sambutan aidilfitri

Sabtu : 13

Gema takbir di hari raya, menyambut syawal bulan mulia, bersyukur insan kepada Yang Esa.

Oh hari raya telah tiba, ramai-ramai kita solat sunat aidilfitri dan kemudian dengar ceramah hari raya tu, jangan terus balik gitu sahaja. Lepas tu kita dah tentunya akan membuat kunjungan ke rumah sanak-saudara kita yang terdekat ataupun menyambut tetamu yang datang berkunjung.

Masa inilah kita boleh sediakan apa yang patut untuk hidangan tetamu yang berkunjung. Beraya sakan laa katakana. Jika hari lain memang susah laa nak dapatkan kuih muih biskut raya atau apa-apa hidangan ringkas untuk tetamu. Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan raya sakan ini untuk makan-makan dan bermaafan antara satu sama lain.

Mereka yang merempit pulok, jaga-jaga jangan nak merempit dan menyusahkan orang pulok. Tak pasal-pasal nanti tinggal nostalgia laa pulok.

Lepas dah beraya sakan tu, jangan lupa mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Inilah bab yang sedih gundah gulana nih. Sama-sama laa kita pergi menziarah kubur sanak-saudara yang telah tiada lagi di sisi kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-fatihah. Amin!

Sekian terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

Share
rehat minda

2 comments


  1. Selamat Hari Raya
    Maaf zahir dan batin jika terkasar bahasa selama ni :)

  2. yea selamat hari raya… maafkan salah dan yang tersilap. dan maafkan semua orang sebelum kamu tidur akan tidur dapat lena dengan tenang… hihiii..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>