Makan jangan sebarang makan, nanti lain cerita pula jadinya. Makan makanan yang manis akan menyebabkan penyakit. Makan makanan bergaram lagi sakit. Jangan berlebih-lebih. Makanlah makanan yang berkhasiat. Makan ala kadar mengikut kemampuan.
Malaysia memang kaya dengan makanan. Dan kaya dengan makanan itu membuatkan ramai yang suka makan. Saya memang suka makan. Dan kenapa mereka yang membuat blog suka hambik makanan mereka? hambik untuk apa?
Mereka hambik untuk idea blog mereka laaa.
Mereka suka hambik gambar makanan snap sana snap sini bagi mereka yang ada kamera siap dengan gayanya yang tersendiri untuk dimuatkan dalam blog kesayangan mereka. Maka tidak hairanlah makanan sememangnya popular dan dikenali lebih dari mael yang ingin popular itu.
Sempena bulan puasa ramadhan yang bakal menjelang ini dah tentunya banyak perancangan dan persediaan untuk menyediakan bajet untuk berbuka puasa di rumah atau di restoran atau memborongnya di tapak pasar malam.
Namun demikian janganlah ikut suka hati je nak beli itu ini dan kemudian terbiar tanpa kehabisan. Akhirnya terpaksa dibuang begitu sahaja. Membazir laa pulok. Alahai… kesiannya.
Kenapa perlu membazir sedangkan bulan puasa adalah cara untuk berjimat yang lebih efektif?
Apohalpun selamat makan dan selamat berpantang kepada mereka menjaga makannya. Jangan lupa sedekah dihulurkan di bulan ramadhan ini sebagai bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.
sekian terima kasih…
Popularity: 2% [?]




Makan..
Semua orang suka makan..
tapi ada juga yang takut dengan makanan (kes diet gile la tu)..
yang penting makanan mesti seimbang agar tak memudaratkan diri..
bulan puasa ni kena snap gmbar makan plak aku…heheh
yup zool memang kena seimbang untuk kesihatan masa depan yang gemilang…
hahaa… chot memang suka ambik gambor dengan kamera kesayangannya itu…
makey colek perut lar buley poso nie abey.
p/s : maaf lar tuan rumah, tok buat lagi tag demo tuh.
sodap jugak tu… colek jemput2 malash ok jugak.
takpe laa tag tu. lain kali kelapangan laa…
Nak makan boleh,tapi kena hadkanlah…
Kalau tak tambunla jadinya