MalaysianBuy Shopping Center Directory

MalaysianBuy Online Shopping. Apa citer?

Hari ini mau cerita sedikit berkenaan direktori website jualan. Nama lagi direktori, maka semakna dengan lokasi pengumpulan website jualan yang tersohor dan terkemuka yang boleh anda semak dan menggunakan direktori tersebut sebagai rujukan website jualan pilihan ramai.

Dengan kemudahan direktori percuma yang diwujudkan ini akan memberikan peluang kepada ramai orang untuk memberikan sedikit sebanyak komen yang berpatutan berkenaan servis jualan satu-satu website untuk disyorkan kepada orang ramai. Salah satunya adalah MPH BookStore SDN BHD yang memang popular sakan. Jangan lupa memberikan rating untuk website yang anda minat dan berkenan untuk mempopularkan lagi website yang anda suka setelah berpuashati dengan servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. Nampak macam memberikan undi popular namun demikian bukan undi secara sms. Ada ke untuk undi sms website jualan???

Paparan skrinshotnya yang comel dan menarik serta disediakan jugak akan google map. Google Map tu seerti dengan peta tunjuk arah ke lokasi sebenar gedung perniagaan tersebut sebagaimana MPH BookStore yang terpopular masa kini. Sekiranya anda tidak mahu order online… anda bleh jugak order secara offline. Pi jenguk aje gedung perniagaan mereka kat mana dengan rujukan makcik google map.

Namun demikian senarai yang ada masih lagi belum banyak untuk anda tinjau dan memberikan rating yang memuaskan hati. Selepas ini website jualan yang lain akan menyusul untuk memeriahkan suasana hari raya di laman direktori shopping online dengan lebih selamat, mudah dan menjimatkan masa. Hanya menggunakan medium internet.

Kepada mereka yang mempunyai website jualan yang mantap serta servis jualan yang mesra alam semesta dipersilakan menempatkan website jualan anda untuk tatapan umum. Mungkin jualan anda akan lebih meningkat dengan peningkatan komen dan rating yang menarik perhatian ramai. Bukan sekadar menguntungkan bahkan berbaloi-baloi… kata Amy Search.

Jom kita singgah di laman web direktori shopping online. Singgah jangan tak singgah dengan penuh emosinya…

Sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share
reviews news , , , , ,

2 comments


  1. ..agak2nya websiite tu utk pengiklanan jer ker atau jika seseorang tu takdek web jualan boleh JV ngan admin utk letakkan produk mereka di situ & setiap transaksi diuruskan oleh admin..harap fungsi ni ada ler kot :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>