Oh Kekasihku : Amuk Angkara Cinta Tanpa Balasan Setimpal
Monday, February 1, 2010 15:20Dengan tajuk yang cukup menarik suka duka dunia masa kini dengan dua lokasi dan suasana tempat yang berbeza. Kenapa mesti amuk dek kerana cinta yang tidak berbalas? Itu hanya baru seorang yang kamu mahu miliki. Belum lagi yang ada ramai wanita keliling pinggang. Jenis manusia yang suka cari ramai pasangan dan menjadi kekasih gelap.
Cinta tanpa balasan sudah tentu mengundang kecewa yang teramat. Belum lagi kahwin. Bukan kahwin seorang. Kahwin dua atau tiga atau empat.
Nanti sambung balik laa…
Jangan amuk cinta lagi yer… rugi karan aje..
==========
Dendam lara cinta hampa
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.myJITRA: “Sehari sebelum kejadian, bekas teman lelaki ada menghantar SMS dan mengugut akan membakar rumah saya jika tidak menerima cintanya, tetapi tak sangka pula kejadian itu benar-benar berlaku dan saya mengesyaki dia yang merancang semua ini,” kata Nor Syafawani Zakaria, 18.
BUKTI…Nor Syafawani menunjukkan payungnya yang hangus selepas rumahnya dilontar dua botol molotov.
BUKTI…Nor Syafawani menunjukkan payungnya yang hangus selepas rumahnya dilontar dua botol molotov.Dalam kejadian jam 4 pagi Jumaat lalu, rumah mangsa di Taman Mutiara Naga, Kepala Batas, di sini, terbakar selepas dipercayai dua lelaki tidak dikenali melontar dua molokov cocktail.
Difahamkan, kejadian itu disedari seorang jiran mangsa yang baru pulang kerja apabila ternampak kelibat dua lelaki menunggang motosikal melontar dua objek ke rumah mangsa sebelum satu daripada botol itu meletup menyebabkan jiran mangsa menyergah suspek yang kemudian melarikan diri.
Bagaimanapun, hanya satu daripada dua bom itu meletup menyebabkan kebakaran kecil.
Nor Syafawani berkata, dia mengenali suspek ketika menyertai program kemasyarakatan di Kuala Nerang tahun lalu dan hanya menganggap lelaki yang sebaya dengannya sebagai teman biasa.
Katanya, selepas berkenalan hampir 16 bulan, dia mula mengetahui sikap sebenar lelaki itu menyebabkan dia tidak mahu meneruskan perhubungan dengan lelaki itu.
“Dia mengajak saya keluar Khamis lalu, tetapi saya menolak dengan alasan sibuk menyebabkannya marah dan dia menghantar SMS memberitahu jangan menyesal jika sesuatu berlaku.
“Saya sangka ia mungkin sekadar ugutan biasa tetapi terkejut apabila rumah saya dilontar dua bom molotov cocktail sehingga mengakibatkan kebakaran kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, jam 5.26 pagi Jumaat lalu.
Bapa mangsa, Zakaria Ahmad, 45, berkata ketika kejadian dia keluar bekerja syif malam di sebuah kilang tayar di Mergong dan hanya dimaklumkan selepas Nor Syafawani menghubunginya dan memberitahu apa yang berlaku.
Katanya, dia bergegas pulang ke rumah dan bersyukur melihat isteri dan anak terselamat dalam kejadian itu.
“Saya tidak akan memaafkan perbuatannya walaupun dia ada menghubungi anak saya kelmarin dan memohon maaf tetapi saya menyerahkan kes ini kepada polis untuk menyelesaikannya,” katanya.
Dalam kejadian itu juga, jiran Zakaria, Afzainizam Abu Bakar, 35, cedera di ibu jari kanan akibat terpijak kaca botol pecah ketika melompat pagar rumah mangsa dalam usahanya memadamkan api. Menurut Afzainizam, dia terdengar bunyi benda pecah di rumah jiran ketika hendak masuk ke bilik air sebelum terdengar jiran di depan rumahnya menjerit memberitahu rumah Zakaria terbakar.
============
Amuk lelaki tagih cinta
Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my
2010/01/25KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang tidak dapat menerima kenyataan cintanya ditolak bertindak luar batasan apabila mengamuk di tempat kerja bekas teman wanitanya selain mengugut mahu mencederakan rakan sekerja.
Suspek yang pernah bekerja di tempat sama dengan mangsa di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kuala Berang, dikatakan berang apabila mengetahui bekas teman wanitanya menjalin hubungan dengan lelaki lain didakwa menghasut mangsa memutuskan hubungan dengannya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan K Manoharan, berkata sebelum kejadian, mangsa berusia 18 tahun dari Kuala Berang memasuki tempat kerjanya jam 3 petang, Jumaat lalu.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 9.30 malam, muncul seorang lelaki dikenali iaitu suspek memasuki kedai berkenaan sebelum memarahi mangsa konon ada seseorang memberitahu wanita berkenaan supaya memutuskan hubungan dengan suspek.
“Suspek yang tidak puas hati dan tidak dapat menerima kenyataan, tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum mengeluarkan sebilah pisau mengacukan ke arah mangsa serta mengugut mahu membunuh rakannya,” katanya.
Menurutnya, suspek juga bertindak menjatuhkan beberapa barang di rak kedai itu ketika mengamuk.
Katanya, suspek berusia 18 tahun dari Ajil pernah bekerja di tempat sama tetapi dipecat kerana disyaki terbabit dalam kes kecurian sebelum beredar menaiki sebuah motosikal.
“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu lalu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
“Polis sudah mengenal pasti identiti suspek dan pergi ke rumahnya, namun lelaki itu tiada dan polis kini sedang mengesannya bagi membantu siasatan,” katanya.
=======


















































































safar says:
March 7th, 2010 at 10:44 pm
gila punya cinta.sampai nak bergaduh sakan.