13

ramadhan yang berlalu

Posted by abdfatah on October 8, 2007 in Bicara semasa, Pedoman |

assalamualaikum…

Ramadhan akan berlalu. Ramadhan yang akan dirindui oleh mereka yang menikmati keindahan bulan Ramdhan tersebut. Ramadhan akan dirindui lantaran pahala yang berlipatkaliganda. Hanya sekali dalam setahun. Penghulu segala bulan…

Anda akan mendapati terawih dalam bulan ramadhan. jika ada yang buat terawih selepas ramadhan memang ada yang tak kena… mana ada terawih bulan lain…?

Ramadhan yang dirindui…

Pada bulan ramadhan yang sebulan itu suara ibu-bapa adik kakak melaungkan sahur! Sahur dengan jayanya setiap kali membangunkan rakyat jelata yang ada untuk bersahur… Ada juga yang terlepas sahur. Tidak kisah sahur. Rasa berbeza antara puasa orang dewasa dan orang kanak-kanak sebagaimana cerita upin dan ipin yang mendapat sambutan terhangat masa kini.

Kemudian kita perolehi lagi dalam bulan ramadhan ini adalah bazar Ramadhan yang setiap kali ramadhan datang menjelma, maka menjelma jua mereka yang mahu mengambil peluang untuk berniaga biarpun ada yang komplen…

Ramadhan yang dirindui memberikan kepada mereka yang berpuasa satu rahmat yang cukup besar dengan anugerah Lailatul qadar…

Ramadhan akan datang setahun dari sekarang akan tetap ditunggu sentiasa oleh mereka yang merindui Ramadhan al-mubarak.

Dah nak raya nih… nak mintak duit raya boleh ke?

haaa? nak mintak duit raya?

selamat hari raya aidilfitri. cuti sakan jangan lupa berhati-hati di jalanan.

sekian terima kasih…

Tags: , , ,

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2007-2014 Abdfatah.com All rights reserved.
This site is using the Desk Mess Mirrored theme, v2.3, from BuyNowShop.com.