Najib Prime Minister | Mahathir’s The Return
Friday, April 3, 2009 9:12Dr Mahathir sertai semula Umno sebelum Isnin: Mukhriz
Oleh Wan Hazmir BakarSUNGAI PETANI: Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menyertai semula Umno sebelum Isnin ini iaitu hari beliau dijadualkan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.
Perkara ini disahkan anak beliau, Datuk Mukhriz Mahathir, kepada Berita Harian Online ketika ditemui semasa menjalankan kempen dari rumah ke rumah di Bukit Topang berhampiran Bukit Selambau sebentar tadi.
“Kita cuba aturkan pada petang Isnin ini…Tun akan turun ke Bukit Selambau selepas dua program di Bukit Gantang pada hari sama…InsyaAllah waktu itu dia akan mai (datang) sini sudah tentu sebagai ahli Umno dan berkempen untuk memenangkan calon BN,” katanya.
Najib PM keenam
Oleh Ahmad Naim Tahir dan Norfatimah Ahmad
bhnews@bharian.com.myABDULLAH melambai pada upacara ‘send-off’ selaku Menteri Pertahanan di Kementerian Pertahanan, semalam.
Pak Lah menghadap Tuanku Mizan serah surat letak jawatan
KUALA LUMPUR: Proses peralihan kuasa kepemimpinan negara bermula semalam apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri keenam.
Abdullah dilihat memasuki pekarangan Istana Negara di sini, kira-kira jam 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana bernombor WCH 13 dan keluar kira-kira sejam selepas itu sambil tersenyum dan melambai kepada wakil media yang menunggu di luar istana.
Najib, 55, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung parti itu minggu lalu, turut menghadap Yang di-Pertuan Agong setengah jam selepas itu.
Timbalan Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 11.25 pagi dan beredar kira-kira 45 minit dengan menaiki Proton Perdana bernombor pendaftaran WRP 11.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan Sultan Mizan memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.
NAJIB selepas menghadap Tuanku Mizan, semalam.Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah simpan rahsia di hadapan Seri Paduka akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi ini.
=================petikan berita harian-> hari hari hairan=====================
Mahathir’s the return with PM najib the six. Pak Lah telah menyerahkan jawatan PM nya kepada Najib dengan secara aman damai sekali. Maka bermula laa era pemerintahan Najib dengan selambanya selepas ini.
Kemudian dengan selambanya Mahathir’s the return came back on track with Umno.
Macam macam citer politik malaysia…
















































































titan says:
April 26th, 2009 at 4:02 pm
hehe. macam-macam dah jadi sekarang..