Jumaat : 19
Seminggu hari raya?
Kalo yang cuti lama tu dah tentu ramai yang berehat panjang dari hiruk pikuk kotaraya yang begitu sibuk mengejar masa. Maka raya sakan membolehkan anda berehat dengan sewajarnya untuk berjumpa sanak-saudara dan handai taulan.. namun bajet dah ciput kena usahalah kembali buat kerja yang mana patut untuk mengisi kembali kantung yang kering itu…
Biarpun raya sakan dengan kesibukan yang maksima apabila berada di jalan raya yang berpusu-pusu dengan kenderaan yang tidak putus-putus memang meletihkan minda dan badan yang sedia letih itu. Nama lagi memandu di jalanan yang sibuk dengan pelbagai jenis kerenah manusia dan ragam kenderaan.
Kalo hilang sabar lain citer jadinya pulok…. Alahai cuti raya. Nak raya sakan lain citer pulok jadinya…
Puasa sebulan, raya pun dah tentu sebulan jugak dengan beberapa program yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang berkenaan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan di hari raya yang mulia ini.
bantuan kebajikan tetap perlu dibuat untuk meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.
sekian terima kasih

Popularity: 2% [?]

nway selamat ari raya.. maaf zahir batin