hidup mesti diteruskan
Monday, July 16, 2007 1:32inilah sebuah kehidupan selagi hayat masih ada.
Inilah kehidupan yang perlu diteruskan. Hanya ini sahaja yang ada untuk ke mana-mana. Siapa yang nak peduli lagi. Selagi boleh bayar lesennya. selagi boleh bayar cukai jalannya. Selagi hayat masih ada.
Anda rasa zaman bila lagi kereta tersebut? Zaman sebelum merdeka lagi ke? Negara dah 50 tahun sambutan merdeka dan beliau tetap kool dengan kereta antiknya itu… Lagi kool jika beliau menjadi jutawan merdeka tm. ATAU bakal pemenang iklan merdeka petronas…?
Jika demikian rupa hayatnya. Bagaimanakah caranya beliau nak menukar kepada wajah kehidupan yang lebih selesa lagi? Adakah kita mahu berada dalam suasana begitu selamanya?
Saya rasa ada lagi kot kenderaan yang lebih usang dari itu? Mari kita jenguk apakah gerangannya kereta yang anda miliki? Semuanya lengkap?
Baguslah kerana anda mempunyai kenderaan yang bernama kereta yang selesa…
pssst…. saya ada motor yang takder lampu dan juga kepala motor yang tinggal rangka je… lampu depan terkopak tanpa sebarang wajahnya… wuhahhaha…
















































































