Mereka berusaha dan mereka berjaya. Bagaimana dengan anda? Adakah anda betul-betul berminat untuk buat duit dengan cendawan? Atau mahu sertai skim jutawan cendawan? Sama halnya dengan usahawan ternakan kambing yang perlukan usaha yang lebih dan juga kerja keras yang berterusan dari semasa ke semasa. Bukan hanya mencipta angan-angan kosong semata-mata.
Tanaman cendawan.
Ini telah terbukti dengan gerak kerja mereka yang fokus dengan perusahaan tersebut. Kalo anda tidak fokus kepada tanaman cendawan yang anda usahakan tersebut sudah tentunya anda tidak akan mendapat hasil yang setimpalnya yang anda mahukan. Minat dan juga usaha yang gigih perlu ada untuk memaksimakan keuntungan yang anda mahu lipatgandakan bermula dengan fokus dan berjaya. Sekiranya anda mahu lakukannya secara serentak tanpa fokus yang bersungguh-sungguh sudah tentunya anda akan menemui kegagalan demi kegagalan. Maka fokuskannya dengan sebaik mungkin dengan tanaman cendawan sehingga berjaya.
Perniagaan cendawan.
Dengan adanya usaha untuk membina perniagaan cendawan yang berjaya sudah tentunya anda memerlukan fokus yang lebih. Menengokkan teori ringkas yang diperjelaskan oleh sepupu saya tempohari berkaitan perusahaan cendawan yang telah beliau usahakan secara kecil-kecilan ( masa hari raya korban ari tu berkesempatan membuat lawatan tak rasmi ke rumah cendawan yang beliau usahakan ). Siap sedia untuk dikutip hasilnya dan dijual kepada pemborong yang datang memborong cendawan yang telah siap dipetik. Beliau mengusahakan perniagaan tanaman cendawan secara kecil-kecilan sahaja buat masa ini. Potensi pasaran cendawan cukup luas. Namun kena ada minat yang tinggi ler. Jika tidak, anda akan kecundang dengan impian perusahaan cendawan tersebut. Berkenaan pemasaran kena berikan tugasan tersebut kepada orang lain untuk meraih keuntungan dalam bahagian pemasaran. Takkan semuanya anda nak buat semuanya sendirian. Outsource orang cakap…
Resepi cendawan goreng.
Kalo sudah bertandang ke rumah usahawan cendawan sudah semestinya akan terhidang cendawan goreng yang beraroma dan berkhasiat tersebut. Apa yang anda tahu berkenaan khasiat cendawan dan juga kesan sampingannya? Khasiatnya adalah dapat makan dengan berseleranya kalo dah kena goreng. Kesan sampingannya pulak adalah kalo dah goreng laju sungguh kehabisannya. Terpaksa ler kena goreng banyak-banyak. Nak tahu resepi cendawan goreng? Mari kita tengok resepi cendawan goreng sebagaimana berikut :
Mula mula sediakan periuk dan minyak masak.
Cendawan segar secukup rasa.
Tepung ayam goreng adabi.
Telur ayam dua bijik.
Lepas tu goreng aje laaa…
Sekian terima kasih
















































































