Resepi Kurma Goreng

Kurma dah tentunya menjadi pilihan ramai dari negara timur tengah. Arab saudi ke, iran ke, mesir ke dan mana2 negara pengeluar kurma dunia untuk eskport dan import. Rasanya kat timur tengah aje aaaa yang popular. Kalo kat malaysia pokok kurma boleh tumbuh dan boleh berbuah jugak…

carigold

Hari ni nak citer laa pasal resepi kurma goreng. Kenapa dengan kurma goreng? Sudah tentunya anda boleh buat duit dengan kurma goreng selain dari membuat jualan secara biasa sekilo dua kilo yang mencecah harga yang berpatutan. Selain dari jualan biasa tersebut sudah tentunya buah korma ini popular dengan produk jus kurma sehingga popular dengan jenama jus korma genius. Tak gitu…? Boleh try cari ler kenapa jus kurma genius tersebut semakin popular…

Berkenaan cara membuat kurma goreng tersebut apa yang perlu anda lakukan adalah menggorengnya dengan cara biasa sebijik sebijik dengan mengeluarkan bijik kurma yang ada itu. Kalo nak goreng dengan bijik pun takder masalah ler… Gorengannya macam biasalah sebagaimana cara anda menggoreng pisang atau menggoreng cempedak… (kena tanya ler tokei cempedak yang sambut merdeka baru baru ini ..). Jangan digoreng dengan serbuk garam kunyit sebagaimana cara meggoreng ayam dah ler…

Nak lebih segera habiskan kurma yang berlambak dek kerana mereka yang takder gigi pulak camner? Maka alkisahnya dikhususkan untuk pakcik makcik yang tak boleh nak makan kurma yang sedikit keras katanya. Tak lut nak makan… maka cara alternatifnya adalah dengan mengisar buah kurma tersebut dengan blender yakni mesin pengisar buah… tatkala sudah sebati maka dicampurkan ke dalam adunan tepung secukup rasanya. Kemudian gorenglah ia. Begitulah cara untuk membuat kurma goreng.

Maka mulakanlah operasi menggoreng seperti biasa dengan penuh komitmennya… kemudian siap ler apa yang dinamakan sebagai jemput-jemput kurma. Mesti sedapkan kan kan kan kan…?

diaryoflinasarawak.blogspot.com

Cara biasa yang boleh dibuat adalah menghasilkan adunan kurma mesin tersebut dalam rupabentuk doh  kecil sebijik-sebijik. Kemudian gorenglah adunan kurma yang telah dimesin tersebut. Kalo buat jemput-jemput kurma anda perlu campurkan sekali kurma tersebut dengan adunan tepung ler sebagaimana cara di atas…

Khasiat kurma

Kurma goreng biasa.

Resepi kurma goreng.

Pokok kurma berbuah di Kuala Kurau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: unranked [?]

Share
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Resepi Kurma Goreng”

  1. sehingga hari ini aku masih belum menjamah walau sebiji kurma lagi. adesss

  2. abdfatah says:

    kenapa dan kenapa kenapa?

  3. samdaddycool says:

    aku bersimpati dgn ko syam…

  4. Afzai Afandi says:

    kurma keluaran Yusof Tayyub memang best :)

  5. Alindi says:

    Pernah dengar kacang kurma? Itu makanan favorite keluargaku waktu buka puasa. Delicious!

  6. titan says:

    kene letak tepung la yek? Aku tak terfikir plak kita leh goreng kurma nih..cam wat jemput-jemput ke?

  7. nuaeman says:

    Dulu-dulu kat kampung mak aku selalu buatkan jemput-jemput kurma nih

  8. abdfatah says:

    boleh cuba try test… kalo best dan ramai orang suka boleh buat kempen promosi bazaar ramadhan…

  9. Rjuna says:

    bukan ke yg tengah popular skang ChocoDate (coklat kurma)

    huhu harga dalam rm20 satu bungkusan huhu

  10. abdfatah says:

    yang itu pun memang popular jugak…

  11. maisarah148 says:

    :shock: macam pernah buat masa nak buka posa dulu, maleh nak p kedai tengok petiais ada sekotak korma apalagi akak buatlah korma goreng. macam goreng jemput jemput bawang cuma no bawang ente tarok kurma, anak anak minat, sedap katanya. setiap bulan ramadan anak ingatkan akak buat jemput jemput korma sikit tapi nak buat lagi macam takut takut apa taknya, meletup letup, api dia kencang kot? :wink:

Leave a Reply