlah) jadi sampai skrg pun ktom tak bela kucing lagi…malaslah biarpun hati ni nak sgt memeliharanya.
Begitulah..alkisahnya…