Tips Meningkatkan Klik Like Laman Facebook Anda

Klik Like Laman Facebook

4 Tips untuk Membantu Meningkatkan Senarai Peminat Laman Facebook Anda.

Laman Facebook ialah satu alat yang bernilai untuk perniagaan anda, terutamanya jika anda menggunakannya sepenuhnya. Sekiranya anda menggunakan laman Facebook dengan betul, ia boleh membantu membawa trafik yang khusus dan meningkatkan jualan anda. Selain itu, laman Facebook juga boleh membantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorangusahawan internet dan pada masa yang sama membina penjenamaan anda untuk jangka masa panjang.

Tapi bagaimana untuk meningkatkan jumlah peminat anda? Bagaimana untuk mendapatkan mereka menekan butang ‘Like’ itu?

Terdapat pelbagai strategi berkesan yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan jumlah peminat anda di portal Facebook. Di antaranya adalah anda boleh menganjurkan peraduan, berkongsi kisah, mengadakan aktiviti penghargaan pelanggan, dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian peminat-peminat anda, dan menggalakkan mereka untuk membawa orang lain ke laman Facebook anda.

Tips mudah pemasaran facebook : Paling penting jika anda mahu melakukan aktiviti pemasaran dengan laman facebook adalah menggunakan 90% perkongsian dan 10% pemasaran.

Mari kita lihat 4 tip mudah yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan senarai peminat laman Facebook anda:

1.Minta bantuan daripada kawan-kawan anda

Memulakan laman Facebook adalah mudah. Mendapatkan orang untuk sukakannya dengan menekan butang ‘Like’ di peringkat awal mungkin agak sukar. Jangan takut meminta bantuan kawan-kawan anda untuk menyokong lamanFacebook anda. Minta bantuan mereka untuk turut serta dalam perbincangan di laman anda, dan lakukan perkara yang sama untuk mereka atau berikan mereka publisiti dalam bentuk lain. Lebih mudah untuk meminta bantuan kawan-kawan anda dan anda tidak perlu risau dituduh melakukan ‘spamming’. Sekiranya mereka merupakan sahabat sebenar anda, sudah pasti mereka tidak akan keberatan untuk membantu anda.

2.Gunakan sepenuhnya fungsi ‘Acknowledgment’ dan ‘Tagging’

Fungsi ‘tagging’ dalam status ialah satu alat membina rangkaian yang amat hebat dan ia boleh digunakan untuk mendapatkan trafik baru ke laman Facebook anda. Jangan takut untuk melakukan ‘tag’ kepada seorang penulis atau laman Facebook lain yang amat popular untuk mendapatkan perhatian. Namun, lakukan ini jika anda mempunyai alasan yang baik untuk melakukannya. Jika tidak, anda dengan mudah boleh dituduh sebagai melakukan spamming.

3. Pastikanandaturutserta di luarlaman Facebook anda

Lakukan fungsi carian dan direktori Facebook untuk membantu anda mencari laman Facebook lain dalam niche anda. Kemudian cari pula ruang perbincangan lain yang berkaitan yang anda boleh turut serta. Ini adalah cara yang hebat untuk mendapatkan peminat baru ke laman anda. Jika mereka mempunyai minat yang sama seperti anda, sudah pasti mereka tidak akan teragak-agak untuk menjadi sahabat dan melakukan Like pada laman Facebook anda.

4.Kerjasama dengan pemilik laman Facebook yang lain untuk mengadakan upacara istimewa

Anda boleh berkerjasama dengan pemilik laman yang lain untuk mengadakan upacara istimewa yang boleh menguntungkan peminat-peminat daripada kesemua laman yang terlibat, dan padamasa yang sama mendapatkan pelawat baru yang boleh sukakan laman anda dan menjadi peminat anda. Maka bertambahlah klik like laman facebook anda. Sebagai contoh, anda boleh menjadualkan sidang konferens secara online yang mengajar pengguna baru bagaimana untuk membina laman Facebook yang berjaya. Ini akan membawa pelawat baru ke semua laman yang turut serta dan mereka boleh menjadi peminat baru anda. Namun anda perlu pastikan ke semua laman Facebook yang anda lakukan kerjasama itu adalah dalam pasaran niche yang sama atau berkait dengan laman anda. Tambahan lagi, upacara yang anda rancang dengan pemilik laman lain perlulah mempunyai kaitan dengan ke semua laman anda.

Itulah dia 4 tip mudah untuk membantu anda meningkatkan jumlah ‘Like’ dan senarai peminat anda di portal Facebook.

Klik Like Laman Facebook

Share
education

Lubuk Duit Dengan Pemasaran Menggunakan Pinterest

Pemasaran Menggunakan Pinterest

Pemasaran Menggunakan Pinterest

Sama seperti mana-mana rangkaian portal sosial lain yang menawarkan beberapa teknik pemasaran yang membolehkan anda memperkenalkan syarikat atau jenama anda kepada pelanggan baru seperti Facebook dan Twitter -Pinterest juga mempunyai fungsi yang sama. Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan untuk menggembangkan perniagaan anda. Anda seharusnya fokus untuk mendapatkan pengiktirafan jenama untuk produk dan perkhidmatan anda, dan mendapatkan trafik tertentu ke laman web anda. Setelah mereka tiba di laman web anda, sudah tentu anda ingin menukarkan trafik ini kepada pelanggan anda dan mendapatkan jualan dari pada pengunjung tersebut. Jadi, mari kita mulakannya. Sudahkah anda bersedia untuk menjadi kreatif?

Pinterest ialah satu laman web sosial yang menggunakan konsep visual. Oleh itu, perkara paling asas adalah anda perlu meletakkan kandungan berbentuk visual di dalam ruangan Pinterest anda. Anda akan membuat papan pin dan kemudian memaparkan kandungan visual anda yang terbaik di sana. Maka kreatifkan minda anda mulai saat ini.

Secara mudahnya,  konsep Pinterest adalah seperti anda sedang mengantung satu papan tanda mengenai diri anda yang boleh dilihat oleh semua orang yang mengunjungi portal Pinterest anda. Lebih banyak perkara yang anda paparkan di atas “papantanda” anda itu maka akan lebih faham pengunjung anda tentang diri anda. Gunakanlah kreativiti anda sebaik mungkin untuk meletakkan nama papan tanda tadi, jadikannya sesuatu yang menarik perhatian dan mudah diingati. Apabila papan tanda tadi sudah dibuat, anda sudah bersedia untuk memaparkan kandungan kepadanya.

Laman muka surat dan gambar yang anda paparkan di papan ini mestilah lebih daripada gambar biasa. Pastikan ia sesuatu yang menarik perhatian supaya pengunjung akan singgah untuk mengamatinya dengan lebih teliti. Paparan yang tidak menarik sesiapapun tidak akan memberi nilai kepada perniagaan internet anda. Ingat bahawa anda juga boleh memaparkan video, yang sebenarnya amat mudah untuk dilakukan.

Kebanyakan daripada jenama perniagaan yang besar memberikan perhatian kepada kehebatan pemasaran visual secara online, dan bagaimana ia boleh menimbulkan emosi yang diinginkan daripada pengikut. Syarikat-syarikat berjenama besar telah lama menggunakan pemasaran visual melalui iklan di television dan majalah sejak sekian lama. Portal Pinterest ini cuma menjadikan pemasaran visual ini lebih menarik melalui internet.

Salah satu platform yang digunakan ialah Instagram untuk iPhone atau Android. Namun hingga kini, ia belum disediakan untuk Blackberry. Instagram membolehkan perniagaan-perniagaan untuk menggunakan gambar sebagai sebahagian daripada skim pemasaran dalaman mereka. Bahkanlagi, dalam beberapa tahun sahaja Instagram telah mempunyai lebih daripada 15 juta pengguna yang telah memuat naik 400 juta gambar. Syarikat-syarikat seperti Starbucks dan Red Bull mengunakan Instagram dalam pemasaran dalaman mereka. Anda perlu mengambil kesempatan atas aplikasi yang berguna ini.

Sebenarnya Pinterest menyediakan peluang pemasaran yang amat berkuasa. Oleh kerana Pinterest adalah laman web yang masih baru dan menggunakan konsep media sosial, ramai yang menyedari akan laman web ini, namun tidak ramai yang menyedari bahawa ia adalah satu alat yang mereka patut gunakan untuk memasarkan perniagaan mereka, dan menghantar trafik tertentu kepada laman web mereka. Saya telah memberitahu anda rahsia ini. Persoalannya sekarang, apa yang anda akan lakukan dengan maklumat ini? Sekarang ini anda mempunyai peluang untuk menjadi antara yang terawal menggunakannya.

Oleh itu, carilah peluang bagaimana anda boleh menggunakan portal Pinterest sebagai salah satu cara untuk anda melakukan pemasaran percuma dan berkesan untuk perniagaan internet anda.

Pemasaran Menggunakan Pinterest

Share
cari duit online , ,

Sudahkah Anda Buat Duit Online Melalui Blogging???

Buat Duit Online Melalui Blogging

Buat Duit Online Melalui Blogging

Menulis blog boleh menjadi satu cara yang hebat untuk menjana pendapatan secara online. Mungkin anda pernah menulis blog sebelum ini untuk mengisi masa lapang. Kenapa tidak anda lebih serius dan tukarkan hobi blogging anda untuk mendapatkan duit? Anda boleh gunakan laman web anda atau blog-blog lain untuk menjana pendapatan. Ia mempunyai potensi yang amat tinggi!

Blog ialah satu cara yang sangat efektif untuk mempromosi dan memasarkan sesuatu produk/servis. Laman web peribadi akan menarik lebih ramai pengunjung dari pada laman-laman web komersial. Menurutkajianpakarperniagaan internet, pengguna internet lebih suka memilih untuk membaca blog kerana blog adalah lebih peribadi dan mudah untuk difahami berbanding laman-laman web jualan biasa.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah untuk menggunakan blog anda untuk menjana pendapatan. Sekiranya anda berminat dengan blogging, ia tidaklah susah. Anda cuma perlu fokus dan memasang strategi. Mari kita lihat beberapa tips untuk anda memulakan blogging untuk menjana pendapatan.

Pertama sekali, anda perlu pastikan anda memilih niche yang boleh membawa keuntungan. Anda tidak sepatutnya memilih suatu niche yang anda tidak minati walaupun ia mempunyai potensi untuk membawa keuntungan, kerana dengan berlalunya masa, anda akan mula hilang minat dan momentum anda. Sebaliknya, pilihlah niche yang berpotensi tinggi yang anda benar-benar minati. Sudah tentu anda akan lebih sukakannya!

Seterusnya, anda perlu pelajari ilmu berkaitan dengan optimasi enjin carian (search engine optimisation) sekiranya anda belum mempelajarinya. Dengan menempatkan blog anda di ranking yang tinggi di Google dan enjin carian yang lain, barulah anda akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menjana pendapatan online. Ilmu optimasi enjin carian tidaklah sesukar yang mungkin anda fikirkan. Anda cuma perlu mula menulis artikel-artikel yang berbentuk santai dan mudah dihayati untuk dimasukkan ke dalam blog anda. Kadang-kadang, satuartikel yang panjang boleh dipecahkan kepada beberapa posting blog.

Anda juga perlu pastikan bahawa penulisan blog anda adalah berkualiti tinggi dan memberikan maklumat yang berguna kepada pembaca-pembaca anda. Dengan cara ini anda akan dapat menambat hati pembaca-pembaca anda untuk kembali semula ke blog anda di lain hari untuk melihat artikel anda yang seterusnya. Sekiranya anda ingin menjana pendapatan daripada blog, anda perlu membina kumpulan pengikut setia yang terus menerus kembali ke blog anda. Ini sudah tentu akan berlaku sekiranya blog anda lebih informatif dan dapat membantu pembaca-pembaca anda.

Pastikan anda menyelitkan gambar dan/atau video. Ia akan dapat memberikan nilai yang tinggi untuk posting blog anda. Menurut pakar perniagaan internet, pembaca lebih sukakan blog yang mempunyai gambar-gambar dan video-video yang menarik. Kebanyakan pembaca lebih sukakannya berbanding hanya membaca posting blog dalam bentuk penulisan. Namun sudah tentu terdapat juga beberapa pembaca blog yang tidak sukakan gambar dan video sebagai sebahagian daripada posting blog. Anda tidak akan dapat memenuhi citarasa semua orang pada setiap masa.

Jika anda inginkan pelawat rajin dan kerap datang ke blog, anda perlu pastikan anda kerap mengemas kini blog anda. Tiada siapa yang akan terus mengikuti blog anda sekiranya ia dikemaskini cuma sekali setiap bulan atau kadang-kadang sahaja. Pembaca akan tertarik membaca sekiranya mereka mendapat posting blog yang terkini secara berkala dari pada si pemilik blog.

Perkara paling penting di dalam menguruskan blog anda sendiri adalah anda perlu sentiasa jujur dan mengekalkan sentuhan peribadi dengan pembaca-pembaca anda. Anggaplah blog anda sebagai diari peribadi online anda dan ia akan terus menambat hati pembaca-pembaca anda. Bergembiralah dan mulakan misi menjana pendapatan anda.

sselamat berblogging dengan senang hatinya.

Buat Duit Online Melalui Blogging

Share
cari duit online

Komisen Berterusan Dengan Pakej Pemasaran Email Autoviral

Bagaimana Sistem Lengkap Pemasaran Email Autoviral “Percutian Australia” Dapat Membantu Anda
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2012 ZamriNanyan.com

Pemasaran Email merupakan satu kaedah pemasaran yang amat berkesan.

Bagi yang belum arif tentang pemasaran email, ianya bermaksud menghantar email kepada ribuan pengikut anda yang telahpun bersetuju untuk menerima email daripada anda. Lebih banyak email yang anda kumpul untuk sasaran bisnes anda, lebih besar peluang untuk anda menjana pendapatan lumayan.

Saya telah praktik pemasaran email semenjak hari pertama saya menceburi perniagaan internet pada awal tahun 2003 sehinggalah sekarang. Maknanya sudah 10 tahun saya menggunakan email sebagai medium pemasaran saya di internet dan ianya masih lagi berkesan, setiap masa.

Jadi, tidakkah ianya memberi anda “pembayang” kenapa anda perlu ada pemasaran email di dalam perniagaan anda?

Tidakkah ini satu rahsia kejayaan pemasaran internet yang telah saya bocorkan untuk anda?

Walaubagaimanapun, bukan semua orang pakar di dalam menyusun strategi pemasaran email ini. Lihatlah apa yang diperlukan sebelum anda mula membina mailing list anda sendiri:

1. mempunyai autoresponder profesional yang boleh menampung database email sebanyak puluhan dan ratusan ribu email.

2. mempunyai “squeeze page” menarik dan berkesan untuk mengumpul email.

3. mempunyai barisan minimum 7 email “follow-up” yang ditulis dengan sempurna untuk dimasukkan ke dalam autoresponder.

4. mempunyai tawaran produk untuk dimasukkan ke dalam 7 email tersebut yang bakal menghasilkan pendapatan pasif.

5. mempunyai sistem yang lengkap (dan anjal) untuk mengumpul email, membina kredibiliti dan menjana pendapatan pada masa yang sama.

Ini baru permulaan sahaja dan selepas itu anda perlu mempromosikan “squeeze page” anda untuk menarik minat pelawat ke laman web anda memberikan anda email mereka.

Apa itu “squeeze page”?

Secara ringkasnya, “squeeze page” adalah laman web yang khusus untuk mengumpul email pelawat. Tiada lain yang dilakukan oleh laman web ini melainkan meminta pelawat memberi email mereka.

Lihat contoh “squeeze page” yang saya maksudkan di bawah:

http://australia.cutisantai.com

Laman web ini tiada tujuan lain melainkan meminta nama dan email pelawat, bukan? Ianya cuma ada sedikit info dan sebuah borang langganan.

Bermula daripada email inilah segala aksi pemasaran dan operasi bisnes anda dijalankan. Ianya menjadi lebih rumit selepas ini. :-)

Sekarang, saya rasa anda faham serba sedikit tentang “squeeze page” ini tetapi apa pula autoresponder yang dimaksudkan di atas, 7 email “follow-up”, tawaran produk dan sistem yang lengkap?

Saya ringkaskan penerangan untuk persoalan di atas.

1. “Squeeze page” anda mempunyai borang untuk mengumpul email pelawat, dan borang untuk mengumpul pelawat ini diperolehi daripada kod yang dihasilkan oleh autoresponder. Autoresponder yang digunakan di dalam “squeeze page” di atas pula ialah Getresponse.

2. Selepas pelawat meninggalkan email mereka di dalam borang langganan yang terdapat di dalam “squeeze page” anda, email ini dimasukkan ke dalam database autoresponder yang saya maksudkan di atas.

3. Autoresponder ini pula akan mula menghantar email kepada pelawat “squeeze page” anda ini secara automatik dan berkala. Inilah datangnya 7 email “follow-up” yang saya maksudkan, di mana email ini ditulis lebih awal dan dimasukkan ke dalam kempen pemasaran email di dalam autoresponder anda. Kenapa minimum 7 email? Kerana mengikut kajian, pembelian akan terhasil selepas 7 susulan dilakukan. Jika ada lebih daripada 7 email, lebih baik.

Sekarang pelawat “squeeze page” anda akan mula menerima email anda tetapi email bagaimanakah yang perlu ditulis dan diprogramkan ke dalam autoresponder, dan seterusnya dihantar kepada mereka?

Jawapannya ialah email yang membina kredibiliti, kepercayaan dan semestinya mempunyai tawaran untuk pembelian. Jika anda tiada produk sendiri, anda boleh menjadi agen jualan produk orang lain dan mengaut keuntungan berdasarkan komisyen jualan. Melalui email inilah anda perkenalkan produk yang menghasilkan pendapatan untuk anda. Ianya dinamakan pendapatan “affiliate” atau pendapatan melalui komisyen jualan produk orang lain. Ramai yang memulakan bisnes internet menggunakan kaedah ini, termasuk juga saya.

Inilah proses yang melengkapkan keseluruhan sistem mengumpul dan menjana pendapatan “affiliate” secara pasif (dan mungkin berulang).

Sekiranya dilihat kepada keseluruhan perlaksanaan kempen pemasaran email ini, pasti ada yang takut untuk memulakannya.

Jadi, tak hairan kenapa saya lihat ramai yang tahu tentang perkara ini, tentang keberkesanan pemasaran email tetapi masih lagi tak mahu melakukannya. Mereka takut untuk melalui keseluruhan proses di atas dan juga merasakan yang ianya mungkin melibatkan kos yang tinggi.

Memang ianya melibatkan kos dan banyak kemahiran untuk merealisasikan sebuah kempen pemasaran email yang berkesan.

Itulah sebabnya saya cipta “Sistem Lengkap Pemasaran Email Autoviral Percutian Australia” untuk anda.

Ianya sebuah sistem yang memberikan jalan pintas untuk anda menyelesaikan segala masalah kekurangan bajet, kekurangan kepakaran dan kekurangaan idea mantap untuk memulakannya. Anda boleh terus gunakan sistem yang saya sediakan untuk anda ini dan promosi sahaja “squeeze page” anda untuk membina senarai email anda dan juga pendapatan affiliate pada masa akan datang.

Bayangkan:

1. anda telah pun ada “squeeze page” yang cantik, berkualiti dan berkesan.

2. bila anda promosikan “squeeze page” anda ini, email pelawat akan masuk ke dalam akaun autoresponder anda sendiri (bukan autoresponder saya) di mana pelawat ini akan menerima 14 email follow-up (bukan 7 email) yang seterusnya menghasilkan pendapatan affiliate untuk anda secara pasif.

3. bukan setakat itu sahaja, pendapatan affiliate ini akan berikan komisyen pasif dan berulang. Buat kerja sekali, anda dapat hasil pendapatan berkali-kali.

Keseluruhan sistem ini dipasang untuk anda dan anda boleh melihat atau mencuba sendiri melalui pengalaman menggunakan sistem ini sebagai “orang luar” dengan mengisi nama dan email anda di http://australia.cutisantai.com.

Sistem ini tersedia untuk anda sebagaimana puluhan lagi ahli lain yang sedang menggunakan sistem ini untuk mengumpul email mereka.

Sebagai ahli, tugas anda selepas itu ialah cuma promosikan “squeeze page” unik yang diberikan kepada anda dan jika anda perasan, saya sendiri pun sedang mempromosikan sistem ini bagi pihak anda sekarang (dengan memberikan link http://australia.cutisantai.com di dalam artikel ini)

Sebagai “benefit” tambahan pula, disebabkan sistem ini menggunakan akaun autorespoder anda sendiri, terpulang kepada anda untuk melakukan apa sahaja yang anda kehendaki dengan email yang telah anda kumpul. Anda tak rugi apa-apa.

1. anda boleh ajak mereka lawat ke laman web anda yang lain, lawat laman Facebook anda atau lihat “post” anda di forum.

2. anda boleh email promosi produk anda sendiri kepada mereka.

3. email apa sahaja.

Email yang dikumpul adalah milik anda. Saya cuma sediakan satu sistem yang telah terbukti berkesan untuk membantu anda mendapatkan “squeeze page” dan sistem lengkap sebuah pemasaran email.

Pada masa ini, anda sebenarnya telahpun mempunyai kelebihan yang sama dengan usahawan internet yang telah berjaya mengumpul email bagi tujuan menghasilkan pendapatan di internet. Saya sendiri menggunakan sistem ini dan sekarang saya berikan sistem yang sama kepada anda.

Syaratnya, anda cuma perlu ada akaun Getresponse dan laburkan cuma kurang daripada RM0.55 sehari atau bersamaan RM199 untuk tahun pertama untuk menggunakan sistem ini.

Tak tahulah jika anda boleh dapat tawaran sebegini istimewa di luar sana. Setahu saya, sistem ini amat unik dan tiada siapa lagi yang memilikinya. Kini anda berpeluang mengumpul email sama seperti yang saya lakukan.

Jom, ambil tawaran ini sementara kuota masih ada. Klik link di bawah dan lakukan pesanan. Pelbagai bonus istimewa yang lain juga ditawarkan kepada anda yang bertindak pantas.

http://australia.cutisantai.com/sistem.html

terima kasih,
Zamri Nanyan

PS. Sistem Lengkap Pemasaran Autoviral “Percutian Australia” ialah sebuah sistem pemasaran email 7-dalam-1. Inilah sistem Pemasaran Email yang canggih dan berkesan, mengandungi (1) squeeze page canggih dan “power” (2) 14 email follow-up profesional (3) mengumpul email ke dalam autoresponder sendiri (4) menghasilkan “affiliate recurring & passive income” (5) memberikan “multiple streams of income” (6) leverage dari jenama yang kukuh (7) cuma signup dan promosi sahaja – semuanya dalam satu sistem yang unik & canggih, tiada lagi dalam pasaran, GERENTI!

PPS. Cuba sistem ini dengan 30-hari jaminan pulangan semula wang anda.

http://australia.cutisantai.com/sistem.html

pemasaran email

PPPS. ingin menghasilkan RM5 dengan hanya meletakkan artikel ini di blog anda? Sila hubungi saya di http://www.zamrinanyan.com/success/contact
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan ini di atas tidak dibuang. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan untuk menukarkan link http://australia.cutisantai.com/sistem.html kepada link affiliate anda untuk tujuan mempromosikan artikel ini kepada mailing list, blog, forum, Facebook dan sebagainya.

Hakcipta Terpelihara (c) 2012 ZamriNanyan.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================

Share
cari duit online , , , ,

Ingin Memiliki Laman Web Shopping Cart Pada Harga Mampu Milik?

Ingin Memiliki Laman Web Shopping Cart Pada Harga Mampu Milik?

Sila buat tempahan dengan segera kepada mereka yang mahu menjana pendapatan dengan shopping cart. Mula dari sekarang!

Share
bina perniagaan