Perihal saya
Nama saya Wan Abdul Fatah. Lokasi tempat tinggal di negeri Kelantan.
Adik beradik 7 orang aje. Saya ni anak sulung. Masih sedang mencari-cari lagi teman hidup semenjak lahir 30 tahun yang lalu. haha…
Kerja saya: saya bekerja sendiri dan dalam usaha membina perniagaan sendiri. Sebenarnya masih dalam perancangan semenjak blog ini diwujudkan. Perancangan kena ada. Baru boleh berniaga betul2.
Alahai perancangan demi perancangan….
Menulis secara sukarela aje. Pendapatan pertama dari penulisan adalah dari RTM semasa rancangan remaja angkasapuri 1995. Menulis entah apa-apa. Memula tu sekadar hantar pendapat je berkenaan isu semasa. Tetiba dapat saguhati rm30. Try lagi menulis dan hantar ke rancangan tersebut. Dapat lagi 2,3 kali. Itulah kenangan dapat duit dari menulis zaman remaja.
Dah makin berusia ini mula terlibat dalam penjelajahan informasi dalam dunia internet sejak ketemu dengan blog2 otai internet yang semakin hari semakin mencapai kejayaan dan juga semenjak popularnya buku yang bertajuk RAHSIA JUTAWAN INTERNET TERBONGKAR, tulisan Dr. Irfan Khairi. Semenjak itulah saya kenali blog2 yang seangkatan dalam perjuangan perniagaan melalui internet.
Bermula dengan blog percuma sekadar suka-suka. NAMUN hasilnya tidak begitu menggalakkan lantaran terkejar-kejar tanpa haluan. Jika anda SERIUS dengan blog anda, dah tentu anda akan menghasilkan pulangan yang setimpalnya dengan usaha anda. Jika anda saja suka-suka, anda juga akan mengasilkan hasil yang suka-suka juga.
Sebenarnya perniagaan internet bukan mudah, tetapi ia menjadi mudah jika anda tahu caranya yang sebenar. Bukannya mengharapkan duit yang berjuta-juta dalam sekelip mata. Ia tidak semudah yang disangkakan.
Mereka yang melakar kejayaan dalam perniagaan internet tidak begitu teruja dengan habuan yang lumayan semata-mata bahkan mereka akan sama-sama bangkit untuk berjaya. Jika tidak mengapa penerbitan BLOGGING STEPS KIT mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
Anda juga boleh bermula dari zero dan menjadi seperti mereka yang telah dan akan melakar kejayaan dengan blog yang tersendiri untuk membuat duit atau apa sahaja yang bermanfaat untuk diri sendiri atau orang lain.
Ingat , jangan terpengaruh dengan skim cepat kaya yang dikatakan boleh melingkupkan kehidupan ramai orang. Jangan sekali-kali percaya dengan jalan yang singkat untuk buat duit, tiada jalan singkat.
adesh… ini citer pasal saya atau nak buat posting kat sini?
emel : abdfatah75 (a) gmail dot com
contact form bleh guna jugak. tapi selalunya guna gmail aje laa buat masa ini…












Pingback: About Me/Tentang Aku Page
semoga saudara cepat bertemu jodoh…amin..
hai…salam perkenalan….
salam sahabat!
semoga cepat bertemu dgn pilihan hati..,kata2 org tua kalau mencari jodoh jgn rupa parasnya yg menjadi pilihan…intailah hatinya kalau2 ada secebis iman dan taqwa…cadangan saya moga sahabat perbanyakkan artikel untuk menangani masalah sosial dikalangan remaja kita…
saya ada sorang ex staff cun sesangat..baru je lepas putus tunang kalau nak boleh la saya rekemenkan..email saya kalau nak
assalamualaikum En.Abdul Fatah.
saya masuk laman web cari duit terjumpa
web site awak.. so sya berminat jugak nak mengetahui dengan leboh lanjut sebabnya saya bukannya faham sangat.
Klu ada masa bole jelaskan pada saya.
waalaikumsalam… terima kasih kerna terjenguk site saya nih…
banyak menda boleh belajar kalo nak cari duit kat dalam internet nih.
kena cari dan selidik mana yang berkenan…
nak info yang berkaitan boleh jenguk dan join forum website wangcyber.com
kalo nak tahu berkaitan rahsia 10k boleh jenguk team flarebiz.com
nak buat duit online tambahan boleh try usha site earncent.com/blog, blog.dinberamboi.com, blog.smartusaha.com sekadar menyebut beberapa nama yang femes… (femes ke?)
dan lain2 website yang berkaitan dengan perniagaan internet. jangan leburkan duit untuk skim cepat kaya dah laa…
wohohohohoo promosi laaa pulak.
slm brknln bro bisnesman
Salam perkenalan…
Kawe pun org kelate gak..
Duduk pun kelate gak..
Kijo pun di Kelate gakk..
Harap bole saim dgn demo…
Mengapalah tulisan biru dalam bakground biru? amat susah membaca site ini
semoga ber jaya