Jualan mega! Komputer baru dan berjenama!
mestinya dah ada sorang satu…? ataupun dua tiga bijik kat rumah?
Bukan komputer daaa… tetapi orang panggil laptop meletop. Baru punya laptop. Beli kat mana? Beli kat pasar malam aje. Komputer laa namanya. ada yang panggil tv ? Komputer pasar lambak atau Komputer pasar malam. Eh mana ada orang jual komputer kat pasar malam haaa…?
Berapa harga? Harga pasaran sudah tentunya. Laptop baru wooooo…. Takder gerenti dan takder pelekat jenama sirim? Eh kena ada pelekat jenama sirim ke?
Memang tiada jaminan dari sirim sekiranya anda membeli komputer atau laptop dari syarikat yang entah dari mana kewujudannya apatah lagi dari sendikit berkomplot.. Dan jawapannya anda akan menjadi mangsa komplot puter songlap ngetop.
Eh faham ke apa citer yang berbangkit di sini?
Itulah dia KOMPUTER terpakai yang terselindung disebalik jenama baru. Nampaknya anda yang pergi ke PC FAIR atau mana-mana jualan mega sales komputer selepas ini kena berhati-hati dan membuat persediaan yang secukupnya untuk memerangkap mereka yang membuat masalah dengan penipuan komputer terpakai sedemikian rupa.
Jangan sekadar nak melihat jenama dan terus sambar satu….! Banyak lagi aspek yang perlu kita titikberatkan dalam urusan jual beli terutama dengan servis lepas kaki tangan jualan dan bukannya sekadar jualan langsung gitu-gitu aje.
Segalanya perlu diselidik biarpun masa terhad. Kita perlu tahu pemilik syarikat yang sebenar dan juga lokasi syarikat yang membuat jualan agar dapat membuat tindakan susulan untuk sebarang urusan yang berbangkit. Kalo dah rugi sakan gitu mana lagi nak cari ganti duit yang siap sedia untuk kegunaan harian lantaran untuk mendapatkan computer recycle bin terpakai tersebut?
Depa punya sendikit nih memang pandai mengambil kesempatan dari pesta-pesta jualan komputer sedemikian rupa. Kalo jualan kat PC Fair tak tau lagi camner penangannya. Sambutannya cukup hangat dan meriah sekali. Lagi pun lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga.
Kepada mereka yang dah ada laptop baru yang berjenama diharapnya mengambil perhatian serius dengan sewajarnya. RM2,000 sehingga RM3,000 kepada seseorang mahasiswa adalah terlalu banyak untuk dileburkan begitu sahaja sekadar untuk membeli komputer yang rosak.
Pepandai aje laa derang nih hambik kesempatan nak menipoo dengan jualan komputer yang usang tersebut.











































































