Tercari-cari lokasi sesuai nak tambah duit sampingan?
Cuti sekolah aje dah tentu ramai yang akan membuat perancangan nak ke mana-mana atau mereka yang akan merancang untuk mengadakan majlis kawen. Masa nih dah tentu ramai yang sibuk dengan urusan masing-masing. Terkejar sana-sini yer tak?
Dari situ anda juga boleh memikirkan apakah caranya untuk cari duit lebih tatkala cuti sekolah bermula. Sempena cuti-cuti malaysia 2007 ini dah tentu banyak tempat yang mungkin anda akan kunjungi lebih-lebih lagi mereka yang akan menerima kenaikan gaji yang pertama akan datang.
Seronoknya dapat gaji…
Itupun bagi mereka yang ada bajet dan membuat perancangan untuk bercuti ke mana-mana destinasi pilihan dengan perancangan yang rapi.
Kebanyakannya yang dah ambik cuti atau musim cuti sekolah kebiasaannya ke mana yer? Salah satu tempatnya adalah lokasi kepantaian? Kepantaian? Aduhai apa kebenda kepantaian pulak? Pantai peranginan daaaa…
Apa citer cari duit dengan cuti sekolah? Dah tentu boleh cari duit dengan cuti sekolah. Ramai yang akan berkelah tepi pantai melepaskan penat lelah bekerja sepanjang hari. Cikgu sekolah pun bukannya dapat cuti sekolah. Anda yang dapat cuti dah tentu akan ke lokasi tersebut tambahan pulak jika ada festival layang-layang.
Bila? Di mana?
Ia bertarikh pada : 25 hingga 29 mei 2007
Lokasi : Pantai Seri Tujuh, Tumpat.
Dengan permainan tradisional layang-layang tersebut ler anda boleh cari duit secara sambilan di festival tersebut. Hari-hari biasa pun dah tentu sentiasa ada. Dengan sedikit kreativiti yang menarik anda akan dapat melihat layang-layang yang berubah wajah dengan pelbagai bentuk layang-layang yang kiut dan comel terbentang di ruang angkasa.
Lepas nih agak-agaknya boleh jual layang-layang cara online pulak. Ia bergantung kepada kreativiti anda bagaimana nak laksanakan idea jualan layang-layang tersebut. Memang meriah sungguh dengan pelbagai gelagat layang-layang yang pelbagai rupa…
Layang-layang saya?

Inilah rupanya layang-layang saya yang biasa saya buat. Seronok bukan main dapat buat layang-layang macam nih. Berlari-lari sampai penat. Hanya layang-layang tu mengekor dari belakang je setiap kali berlari-lari. Dapat main jugak ler masa kecik-kecik dulu… wahahha….
Selamat cuti-cuti malaysia dan moga dapat cari duit lebih musim cuti sekolah dengan berjualan permainan tradisional layang-layang di pantai peranginan popular.
Kreativiti layang-layang untuk blog?
Bagaimana nak buat? Dah tentu anda akan terpesona dan tergelak sakan tengok layang-layang yang pelbagai gelagat. Nama lagi festival layang-layang. Takkan nak buat semua layang-layang sebijik je dengan yang sorang lagi punya. Yer tak?
nak tengok layang-layang?
sekian terima kasih.

Popularity: 2% [?]
SAYA BERMAIN LAYANG-LAYANG
saya suka beli layang-layang