kenapa dengan pesta tag merdeka 50?

Kali ini kena tag yang entah ke berapa kali dah. Setakat ini belum tahu lagi penangan keberkesanan tag yang telah dibuat sebelum ini.

Maka pesta tag kali ini adalah bernama Pesta Tag Merdeka oleh Labanon. Siapa lagi jika bukan tokei kedai jomberniaga.com yang meriah dengan sambutan kemerdekaan ke 50

Inilah dia alkisahnya akan peraturan yang telah ditetapkan sebagai syarat penyertaan Pesta Tag Merdeka 50 :

1) Anda perlu tag 5 orang bloggers yang berkenan di hati

2) Pastikan terlebih panjang sedikit akan posting yang hendak dibuat.

Dengan tanpa berlengah masa yang semakin pantas menghampiri hari bersejarah tersebut biarpun terpaksa meluangkan masa untuk berpesta tag dengan girangnya…

Kenapa soalan itu yang anda tanya? Soalannya berbunyi begini… Kenapa anda berbangga lahir di bumi Malaysia? dan soalan keduanya kenapa anda sepatutnya cukup bersyukur berada dibumi Malaysia ini tatkala menyambut merdeka?

Atau sekadar cukup-cukup makan sahaja untuk bersyukur malahan terlebih membazir lantaran tidak bersyukur? Eh tidak bersyukurpun ada? Eh mana buktinya…? Nak tahu kena google aje laaa…

Bagaimana jawabnya? Jawabnya cukup mudah. Ini kerana Malaysia bebas dari cengkaman penjajah.

Maka bersyukurlah anda dengan limpah dan rahmat dari Yang Maha Kuasa dapat hidup bertapak di bumi Malaysia dan beribadat dengan penuh aman.

Boleh buat blog dengan jayanya.

Boleh menjelajah negara dengan pakej cuti-cuti Malaysia.

Boleh menjalankan aktiviti perniagaan dengan selesa.

Boleh mengenali pelbagai kebudayaan yang ada di Malaysia.

Bersediakah anda untuk penyertaan Pesta Tag Merdeka kali ini? di sini saya menyerahkan kembali tag ini kepada 5 bloggers yang lain dan bertanyakan soklan berkenaan kenapa anda berbangga yang amat dan cukup bersyukur menjadi rakyat Malaysia?

Mereka yang tersenarai :

1) Nagamadu

2) Rjuna

3) Azharahmad

4) Shutterspeaks

5) Piasau

Sekian terima kasih…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

Share
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “kenapa dengan pesta tag merdeka 50?”

  1. Labanon says:

    Hehe bersemangat tuw :D

  2. piasau says:

    Wah, aku kena tag.Hahaha.Ok, aku uruskan kemudian.Jangan susah… Hehehe/// :)

  3. [...] Memang perancangan nak ‘post’kan berkaitan kemerdekaan negara bila hampir masanya tetapi tengok2 ada pula rakan yang telah menge’tag’ blog nagamadu nih. siapa lagi ..Bro AbdFatah kita la.. [...]

  4. kenapakah trackback aku x masuk lagi neh..

    aku tgh menjawab tag ini dgn jayanya ;-)

  5. abdfatah says:

    eh eh kenapa yer… kenapa takder trackback pulok… kena tunggu giliran agaknya…

  6. [...] melihat blog aku ini, hoho jangan lah begitu abang dan adik manis, aku kena lunaskan tag ni, karang si penghantar tag memandang serong seraya memuncung mulutnya terhadap ku [...]

  7. [...] ini asal usulnya daripada Labanon. Ianya telah di‘pass’kan ke AbdFatah dan seterusnya  ke Shutterspeaks sebelum sampai kepada saya. Saya mohon restu daripada Labanon [...]

Leave a Reply