Sms dan Menang RM50,000 | Bongkar Penipuan SMS
Tuesday, September 9, 2008 10:43Kali ini saya ingin memberikan maklumat berkaitan PENIPUAN LICIK SMS yang bakal membuka mata dan minda anda agar berhati-hati dengan taktik dan tipu helah melalui sms yang perlu anda tahu. Jika anda tidak tahu bermakna anda sedang menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.
Boleh download dan dapat duit ke? Takkan ler download leh dapat sehingga rm50,000. Kalo citer sms tu lain ler. Sms dan Menang rm50,000 dari tawaran hadiah lumayan. Siapa yang tak teruja… Terus aje tangkap muat nak dapatkan jugak hadiah tersebut…. namun jangan mudah terpedaya dengan apa jua tawaran menarik dari sms. Siasat dahulu kesahihannya….
Orang kata jangan…. jangan…. jangan…. jangan terpedaya… tipoo aje tu. degil jugak jadinya.
Pernah dengar dan mendapat berita mereka yang tertipu dengan peraduan dari petronas secara sms? Menang ribuan ringgit dengan AFUNDI dan hantar ke nombor berkenaan. Kemudian pula datang lagi tawaran menarik menang dan menang duit ribu-ribu. Simkad anda menang hadiah dari celcom ler dari maxis ler. Berapa banyak duit mahu diberi kepada ramai orang sehingga beribu-ribu dengan cara penipuan sedemikian rupa?
Kawan saya dapat peraduan sms petronas. Adik saya menang hadiah untuk kad prepaidnya. Depa cukup teruja sebab dah dapat hadiah percuma tersebut. Begitu beriya-iya nak membalas sms dan bertanya macam mana nak dapatkan hadiah tersebut. Banyak jugak menang hadiah tuuu… ribu-ribu wooooo. Siapa yang nak bagi?
Laporan dari akhbar2 tempatan jugak tidak kurang menariknya berkenaan mereka yang mengadu tertipu dengan taktik PENIPUAN SMS tersebut. Mereka yang tertipoo sebab tak tahu mereka sedang diperangkap dengan jayanya dengan tawaran yang lumayan tersebut. Maka jangan biarkan diri anda menjadi mangsa yang seterusnya.
Apa lagi meh kita download report percuma ini dengan segera kemudian sms dan Menang RM50,000. ( jangan terpedaya…)


















































































azwan says:
September 9th, 2008 at 12:51 pm
download kena register ke?
malas aku, byk sgt dah spam mail ni, yang ni the best lah, yang tu the best lah, semuanya nak memerah duit aku
dr.oracle says:
September 9th, 2008 at 5:48 pm
kadang2 ko baca sms tue pun dah tau dah die nak try scam. Kalo sms tue too good to be true dah sah la scam. HUhu, tue prinsip aku..
Alindi says:
September 11th, 2008 at 10:26 am
In my country, musim penipuan macam begini sudah lama…Sekarang, orang sudah lebih pintar. Mereka tak mudah percaya lagi. Thanks for reminding anyway…
emme says:
September 11th, 2008 at 4:43 pm
Bila orang indonesia sudah pandai, para scammer ni datang Malaysia pula…
titan says:
September 12th, 2008 at 2:53 pm
dah download. Hehe. bende2 scam ni memang kene hati-hati sket maa..