-
-

ahahaaa… tahu tak tahuuu?

Monday, August 27, 2007 12:33
Posted in category rehat minda

Tag merdeka sudah selesai. Tag pelik dan ajaib dah selesai. Ada lagi tag yang tak sampai ke tangan saya nih…

Dan kini tag tahukah anda?

Maka untuk sesi rehat minda kali ini akan memperkatakan sejauh manakah tag ini akan bergerak perjalanannya..

Dari itu saya mulakannya TAG dari blog noorizamshah yang telah ditag oleh alang dengan gaya yang cukup sempoi.

Untuk menyelesaikan tugasan tag menge-tag ini, maka saya dengan ini akan menulis 5 perkara yang anda akan ketahui sebentar lagi…

Kisahnya begini :

1. Berkenaan laman web saya

Laman web pertama saya adalah berkenaan produk jualan secara pos. Namun demikian website tersebut hanyalah website percuma sahaja untuk saya mencuba perniagaan secara internet. Namun ia tidak begitu menghasilkan apa-apa lantaran ia adalah peringkat cuba-cuba pada tahun 2000. Dari situ saya mulakan sedikit demi sedikit dengan blog percuma. Coretan yang entah apa-apa. Dan kini saya setia dengan wordpress yang bergelar www.abdfatah.com

2. saya suka menulis

Kalo nak cerita pasal menulis, memang saya suka menulis sejak dari sekolah rendah lagi dan target saya memang nak jadi penulis sepenuh masa buat masa ini. KARYAWAN memang dah ada dalam target masa depan masa sekolah doluu2. Karya penulisan saya yang keluar dalam suratkhabar adalah di dalam ruangan forum utusan malaysia. (hek eleh bahgian surat laaa, sapo pun bleh hantar…). Kemudian dapat duit melalui penulisan dari RTM. Ingat tak, rancangan remaja angkasapuri beberapa tahun lepas. Saya adalah antara yang memberikan pendapat berkenaan program remaja tersebut. Pendapat remaja lain pun bagus jugak. Lepas tu kengkawan saya berminat nak tulis pendapat juga. Hahaa menulis dan dapat duit… gembira sakan laa. Bukan duit je dapat, buku2 sumbangan dari DBP pun dapat. Namun tulisan dalam blog saya lintang pukang. DBP pun akan marah dan melenting… wuahahahaa…

3. handphone saya?

Handphone pertama saya adalah jenis nokia dan paling kelakar sekali mula-mula dapat handphone tak tau kredit tu apa kebenda. Betapa gelisahnya duk mikir pasal tempoh had penggunaan akan tamat, saya reload banyak2. Namun ia tetap tidak berubah. Sama je sehingga 30 hari… kelakar,kan? Selepas itu handphone tersebut kena kebas dek orang penyangak lantaran saya berada di rumah dan handphone tersebut berada di kolompo. Adik saya yang hambik dengan cara tukar beli. Terkini handphone saya takder line dan takleh guna sebab bateri dah jem, namun income still masyuuuuuk dengan mymode sekitar 10 hinggit seminggu… dapat lebih nanti bleh beli serupo dengan shuth. Bleh online di mana juaaaaa….

4. perancangan saya di internet

Buat masa ini belum ada apa-apa perancangan lagi nak kuarkan produk dan berjualan melalui internet. Setakat ini banyak dengan program affiliate sahaja. Nak kuar ebook kena tahu pasaraan semasa, dan juga permintaan berkenaan ebook apa yang hendak dikeluarkan… buat masa ini cara yang lebih baik adalah belajar dahulu selok belok berkenaan perniagaan dan perjalanan urusniaga internet.

5. pendapatan saya…?

Kalo untung banyak, banyaklah dapat. Kalo tak untung banyak memang tak dapat apa-apa laaa. Setakat ini pendapatan dengan blog saya tak ada laa lumayan sangat. Kalo dapat yang lumayan memang bersyukurlah yang teramat sangat. Itulah dia cerita yang bernama perniagaan… ada untung dan ada rugi…

sekian terima kasih.

Selesai sudah TAG saya untuk mereka yang nak ketahui berkenaan 5 perkara yang tersebut. Anda pula bagaimana?

Maka dengan ini saya dengan secara suka-cita ingin memaklumkan kepada mereka yang terlibat dan menyerahkan TAG seterusnya kepada senarai berikut :

1. zuhairy

2. arejae

3. rasso

4. fendyzaiden

5. princeq


Jangan marah yer… beginilah dia namanya tag menge-tag member2 punya blog …

penyerahan tugasan tag oleh :

Diperkenalkan khas oleh : mohdsuhaimy

>> alang (szab network) >>> noorizamshah

Dapatkan Info Percuma Terus Ke Emel anda
Sila register untuk mendapatkan info terkini ekslusif terus ke email anda. 
Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder
Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • BarraPunto
  • BlogMemes
  • BlogMemes Cn
  • BlogMemes Fr
  • BlogMemes Jp
  • BlogMemes Sp
  • Blogsvine
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • description
  • Bumpzee
  • Digg
  • description
  • description
  • eKudos
  • Facebook
  • Fleck
  • Global Grind
  • Google
  • Gwar
  • Haohao
  • HealthRanker
  • Hemidemi
  • IndianPad
  • Internetmedia
  • laaik.it
  • LinkArena
  • Linkter
  • Meneame
  • MisterWong
  • MisterWong.DE
  • Mixx
  • MyShare
  • N4G
  • NuJIJ
  • PlugIM
  • ppnow
  • Propeller
  • Rec6
  • Scoopeo
  • Segnalo
  • Slashdot
  • Socialogs
  • SphereIt
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Technorati
  • ThisNext
  • TwitThis
  • Webnews.de
  • Webride
  • Wikio
  • Wikio FR
  • Wykop
  • Xerpi
  • Yigg
  • blinkbits
  • Bitacoras.com
  • Blogosphere News
  • connotea

You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “ahahaaa… tahu tak tahuuu?”

  1. arejae says:

    August 27th, 2007 at 1:07 pm

    adehh…kena tag lar pulak.susah nie. ehehe..nnt kawe jawab lar tuan rumah deh.

    p/s: sudoh kijo kawe..dok tahu kawe nok tag ko sapo lepas nie.

  2. shah says:

    August 27th, 2007 at 2:35 pm

    wah wah wah…camni noh rupa tag…aku masih lagi blerrrr

  3. abdfatah says:

    August 27th, 2007 at 2:41 pm

    produk mail order tu saya kutip dari iklan suratkabau laaa yang dok promote dalam tabloid. dan sehingga kini iklan2 tersebut masih setia menanti pengirim sampul dan setemnya… wuahahahaha… laku juga dua tiga ketul…

  4. ktom says:

    August 27th, 2007 at 5:44 pm

    Hehehe..tag jangan tak tag..

    Rupanya dah lama abdfatah dlm bidang ni ( sejak 2000 lagi ). Ni mesti dah byk ilmu nih….kongsi ler jgn tak kongsi pulak…lebih2 lagi dgn Ktom ni…nama je tinggal berdekatan tp muka tak pernah kenal, suara tak pernah dengar…..hehehe cam mana ni?

    Ktom pun berpendapat cam awak juga, belajar dulu selok belok ebiz ni….tp yang pastinya ebiz bukan senang seperti kita buat perniagaan offline.

    Good luck dik…

  5. Afzai Afandi says:

    August 27th, 2007 at 6:29 pm

    takper bro,sikit lama lagi lumayan lah tu pendapatan dr blog.. :smile: bak kata pepatah bersakit2 dahulu,bersenang2 kemudian.

    bukan senang nak kena tag ni, bila dah kena tag maknanya ngko glamourlah kat dunia maya ni :???:

  6. abdfatah says:

    August 27th, 2007 at 6:44 pm

    ahahaaa… tolong mengfemeskan orang lain ada laaa… hihiiii…

  7. abdfatah says:

    August 27th, 2007 at 6:51 pm

    tahun 2000 aje laa secara suka-suka dengan website free dan selepas itu sibuk memburu peluang offline. belanja sakan jugak laa dengan duit setem dan juga sampul surat… entah apa2 laa yang saya buru berkenaan peluang buat duit offline tu..

    banyak pelajaran dan pengalaman yang boleh diambil dari situ… hilang duit cara pos pun bukan calang2 jugak laaa… pendek kata rugi sakan laaa.

    ayoyoooo…. manyak rugi wooooo!

  8. MHarizDotCom says:

    August 28th, 2007 at 9:27 am

    Terima kasih laa kerana berminat dengan gambar Hariz tu, 4 -5 keping pun di izinkan ambil, saya dah linkkan blog Abd Fatah dalam blog MHariz.com tu tanpa meminta kebenaran… harap ok laaa kot .. Ore Kelate koo…. Ayah Hariz dari Ketereh tapi mak orang Pahang …tapi Hariz layak mendapat status Anak Kelantan.Terima kasih kerana promote blog Hariz tu ….

  9. abdfatah says:

    August 28th, 2007 at 9:46 am

    tak publish lagi. saya guna skrinshot aje… ada laa buat review sikit2… review yang tak seberapa…

    meh ramai2 kita tag merdeka 50 to mhariz sapo2 yang mahu tag…

Leave a Reply

Theme Distributed by Diet Plans and How to Pass a Drug Test