Cerita berkenaan asam gelugur

untitledg.JPG

Hari ini cerita pasal asam gelugur yang berkaitan juga dengan perniagaan dan cari duit dengan asam gelugur. Tahun ini memang dikatakan hasil yang lumayan lebatnya buah-buahan yang bernama asam gelugur tersebut. Maklumlah pokoknya tinggi segagah bangunan 10 tingkat.

Buahnya cukup lebat sekali untuk tahun ini. Setiap hari kerjanya menghiris asam gelugur untuk dijemur. Asam gelugur nih digunakan dalam masakan laa. Orang yang pandai memasak memang tahu laa apa itu asam gelugur. Bukan asam jawa tau…

Kalo hujan memang sensitif. Kalo kena hujan tatkala menjemurnya memang takleh nak buat apa dah. Maka sekali nak hujan, ketika itu jugaklah berkejaran untuk mengangkatnya dari terkena hujan lebat. Dan setiap kali itu jugalah pesanan demi pesanan agar “Angkat asam kalo nak hujan”. “Hiris asam gelugur”. “Jemur asam”

Adesh… nak menghirisnya satu hal. Jemur satu hal. Angkat dari kehujanan satu hal. Namun hasilnya dah tentu boleh dijual di pasaran secara sambilan. Bukan sahaja asam keping yang kering itu mendapat sambutan, bahkan buah asam itu sendiri ada yang hendak membelinya. Kalo di pasaran 2 bijik berapa entahnya harganya. Itu baru sebijik dua. Sekilo dua dah tentu ada permintaannya.

Anda tentu dah biasa membeli asam keeping untuk masakan. Jadi, jangan lupakan asam keping tatkala anda memasak gulai kegemaran anda.

Kepada mereka yang mempunyai berat badan, boleh cuba tengok apa yang boleh asam gelugur bantu anda.

cerita tambahan asam gelugur 

kutipan gambo :

www.eatingasia.typepad.com/eatingasia/2006/12/it_would_be_a_s.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

Share
rehat minda

10 comments


  1. asam gelugur,
    tanpa mu asam pedas ku tiada bisa
    kehilanganmu buatku terasa
    kehadiranmu membakar dan membara
    dikala sunyi itu kau muncul dan tiada
    mujur tak pernah kerajaan naikkan harga
    :mrgreen:

    ps: saje2 test nak bersajak

  2. Actually ada kawan saya yang buat biz,asam gelugur… dia supply asam kat mydin.. hulu ke hilir cari asam..

    Bukan asam je dia buat,mcm²..misai kucing ape la.. :lol:

    Dia ni otak marketing skit..semua nak jual..Buah asam pun dia nak sebab ada kilang nak buat air asam..

    Dulu kene gan TM NET pastu berenti wat kene marketing produk herba & pertanian.

  3. rubiah

    Dimana nak beli buah asam yg fresh ..nak bis asam keping..tlog

  4. YOOOO

    XDE KE ASAM GELUGOR NI DI BUAT SECAR KOMERSIAL???????
    TLG LA JAWAB……… :sad: :sad:

  5. err… kena tanya google laa kalo ada yang buat cara online… hehhe :mrgreen:

  6. bleh cari maklumat berkenaan asam gelugur kat pejabat pertanian… cuba try aaaa tanya. boleh buat biz secara sambilan untuk mereka yang mahu mendapatkan asam gelugur dengan jenama yang tersendiri…

  7. azizi

    sesiapa yang ingin membeli asam gelugur (buah) boleh hubungi saya. Anda boleh cuba menghasilkan asam gelugur sendiri ternyata bersih dan suci

  8. shiba

    sesiapa nak beli asam keping @ asam glugor, blh contact saya kat no 0196951005

  9. Salam…nk tanya harga terkini asam gelugur 1kg bape???

  10. Razlan

    Saya berminat mendapatkan buah asam gelugur.Sila hubungi saya 017-5007064

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>